Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bp bukan yg diimport, biasanya dikait­kan dgn barangan yg kurang bermutu; 2. IB setempat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berkaitan dgn tempat atau negeri sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lokal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APakah definis glokal yang digunakan dalam PIPPGlokal merupakan satu istilah yang dihasilkan dari kata global yang bermaksud meliputi, mempengaruhi atau mengenai seluruh dunia, sejagat dan digabungkan dengan kata lokal yang bermaksud setempat. Gabungan dua kata itu telah menghasilkan glokal dengan maksud mengambil sesuatu nilai yang baik, inovatif, kreatif, profesional, dan disesuaikan dengan nilai-nilai lokal atau tempatan. Terima kasih.Makna30.10.2008
Apakah peribahasa yang tepat untuk idiom ini (One way and another/ one way or another). terima kasihMaaf atas kelewatan. Pihak kami telah berusaha untuk mencari padanan peribahasa yang tepat. Namun begitu, dalam konteks padanan peribahasa, aspek bahasa dan budaya perlu diambil kira dalam faktor kesesuaian padanan dan tidak boleh dibuat padanan berdasarkan maksud perkataan demi perkataan. Hal ini demikian kerana dalam masyarakat Melayu peribahasa merupakan kearifan lokal yang mencerminkan ketertinggian akal budi. Oleh itu, padanan bagi peribahasa ini dicadangkan "tiada rotan, akal pun berguna".Makna17.04.2014

Kembali ke atas