Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata london


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah ayat berikut betul? 1. Abang saya melanjutkan pelajarannya di London. 2. Abang saya melanjutkan pelajarannya ke London. 3. Abang saya akan melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya. 4. Abang saya akan melanjutkan pelajarannya ke univerisiti Malaya.Jawapan yang betul ialah 1. Abang saya melanjutkan pelajarannya di London.  2. Abang saya akan melanjutkan pelajarannya ke Univerisiti Malaya.Lain-lain19.08.2010
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang perbezaan antara maksud imbuhan meN- dan meN-…-kan. “Dia melapor diri dari London” atau “Dia melaporkan diri dari London”? Mana satukah yang betul dan bagaimana boleh saya bezakan antara penggunaan dua imbuhan ini? Terima kasih.Kata kerja yang terbentuk daripada awalan meN- ialah kata kerja yang mendukung maksud melakukan sesuatu. Penggunaan kata kerja dengan awalan meN- boleh menerbitkan dua makna, iaitu sama ada melakukan perbuatan atau menyatakan keadaan. Kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan menghasilkan kata kerja transitif dengan maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar, maksud kausatif atau menyebabkan dan maksud benefaktif atau manfaat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan

Oleh itu, ayat yang betul ialah “Dia melaporkan diri dari London.”

Apitan kata kerja meN-...-kan akan menjadi me-...-kan apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m, n, ny, r, l, w, dan y.
Lain-lain27.03.2022
Saya ingin bertanya sususan ayat di bawah yang mana satu betul: Beliau memohon cuti tanpa gaji adalah untuk mengikut pasangannya menyambung pengajian PhD di London. atau Beliau memohon cuti tanpa gaji ialah untuk mengikut pasangannya menyambung pengajian PhD di London.
Ayat yang betul ialah "Beliau memohon cuti tanpa gaji adalah untuk mengikut pasangannya menyambung pengajian PhD di London". 

Tatabahasa23.03.2014
Salam... Benarkah kata pinjaman perlu disebut mengikut bunyi kata asal, bukannya secara sebutan baku? Contohnya: London (disebut Landen), bank (disebut beng), universiti (disebut yuniversiti) ?Dalam sistem bahasa Melayu baku, stiap perkataan disebut seperti ejaan termasuklah bank (bank, bukan benk) dan universiti (universiti, bukan yuniversiti). Walau bagaimanapun nama tempat lazimnya disebut seperti asal kecuali telah diberi nama/sebutan dalam bahasa Melayu. Contohnya London kekal dengan sebutannya dan Phillipine disebut dalam teks Melayu sebagai Filipina.Tatabahasa03.08.2012
Pengesahan kata Sendir 1. kita harus melihat perkara itu (dari / daripada) beberapa segi agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan. 2. Puan Fatimah akan pergi ke London pada (musim dingin / musim sejuk) winter, musim dingin boleh pakai ker.1. kita harus melihat perkara itu dari beberapa segi agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan 2. Puan fatimah akan pergi ke London pada musim sejukTatabahasa14.07.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera. (i) Yang manakah frasa yang tepat, 'mutiara kata' atau 'kata mutiara'? (ii) Bagaimanakah cara penyebutan nama tempat (negara asing) seperti London menggunakan sebutan baku? Adakah disebut sebagaimana yang dieja atau disebut menggunakan sebutan bahasa asal? TERIMA KASIH.1. Mutiara Kata
2. Nama tempat lazimnya disebut seperti asal kecuali telah diberi nama/sebutan dalam bahasa Melayu. Contohnya London kekal dengan sebutannya dan Phillipine disebut dalam teks Melayu sebagai Filipina.
Tatabahasa02.07.2013
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya mengenai maksud "overground" seperti yang terdapat dalam London Overground. Jika "underground" bermaksud 'kereta api bawah tanah', jadi apakah maksud bagi perkataan "overground" pula?Untuk makluman tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "overground". Berdasarkan rujukan dalam Internet, "overground" merujuk rangkaian kereta api di pinggir bandar.Istilah07.12.2016
Adakah terdapat sebarang kesalahan pengguanaan kata 'langsung' di bawah? 1. Penerbangan Malaysia mengadakan penerbangan langsung ke London. 2. Siaran langsung pertandingan itu akan disiarkan melalui semua saluran televisyen. 3. Kejatuhan harga bijih timah meninggalkan kesan secara langsung terhadap ekonomi negara kita. 4. Dia langsung tidak khuatir akan risiko yang bakal dihadapinya.Tiada kesalahan langsung.  Semua penggunaan perkataan "langsung|" dalam keempat-empat ayat adalah betul.Istilah27.08.2014
Saya ingin tahu bagaimanakah ejaan jawi bagi Cyberjaya? Adakah سايبرجاي atau سيبرجاي atau چايبرجاي? Dan apakah panduan untuk ejaan jawi bagi kata serapan bahasa inggeris? Adakah sebutan perkataan itu atau ejaan perkataan itu lebih utama? Contoh: London. Adakah ejaan jawinya لندن (mengikut sebutan) atau لوندون (mengikut ejaan)? Terima kasih.

Kata serapan daripada bahasa Inggeris dieja menurut aturan pengejaan kata Melayu jati dan sebutan baku bahasa Melayu. Selain itu, kata atau ungkapan asing yang kerap digunakan tetapi belum terserap ke dalam bahasa Melayu, hendaklah dieja mengikut bunyi sebutan yang lazim digunakan dalam urusan rasmi penutur bahasa Melayu dan/atau padanan huruf Ruminya dalam jawi.

Cyberjaya : سايبرجاي

London : لندن

Lain-lain23.09.2021
Bolehkah bandar-bandar raya asing menggunakan perkataan bandaraya pada namanya? Contohnya, Bandaraya Mexico.Lazimnya dalam penulisan, nama bandar ditulis terus seperti ayat "bandar-bandar besar di dunia seperti New York, London dan Paris".Tatabahasa22.02.2015
12

Kembali ke atas