Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[long] | لوڠ

Definisi : sj peti mayat (yg tidak berlantai), keranda; ~ kajang rungkup dua keping papan yg dijadikan bumbung penutup mayat di dlm liang; papan ~ papan utk menutup lahad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[long] | لوڠ

Definisi : mercun besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[long] | لوڠ

Definisi : 1. singkatan bagi sulung; 2. nama timangan utk anak sulung; bang ~ panggilan kpd abang yg tua; kak ~ panggilan kpd kakak yg tua; mak ~ panggilan kpd ibu saudara yg sulung; pak ~ panggilan kpd bapa saudara yg sulung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata long

Peribahasa

27

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nama-nama panggilan dalam keluarga 1. Anak pertama - Abg Long /Kak Long 2. Anak Kedua - Abg Ngah/Kak Ngah 3. Anak Ketiga -- ? 4. Anak keeempat -- ? 5- Anak kelima -- ?? dan seterusnya.

Panggilan anak pertama (along) dan kedua (angah) adalah sama di banyak tempat, namun panggilan ketiga yang seterusnya tidak selaras dan dinyatakan panggilan yang ada dan turutan dalam keluarga teh (keenam/keempat), itam (ketujuh), andak (keempat/kelima), busu (bongsu), manakala panggilan anjang, uda hanya diberi makna panggilan dalam keluarga.

Lain-lain08.06.2008
Ayah memberi wang kepada pak long. soalan: adakah frasa kata "pak long" kata nama khas.

Panggilan 'pak long' ialah kata nama am, kecuali apabila ditambah nama panggilan itu menjadi kata nama khas seperti 'Pak Long Ahmad'.

Tatabahasa29.03.2011
Long timemasa yang lama/ masa yang panjangLain-lain03.07.2008
Itu pak long saya. soalan: boleh tolong jelaskan, adakah "pak long" itu merupakan kata nama khas? terima kasih.

Panggilan 'pak long' adalah kata nama am.

Tatabahasa31.03.2011
APAKAH GELARAN YANG BETUL UNTUK ADIK BERADIK CONTOHNYA ALONG, ANGAH, UDA DAN SETERUS NYAUntuk makluman saudara along, angah, uda, utih, itam dan sebagainya ialah nama timang-timangan bagi turutan adik-beradik dalam kalangan keluarga. Gelarannya pula terpulang pada peringkat timang-timangan, jika tarafnya adik-beradik maka digelarnya along/abang long/kak long, jika tarafnya ibu/bapa saudara mak digelarnya mak long/pak long.Lain-lain10.12.2010
Bagi perkataan "abang" atau "kakak", bilakah ianya boleh dijadikan kata nama khas? Ayat contoh : "Hi Abang Ali!" atau "Hi abang Ali!" Bagaimana pula dengan panggilan "Kak Long" atau "kak long". Sememangnya, saya keliru dengan penggunaan kata nama khas. Di mana boleh saya dapatkan panduan yang lebih lanjut mengenai perkara ini? Terima kasih.

Menurut data kami, kata nama khas cuma terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia. Contohnya, Ahmad (kata nama khas hidup manusia, Tompok (kata nama khas hidup bukan manusia) dan Kuala Lumpur (kata nama khas tak hidup). Oleh itu, "abang" dan "kak long" bukan merupakan nama khas dan tidak perlu dieja dengan huruf besar kecuali kata nama khas Ali kerana perkataan tersebut tergolong dalam panggilan. Untuk maklumat yang lebih lanjut, tuan boleh merujuk Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa20.03.2020
Salam sejahtera. Panggilan keluarga seperti Along, Angah, Pak Long dan Mak Su dikategorikan sebagai frasa nama khas atau frasa nama am? Adakah huruf pertama bagi panggilan-panggilan tersebut perlu ditulis dengan huruf besar? (Contoh: Pak Long, Mak Su) Saya agak keliru kerana terdapat data dalam PRPM yang menggunakan huruf besar serta huruf kecil bagi merujuk panggilan yang sama. (Contoh: mak su, Mak Su) Mohon pencerahan. Terimas kasih.Panggilan keluarga seperti along, angah, pak long dan mak su dikategorikan sebagai kata nama am dan ditulis huruf kecil di tengah ayat dan huruf besar pada permulaan ayat (Along, Angah, Pak long, Mak su). Walau bagaimanapun, panggilan tersebut menjadi kata nama khas apabila bergabung dengan nama individu. Contohnya, Along Ayuni, Angah Athirah, Pak Long Awang dan Mak Su Hamuni.Lain-lain28.06.2019
can you please give me the reason why our company name not approval. WAH LONG ENTERPRISE SDN BHD. WAH is the first name of our director LIM SIEW WAH LONG is the first name of our second director of Teoh Swee Long. This is the name from our IC and passport. Please advise me how to do and give me the reason why you all cant approve the name? If i not get the approvel i cant get my signboard license. Thanks ...Untuk makluman saudara,Khidmat Pengesahan Bahasa memberi pengesahan terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam iklan, papan tanda dan penamaan nama khas. Bagi permohonan nama syarikat saudara seperti yang dilampirkan, kami tidak memberi pengesahan kerana hanya memaparkan nama syarikat dan tidak menggunakan bahasa Melayu. 

Sekiranya saudara memohon pengesahan untuk iklan di bawah papan tanda syarikat, terdapat beberapa pembetulan yang perlu dibuat iaitu ejaan Tel yang betul ialah Tel. (perlu letak tanda titik) dan ejaan bagi fax ialah faks. Setelah membuat pembetulan, sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk sijil kelulusan.
Lain-lain14.08.2013
assalamualaikum.saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang tokoh atan long. dan boleh sila terangkan apakah yang dimaksudkan beliau ialah ahli pena seumur hidup, dan boleh terangkan lagi tentang anugerah pencapaian beliau serta karya beliau yang terkenal dan digunakan hingga kini. terima kasih. kerjasama pihak DBP amat saya hargai.Tidak ada maklumat tentang Prof. Dr. Atan Long dalam Direktori Karyawan, DBP. Sedikit maklumat yang ada dalam pangkalan data kami, beliau merupakan seorang pendidik dan penulis, dan banyak hasil tulisan beliau disiarkan dalam akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia serta majalah terbitan DBP. Untuk maklumat lanjut, sila klik long&d=3">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=atan+long&d=3.Lain-lain04.03.2014
ah long atau along ? ( ceti haram )

Sdr., Ceti haram bermaksud along, oleh itu boleh digunakan sama ada ceti haram atau along, kedua-duanya merupakan kata nama am. Ejaan Ah long adalah salah untuk maksud ceti haram.

Lain-lain17.04.2010
12345

Kembali ke atas