Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf besar dan kecil dalam nama khas. Contoh: a)lautan Pasifik atau Lautan Pasifik b)pantai Sendai atau Pantai Sendai c)loji kuasa nuklear Higashidori atau Loji Kuasa Nuklear Higashidori d)pantai utara Jepun atau Pantai Utara Jepun Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah: a) Lautan Pasifik b) Pantai Sendai c) loji kuasa nuklear Higashidori d) pantai utara Jepun. | Tatabahasa | 06.12.2011 |
ELECTRICAL PLANT ROOM | BILIK LOJI ELEKTRIK | Istilah | 03.03.2011 |
Bagaimanakah kita menulis tajuk di mana abjad pertama ditulis sebagai huruf besar, bagi tajuk berikut: Adakah betul ditulis begini: - "Pengurus Perkhidmatan Perniagaan dan Pentadbiran yang Tidak diKelaskan di Mana-mana". - "Pengeset dan Pengendali Peralatan Untuk Mesin Kerja Logam" -"Operator Loji Bergera Bagi Ladang dan Perhutanan" - "Ketua Stesen Kereta Api" atau "Ketua Stesen Kereta api" atau "Ketua Stesen Keretapi"? Soalan ke-2: -aktiviti atau aktiviti-aktiviti -jabatan atau jabatan-jabatan -agensi atau agensi-agensi -perkara atau perkara-perkara -kementerian atau kementerian-kementerian -majlis atau majlis-majlis -mekanisma atau mekanisme -organisma atau organisme bagi terjemahan daripada perkataan English organism | 1. Penggunaan huruf besar pada abjad pertama betul, kecuali bagi kata hubung seperti "di", "dan", "untuk" dan lain-lain. Ketua Stesen Kereta Api 2. Ejaan yang betul mekanisme dan organisma. Soalan yang lain tidak jelas. | Tatabahasa | 14.09.2015 |
takrif pembetung,penyusupan dan sistem pembentungan | Pembetungan bermaksud kerja-kerja membuat atau membubuh paip untuk saliran air; penyusupan bermaksud perbuatan menyorok ke bawah, dan seistem pembetungan bermaksud sistem penyaliran najis, air kumbahan dan sebagainya ke loji pemprosesannya melalui rangkaian longkang atau saluran bawah tanah. | Makna | 29.10.2009 |
Saya sedang mencari istilah teknikal bahasa inggeris "balance of plant" dalam bahasa melayu. istilah ini khususdigunapakai di stesen janakuasa. dimanakah rujukan lain sekiranya saya mahu mencari terjemahan teknikal yang lain? | Saudara, Padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut ialah baki loji. Selain menggunakan khidmat ini, saudara boleh menggunakan khidmat Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) yang boleh dicapai melalui laman sesawang DBP. | Istilah | 12.01.2010 |
SALAM SATU MALAYSIA. SAYA INGIN BERTANYAKAN BAHASA TERJEMAHAN BAGI "BATCHING PLANT" YANG SERING DIGUNA PAKAI SEBAGAI ALAT MEMBANCUH SIMEN. ADAKAH TERJEMAHAN NYA IALAH MESIN PEMBANCUH SIMEN? | Saudara, Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'batching plant' yang digunakan dalam bidang kejuruteraan ialah loji pengelompokan. | Istilah | 12.10.2010 |
pandanan kata dalam bahasa kebangsaan SKILLED CONSTRUCTION WORKERS 1 Precast Concrete Installer 2 Formwork System Installer 3 Block System Installer 4 Roof Truss Installer /Fabricator 5 Plasterer 6 Tiler 7 Bricklayer 8 Bar Bender 9 Carpenter 10 Concretor 11 Drywall Installer 12 Ceiling Installer 13 Painter 14 Plant Operator 15 Scaffolder 16 Crane Operator 17 Slinger And Rigger 18 Plumber 19 Chargeman 20 Cable Jointer 21 Wireman 22 Welder 23 Petrochemical Fitter 24 Blasting & Painting Specialist 25 Air-Conditioning & Mechanical Ventilation Specialist 26 Soil Investigator ” | Padanan kata dalam bahasa Melayu untuk PEKERJA MAHIR BINAAN ialah: 1. Pemasang Konkrit Pratuang 2. Pemasang Sistem Acuan 3. Pemasang Sistem Blok 4. Pemasang Kekuda Bumbung 5. Tukang Plaster 6. Tukang Jubin 7. Penurap Bata 8. Pelentur Bar 9. Tukang Kayu 10. Pengkonkrit 11. Pemasang Dinding Kering 12. Pemasang Siling 13. Tukang Cat 14. Pengendali Loji 15. Perancah 16. Pengendali Kren 17.Pemasang Anduh dan Rig 18. Tukang Paio 19. Jurujaga atau Penjaga Jentera 20. Penyambung Kabel 21. Pendawai atau Pemasang Dawai 22. Pengimpal atau Tukang Kimpal 23. Pemasang Kelengkapan Petrokimia 24. Pakar Catan dan Semburan 25. Pakar Penyaman Udara dan Pengudaraan Mekanikal 26. Penyiasat Tanah | Istilah | 20.12.2016 |
Fan Room,Fan smoke,MSB Room,Consumer HT Room,Pump Room,AHU,MATv/Telephone,Mechanical,HT Riser Shaft,Telephone Room,Hose Reel,MDF Room,genset Room,Elec Room,Elec Riser Shaft M&E Room,Wet Riser Pump Room,Lift Motor Room,Press Fan Room,Store,SESB Switching Room,Water Pump Room,SDF Room,Chiller Plant Room,Garbage Room,S&W Riser Shaft,Central Refuse Handling Room,SESB Matering Panel Room,Pressurization Duct,Matering Room,Air-Cond Genset Room,Green Room,Props Room,Projector Room,Function Room Store,Projector Control Room. | Bilik Kipas,Asap Kipas,Bilik Papan Suis utama,Bilik Voltan Tinggi Pengguna,Bilik Pam,Bilik Unit pengelolaan Udara,Televisyen,Bilik Mekanikal,Aci Penaik Voltan Tinggi,Bilik Telefon,Gelung Hos,Bilik Kerangka Agihan Utama,Billik Janakuasa,Bilik Elektrik,Aci Penaik Elektrik,Bilik Mekanikal dan Elektrik,Bilik Pam Penaik Basah,Bilik Motor Lif,Bilik Kipas Tekanan,Stor,Bilik Pensuisan SESB,Bilik Pam Air,Bilik Kerangka Agihan Pelanggan,Bilik Loji Pendingin,Bilik Sampah,Aci Penaik Kumbah dab Sisa,Bilik Pengendalian Sampah Pusat,Bilik Panel Meter SESB,Saluran Tekanan,Bilik Meter,Bilik Janakuasa Penyaman Udara,Bilik Nanti Giliran,Bilik Alatan,Bilik Projektor,Stor Fungsi,Bilik Kawalan Projektor. | Istilah | 28.04.2011 |