Ayat 2 Lori yang Ali pandu telah terbabas semasa pulang dari ladang kelapa sawit kerana dia mengantuk akibat keletihan. A. Lori yang dipandu Ali B. Lori yang telah dipandu oleh Ali C. Lori yang telah Ali pandu D. Lori yang Ali pandu Kebiasaan saya terangkan kepada pelajar : Ayat pasif diri pertama dan kedua tidak boleh menggunakan perkataan di dan oleh manakalan pasif diri ketiga menggunakan perkataan di dan oleh. Cth : Saya tendang bola itu. Bola itu saya tendang Ali tendang bola itu. Bola itu ditendang oleh Ali. Adakah penggunaan perkataan telah dalam ayat di atas menyebabkan tidak boleh menggunakan perkataan di dan oleh | 1. Lori itu dipandu oleh Ali. 2. Lori itu telah terbabas. Ayat yang betul ialah "Lori yang dipandu oleh Ali telah terbabas.... Ayat tersebut telah mengalami peluasan dengan kata hubung pancangan relatif "yang". | Tatabahasa | 17.07.2013 |
selamat pagi, saya ingin bertanya samada menunggang boleh diguna sebagai : menunggang basikal ? setahu saya, menunggang kuda, motosikal, memandu kereta, memandu lori atau membawa lori? untuk basikal, biasanya mengayuh basikal. sekian, terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan menunggang bermaksud menaiki dan duduk mengangkang di atas sesuatu seperti basikal, kuda dan sebagainya. Oleh itu, frasa menunggang basikal adalah betul. | Tatabahasa | 19.07.2012 |
Pekerja memunggah barang-barang ke dalam lori. Bolehkah saya menggunakan perkataan "memunggah" dalam ayat ini? | Memunggah bermaksud menurunkan (muatan kapal dan lain-lain). Oleh itu memunggahtidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut, yang betul ialah memuat - pekerja memuat barang-barang ke dalam lori. | Tatabahasa | 03.04.2009 |
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Lori itu muak dengan barang-barang. 2. Tekaknya muak dengan makanan yang dihidangkan. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, muak ialah 1. sudah jemu (kerana selalu benar memakan sesuatu), bosan; 2. berasa loya atau hendak muntah, mual: sila Wan minum air di pangsa durian ini supaya menghilangkan panas dan rasa ~; 3. berasa jijik atau benci (kerana melihat atau mendengar sesuatu): kami sudah ~ dgn taktiknya yangg terlalu berhati-hati; 4. (Kim) keadaan sesuatu benda (seperti air, gas, dll) yang dicampuri dengan benda yang lain sehingga benda yang pertama itu tidak dapat lagi menerima atau bersebati dengan benda yang dicampurkanitu, tepu; memuakkan 1. menimbulkan perasaan muak, menjemukan, meloyakan, memualkan: bau makanan itu ~nya; 2. menyebabkan jadi muak (dua benda yang dicampurkan), menepukan. Ayat kedua betul manakala ayat kedua perlu dipinda seperti berikut; 1. Lori itu muat dengan barang-barang. 2. Tekaknya muak dengan makanan yang dihidangkan. | Tatabahasa | 18.07.2013 |
Antara perkataan "pipih' dan "leper" yang manakah merupakan perkataan yang paling tepat untuk ayat berikut: Kereta itu menjadi _______________ apabila digelek oleh lori itu. Harap dapat menjelaskan dengan terang kerana carian dalam Kamus Dewan mendapati kedua-dua perkataan tersebut mempunyai maksud yang sama sahaja. | Kereta itu menjadi pipih/leper apabila digelek oleh lori itu. Merujuk Kamus Dewan pipih sama maknanya dengan tipis dan leper, oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh menjadi jawapan kepada soalan tersebut. | Tatabahasa | 24.07.2010 |
1)Ketulenan sesuatu barangan yang hendak kita beli tidak boleh ditentukan dengan hanya melihat harganya sahaja.2)Lori di bahu jalan itu berundur setelah terlajak beberapa meter ke belakang.3)Tuan Gurdip telah memajak susu lembu itu untuk dihantar ke bahagian pengumpulan.(TOLONG BETULKAN JIKA SALAH.TERIMA KASIH) | Ayat yang lebih gramatis adalah seperti yang berikut: 1. Ketulenan sesuatu barangan yang kita hendak beli tidak boleh ditentukan dengan melihat harganya sahaja. 2. Lori di bahu jalan itu berundur setelah terlajak beberapa meter ke hadapan. 3. Encik Gurdip telah memerah susu lembu itu untuk dihantar ke bahagian pengumpulan. | Tatabahasa | 14.09.2012 |
Di tepi lori itu banyak kanak-kanak berkerumun. (MUnsyi, saya berasa ayat ini benar kerana merupakan ayat songsang. tetapi jawaban adalah salah, apakah pendapat munsyi? TK | Pendapat saudara benar dan ayat itu merupakan ayat songsang. | Tatabahasa | 04.09.2012 |
perkataan bahasa melayu yang tepat untuk penggunaan perkataan "folklift" (bahasa inggeris)(kereta/lori) pengangkat barang yang digunakan di kilang untuk mengangkat barang | Istilah forklift dikekalkan ejaannnya dalam bahasa Melayu. | Istilah | 19.11.2008 |
Betulkah penggunaan perkataan 'merbahaya' dalam ayat di bawah ini. 1. Awas, merbahaya! (Biasanya ia terdapat pada lori penghantar minyak- Petronas) 2. Kawasan larangan, merbahaya. | Ejaan yang tepat ialah berbahaya. 1. Awas, berbahaya! 2. Kawasan larangan dan berbahaya. | Ejaan | 21.07.2013 |
Salam sejahtera. Tuan apakah jawaban yang tetap untuk ayat yang berikut: 1. Ali menyauk ranting dan dedaun dari / daripada kolam. 2. Pengakap mengambil air dari / daripada sungai. 3. Dia menurunkan kerusi dari / daripada lori. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul: 1. Ali menyauk ranting dan dedaun dari kolam. 2. Pengakap mengambil air dari sungai. 3. Dia menurunkan kerusi dari lori. | Tatabahasa | 30.05.2011 |