selamat petang . Apakah perkataan yang sesuai bagi bentuk bola ragbi. 1. Bola ragbi itu berbentuk bujur. 2. Bola ragbi itu berbentuk lonjong . Apakah perbezaan maksud antara perkataan bujur dan lonjong? Jika dalam ujian UPSR , perkataan manakah yang paling sesuai?? | Bola ragbi berbentuk bujur. Sila lihat Kamus Dewan Edisi Keempat di bawah entri ragbi. | Istilah | 02.09.2009 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Lintas idea itu dalam fikiran saya ketika saya mendengar lagu. 2. Telur angsa berbentuk lonjong. Terima kasih. | Ayat pertama tidak gramatis kerana perkataan lintas tidak membawa makan yang tepat dalam konteks ayat tersebut. Ayat kedua gramatis dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 15.10.2012 |