Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj & n see LIVE1. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : the land of the ~, (jocular), [various translations]: he slowly regained consciousness and heard the doctor say, “Welcome back to the land of the ~”, perlahan-lahan dia kembali sedar dan terdengar doktor berkata, “Selamat kembali ke dunia”; when she started to go out after all these years of seclusion, it was like returning to the land of the ~, apabila dia mula keluar selepas bertahun-tahun menyisihkan diri, dia rasa spt hidup semula. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : /earn, make/ a ~, mencari /nafkah, rezeki/: she earns a ~ as a house-keeper, dia mencari rezeki sbg pengurus rumah tangga; make a good ~, memperoleh pendapatan yg lumayan: it is possible to make a good ~ from this business, adalah tdk mustahil utk memperoleh pendapatan yg lumayan drpd perniagaan ini; 4. the ~, those still alive, yg masih hidup: at this terrible time, their concern is for the ~ rather than the dead, dlm keadaan yg dahsyat ini, mereka harus lebih mementingkan yg masih hidup drpd yg mati; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. condition of one who lives, hidup: ~ standards, taraf hidup; cost of ~, kos sara hidup; 2.particular manner of life, kehidupan: urban ~, kehidupan di bandar; 3. livelihood, pekerjaan, mata pencarian: she wondered what he did for a ~, dia hairan apakah mata pencarian lelaki itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. being alive, masih hidup: after the war she had no ~ relatives left, selepas peperangan itu dia tdk lagi mempunyai saudara-mara yg masih hidup; ~ legend, legenda hidup; 2. a. (of language) in use, (masih) hidup: English is a ~ language, bahasa Inggeris ialah bahasa yg hidup; b. active, still practised, tdk pudar: a ~ faith, kepercayaan yg tdk pudar; 3. possessing characteristics of life, hidup: he did a study on ~ organisms, dia membuat kajian ttg organisma hidup; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata living


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
#2 Apakah maksud "living artist" dalam ayat ini, "How to support and celebrate living artists?"Kami mencadangkan "living artist" diterjemahkan sebagai "seniman bebas". Seniman ialah orang yang mempunyai bakat, dapat mencipta serta memperagakan hasil seninya itu, seperti pelukis, penyair, penyanyi, pelakon dan lain-lain. (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat) Penyemakan dan penterjemahan10.08.2020
Luxury mixed development -Kepelbagaian pembangunan mewah Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living -Pembangunan kontemporari Iskandar Puteri Your preferred waterfront address -Pembangunan pilihan anda Freehold -Milikan bebas An evergreen sanctuary -Pembangunan malar hijau Nature inspired park living -kehidupan inspirasi alam semula jadi Exclusive gated and guarded living -Kehidupan eksklusif berpagarTerjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

Luxury mixed development -  Pembangunan becampur yang mewah

Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living - Pembangunan Persisiran Kontemporari Iskandar Puteri
 
Your preferred waterfront address - Kediaman persisiran pilihan anda

Freehold - Pegangan kekal

An evergreen sanctuary - Kawasan malar hijau atau Taman malar hijau
 
Nature inspired park living - Kehidupan berkonsepkan  alam semula jadi

Exclusive gated and guarded living - Kediaman eksklusif yang berpagar dan berpengawal
Penyemakan dan penterjemahan03.11.2016
Kedai Hiasan living it dimiliki oleh: KENJE SDN BHDUntuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain26.05.2015
goverment champing sustainable living a)champing b)sustainable living c)eco system d)inrestective e)eventa)memperjuangkan b)kehidupan mapan c)eko sistem d)tanpa mengira e)acaraIstilah28.06.2011
Mohon dapatkan frasa berikut dalam BM: - independent living - job placement officer - job coach T.kasih

1. independent living - hidup berdikari

2. job placement officer - Tidak ada istilah khusus dalam pangkalan data kami.  Walau bagaimanapun, terdapat istilah untuk job placement, iaitu penempatan kerja. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah pegawai penempatan kerja.

3. job coach - Tidak ada istilah khusus dalam pangkalan data kami. Istilah yang dicadangkan ialah jurulatih kerja.

Istilah01.07.2011
Semakan Bahasa Inggeris Ke Bahasa Melayu ____________________________________ Supply, Install, Fabricate of GRE Pipe System and Offshore Living Quarters Membekal, Memasang, Fabrikasi Sistem Pipe GRE dan Tempat Tinggal Luar Pesisir____________________________________ Supply, Install, Fabricate of GRE Pipe System and Offshore Living Quarters  terjemah kepada Membekal, Memasang, Pembuatan Sistem Paip GRE dan Tempat Tinggal Luar PesisirMakna04.09.2019
MAKSUD SEPERATEDPadanan bahasa Melayu bagi kata separated ialah adj living apart, berpisah, terasing: the couple are now ~, kini pasangan itu telah berpisah. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan.Makna16.10.2010
Saya ingin bertanyakan mengenai terjemahan seperti di bawah ke dalam bahasa Malaysia, bagi perkataan Bahasa Inggeris : Living Our Values. Bahasa Malaysia: Pilihan 1 - Menzahirkan Nilai Murni Pilihan 2- Zahirkan Nilai Murni Mohon juga nasihat serta kelulusan pihak DBP sekiranya terjemahan pada pilihan 1 atau 2 boleh digunakan atau tidak.

Kedua-dua frasa yang tuan kemukakan betul, namun sekiranya frasa ini merupakan visi, kami mencadangkan “Menzahirkan Nilai Murni”.

Penyemakan dan penterjemahan13.01.2015
saya ingin mendapatkan terjemahan untuk frasa dibawah yang berkaitan tentang produk kecantikan dan kesihatan: 1) life enhancing product 2)This is what we do best 3)metabolism maintenance 4) Financial freedom 5) shellfish allergies 6) transformation From the inside out 7) start living your healthy life today 8) Joint comfort 9) highly bioavailable 10) powerfulUntuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan ayat, kecuali perkataan/istilah yang belum mempunyai padanan dalam bahasa Melayu. Sila terjemahkan ayat tersebut terlebih dahulu dan kami akan menyemak penggunaannya dalam bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan24.05.2015

Kembali ke atas