Adakah ayat ini betul? Seorang peserta lompat tinggi berjaya melepasi ketinggian lompatan yang ditetapkan. | Perkataan 'acara' perlu ditambah sebelum 'lompat tinggi' untuk menunjukkan lompat tinggi merupakan salah satu acara dalam pertandingan sukan. Ayat yang lebih tepat ialah "Seorang peserta acara lompat tinggi berjaya melepasi ketinggian lompatan yang ditetapkan. | Tatabahasa | 30.03.2012 |
Merujuk kepada kamus dewan, 'selain' bermaksud di samping, bersama-sama dgn. Adakah penggunaan 'selain' dalam frasa berikut gramatis? a) Selain acara lompat tinggi, ... b) Selain daripada acara lompat tinggi, ... | Ayat yang gramatis ialah ayat (a). Penggunaan selain daripada itu merupakan bentuk lewah kerana selain sudah bermaksud lain daripada. | Tatabahasa | 12.07.2009 |
Adakah ayat-ayat ini betul. Kalau salah, mengapa ? 1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka. 2. Kelvin melompat tinggi di padang sekolahnya. 3. Kelvin membuat lompatan dengan sedaya upaya untuk memenangi acara lompat tinggi. 4. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara-acara yang diadakan seperti lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. 5. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara lompat jauh, lompat tinggi dan lumba lari yang diadakan. | 1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka. - tidak gramatis kerana penggunaan kata jamak sekali sahaj dalam satu ayat. 2. Kelvin melompat tinggi di padang sekolahnya. tidak gramatis kerana tinggi ialah kata dajektif dan kata adjektif tidak boleh hadir sebagai objek untuk melengkapkan ayat. 3. Kelvin membuat lompatan dengan sedaya upaya untuk memenangi acara lompat tinggi. - betul 4. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara-acara yang diadakan seperti lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. tidak gramatis, perkataan acara tidak perlu dijamakkan. 5. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara lompat jauh, lompat tinggi dan lumba lari yang diadakan. - betul | Tatabahasa | 08.08.2012 |
1)Adakah ayat ini betul? Antara permainan yang diadakan adalah lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. Bolehkah perkataan 'antara' berada di awal ayat.sekiranya tidak boleh kenapa? Betulkah penggunaan kata 'adalah' dalam ayat ini? Terangkan perbezaan antara penggunaan 'ialah' dengan 'adalah'? 2)Acara sukan yang dipertandingkan ialah seperti lari dalam guni, lompat jauh dan lompat tinggi. Bolehkah 'ialah seperti hadir secara serentak?kenapa? | Antara boleh hadir pada permulaan ayat, manakala adalah perlu diikuti dengan kata sendi nama atau kata adjektif. Oleh itu, ayat yang betul ialah "Antara permainan yang diadakan ialah lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi". Untuk makluman saudara kata pemeri ialah hadir di hadapan kata nama atau frasa nama seperti ayat contoh tersebut. | Tatabahasa | 02.05.2012 |