Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.ré/] | لوريق

Definisi : (lorék) 1. = lorekan jalur-jalur, barik­barik, coreng panjang (corak kain, kulit ular dll): kehalusan ukiran dan lorekan khatnya itu sangat sukar ditandingi; 2. = berlorek; berlorek bergaris, bercoreng: bahagian yg ~ itu menunjukkan kawasan tanah tinggi; melorek menggaris, mencoreng, mencoret: bahagian yg menunjukkan tanah tinggi dilorek supaya jelas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.ré/] | لوريق

Definisi : /lorék/ jalur atau coreng panjang (pd kain, kulit ular dll). berlorek berjalur atau berborek (spt kulit ular); bercoreng. melorek membuat garis; mencoreng; mencoret. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lorek
Kata Terbitan : berlorek, melorek,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. 1. Apakah perkataan Bahasa Melayu yang sepadan dengan istilah-istilah IT yang berikut: - Wrap text - Justify text - Strikethrough text - Bullet list - Increase/Decrease Indent - Undo - Align Left/Right/Center - Placeholder text - Slug (cth ayat: Slugs can only include letters, numbers, dashes and underscores) 2. Betulkah penggunaan "hingga" dalam ayat ini: "Anda hanya boleh memilih hingga 12 fail." Terima kasih.1. Padanan istilah bahasa Melayu bagi wrap text ialah lelilit teks dan undo ialah buat asal, manakala cadangan istilah bahasa Melayu bagi istilah justify text ialah laras teks, strikethrough text ialah lorek atas teks, bullet list ialah senarai tanda peluru, increase indent ialah tambah inden, decrease indent ialah kurang inden, align left ialah jajar kiri, align right ialah jajar kanan, align center ialah jajar tengah, placeholder text ialah teks sandaran dan slug ialah slug. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.


2. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), kata sendi nama 'hingga' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat. Berdasarkan ayat yang diberikan, penggunaan kata sendi nama 'hingga' adalah tepat. 

Walau bagaimanapun, berikut ialah cadangan ayat yang lebih gramatis: ""Anda hanya boleh memilih hingga 12 fail sahaja." atau "Anda hanya boleh memilih maksimum 12 fail."





















Lain-lain28.12.2025

Kembali ke atas