Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[log] | لوݢ

Definisi : buku yg digunakan utk menyimpan butir­butir tentang sesuatu, mis penyenggaraan kenderaan: buku ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata log


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualailum w.b.t. Yang mana satu adalah betul, "login to", "log in to", atau "log into". Perkataan ni akan digunakan di dalam ayat berikut: "Visit the company official websites directly and log into your account to update the information. " Terima kasih.

Untuk makluman, khidmat nasihat bahasa membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan BAHASA MELAYU antaranya termasuklah aspek ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah, tatabahasa dan penyemakan bahasa. Untuk penggunaan bahasa-bahasa lain, sila rujuk organisasi yang berkaitan.

Tatabahasa28.03.2011
Assalamualaikum. Saya ingin mendapatkan pengesahan tentang terjemahan yang tepat untuk ayat berikut: Please log in to your account. 1. Sila log masuk ke akaun anda. 2. Sila log masuk akaun anda. Sekian, terima kasih.Terjemahan yang tepat dan lebih sesuai ialah Sila log masuk ke akaun andaTatabahasa02.12.2019
kenapa key log in masalah?Tuan boleh menghubungi En. Shaufi (03-2147 9389) atau En. Saiful (03-21479691) untuk pertanyaan berkenaan dengan sistem pengesahan iklan kami.

Terima kasih.
Lain-lain11.06.2017
saya mencari peraturan penulisan untuk buku logTidak maklumat tentang peraturan penulisan buku log dalam sumber rujukan kami. Sila rujuk perpustakaan yang berhampiran untuk mendapatkan buku peraturan atau makalah yang berkaitan.Lain-lain05.01.2012
Apakah imbuhan yang betul untuk "log masuk" jika digunakan sebagai kata kerja dalam ayat aktif?Log masuk atau daftar masuk merupakan kata kerja dan tidak perlu ditambah imbuhan.Tatabahasa15.02.2015
Assalamualaikum. Mohon pengesahan sama ada imbuhan yang digunakan untuk 'log masuk/keluar' dalam ayat berikut adalah betul. 1) Please register by logging in directly to your account. (Sila daftar dengan mengelog masuk terus ke akaun anda). 2) You have been logged out of your account. (Anda telah dilog keluar daripada akaun). Terima kasihWaalaikumussalam. Ayat yang betul atau lebih sesuai ialah

1. Untuk mendaftar, sila log masuk terus ke akaun anda.
2. Anda telah dilog keluar daripada akaun anda.
 
Penyemakan dan penterjemahan22.12.2016
Assalamualaikum saya ingin membuat pertanyaan mengenai email log mauk saya yang belom mendapat pengaktifan.Sila hubungi pegawai sistem maklumat kami melalui talian 03-21479373.Lain-lain11.09.2015
Bagaimana saya hendak tukar alamat e-mel yang saya gunakan sebagai log masuk?

Sila daftar atau wujudkan e-mel baru dengan yahoo atau gmail

Lain-lain01.12.2010
Iklan Gravo Store telah dilurus atau belum?Sila log masuk capaian dbpsahbahasa.my untuk khidmat pengesahan bahasa DBP.Lain-lain18.03.2019
kenapa saya sudah menghantar beberapa kali permohonan penggunaan bahasa dalam iklan saya namun bila log in tertulis tiada senarai permohonan sekian terima kasihKami memohon atas kesulitan yang tuan hadapi. Sila hubungi kami melalui talian 03-21479377/9389/9398 kerana kami tidak dapat menghubungi tuan untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain24.05.2017
123

Kembali ke atas