Mana satu yang betul? "Pusat Logistik AEON Kuala Lumpur" atau "AEON Pusat Logistik Kuala Lumpur" ? | Penamaan yang betul Pusat Logistik AEON Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 13.10.2013 |
maksud bagi perkataan logistik | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, logistik bermaksud : 1. aspek sains ketenteraan yg berkaitan dgn pengangkutan, penyenggaraan, pembekalan alat kelengkapan, pemindahan anggota tentera, dsb dlm operasi tentera; 2. perancangan, pengelolaan dan pelaksanaan secara terperinci sesuatu rancangan atau operasi yg besar dan kompleks: mereka bekerja dlm bidang pentadbiran, kewangan, urusan keluar masuk barang, ~ dsb. Untuk memudahkan saudara mencari makna perkataan, apabila melayari laman web DBP, sila taip perkataan yang dikehendaki pada menu carian spesifik. Makna perkataan yang dicari akan dipaparkan pada skrin berserta dengan sumber rujukan dan takrifan perkataan tersebut. | Makna | 08.03.2009 |
apakah makna dan istilah perkataan logistik | Mengkikut Kamus Dewan makna perkataan logistik ialah 1. aspek sains ketenteraan yg berkaitan dgn pengangkutan, penyenggaraan, pembekalan alat kelengkapan, pemindahan anggota tentera, dsb dlm operasi tentera; 2. perancangan, pengelolaan dan pelaksanaan secara terperinci sesuatu rancangan atau operasi yg besar dan kompleks: mereka bekerja dlm bidang pentadbiran, kewangan, urusan keluar masuk barang, ~ dsb | Makna | 03.06.2009 |
apa yang di maksudkan dengan logistik | Kamus Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan kata logistik merujuk aspek sains ketenteraan yg berkaitan dgn pengangkutan, penyenggaraan, pembekalan alat kelengkapan, pemindahan anggota tentera, dsb dlm operasi tentera; 2. perancangan, pengelolaan dan pelaksanaan secara terperinci sesuatu rancangan atau operasi yg besar dan kompleks: mereka bekerja dlm bidang pentadbiran, kewangan, urusan keluar masuk barang, ~ dsb | Makna | 05.03.2009 |
Salam sejahtera. apakah cadangan terjemahan bagi nama jawatan dalam bidang logistik ini : "goods flow worker". terima kasih | Untuk makluman tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk goods flow worker. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk goods ialah barang, flow ialah aliran, dan worker ialah pekerja. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah pekerja aliran barang. | Istilah | 18.06.2012 |
Saya dari industri pengangkutan (transportation) ingin dapatkan terjemahan dalam bahasa melayu bagi perkataan berikut untuk dimuatkan dalam "Consignment Note" kami. Harap dapat terjemahan yang bersesuaian dengan terma logistik 1) Delivery Date 2) Planned Delivery Date 3) Pick-up 4) Walk-in 5) Cash on delivery 6) Cash on collection 7) Consignment number 8) Fixed delivery time | 1) Delivery Date = Tarikh Penyerahan 2) Planned Delivery Date = Tarikh Penyerahan Dirancang 3) Pick-up = Kutipan 4) Walk-in = Kutipan Sendiri 5) Cash on delivery = Tunai Semasa Penyerahan 6) Cash on collection = Tunai Semasa Kutipan 7) Consignment number = Nombor Konsainan 8) Fixed delivery time = Masa Penyerahan yang Ditetapkan | Penyemakan dan penterjemahan | 08.10.2014 |
Salam, apakah istilah yang sesuai dalam Bahasa Melayu untuk reverse logistics. Sekian, terima kasih | Padanan dalam bahasa Melayu yang sesuai ialah logistik songsang. | Istilah | 20.12.2019 |
Saya memerlukan terjemahan nama program dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Nama Program: Diploma in Logistics and Supply Chain Management | Kami mencadangkan Diploma in Logistics and Supply Chain Management diterjemahkan kepada Diploma dalam Logistik dan Pengurusan Rantaian Bekalan jika bersesuaian dengan konsep pengajiannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.04.2014 |
As salam, Saya sedang membuat penulisan tesis. Terdapat term statistik yang saya tidak pasti terjemahannya dalam Bahasa Melayu iaitu: “Nilai pekali ini akan dikira dalam bentuk eksponential atau boleh juga dipanggil odds ratio. Odds ratio dalam analisis regresi logistik akan menjelaskan peluang responden yang memiliki nilai pekali yang tinggi pada pembolehubah tidak bersandar, maka peluang untuk berjaya ialah sebesar eksponential”. Terjemahan bagi perkataan “odds ratio”? Mohon bantuan. Terima kasih. | Berdasarkan data kami, padanan untuk odds ratio ialah nisbah ganjil dan boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan tuan. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=odds+ratio&d=28648&#LIHATSINI | Penyemakan dan penterjemahan | 19.11.2020 |
Salam sejahtera; Tujuan: Kami perlukan bantuan DBP untuk menterjemahkan tajuk ini dalam Bahasa Malaysia bagi tujuan pendaftaran dengan ROS TAJUK: ASIA LOGISTICS SUPPLY CHAIN COUNCIL Sekian; Sejuta terima kasih atas kerjasama anda. Kami amat menghargai . | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah MAJLIS RANTAIAN BEKALAN LOGISTIK ASIA. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.06.2016 |