Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya ingin bertanya berkenaan penggunaan huruf kecil dan huruf besar untuk ayat di bawah ini : 1. Tapak yang dipohon terletak di atas Lot 123 2. Tapak yang dipohon terletak di atas lot 123 Ayat 1 atau 2 yang betul ? (Lot 123 atau lot 123) | Ayat yang betul ialah Tapak yang dipohon terletak di atas Lot 123. | Tatabahasa | 08.10.2014 |
ruang niaga - lot shape | kedai / ruang perniagaan | Lain-lain | 14.11.2008 |
SALAM BAHAGIA Bolehkah saya menggunakan : "PEMAKLUMAN PEMOTONGAN PEMBAYARAN PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN GST DAN KAWASAN DI LOT 354, KOTA TINGGI BAGI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA BULAN NOVEMBER 2017" sebagai tajuk surat rasmi? pernyataan "PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN GST DAN KAWASAN DI LOT 354, KOTA TINGGI BAGI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA" tidak boleh diubah kerana telah terkandung di dalam kontrak Sekian terima kasih | Salam Sejahtera, Boleh digunakan. | Lain-lain | 20.12.2017 |
Selamat Sejahtera, Memohon jasa baik pihak DBP menyemak penggunaan alamat seperti di bawah. Perodua KL Main, Lot 18, Seksyen 86, Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur Cadangan kami: 1. Perodua Cawangan Kuala Lumpur 2. Perodua Kuala Lumpur 3. Perodua - Kuala Lumpur Terima Kasih | Padanan yang sesuai ialah Perodua Cawangan Utama Kuala Lumpur, Lot 18, Seksyen 86, Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 29.09.2017 |
Dengan lafaz bismillahhirahmanirahim dengan ini Perasmian Pejabat dan Kuarters Tentera di atas Lot 3699, di Stesen Pemancar TM Gunung Jerai, Mukim Gurun, Daerah Yan, Kedah Darul Aman telah selamat disempurnakan oleh: Dato’ Zamzamzairani Mohd Isa. BETUL KE AYAT INI? | Cadangan: Dengan lafaz bismillahhirahmanirahim.. Saya dengan ini.. merasmikan Pejabat dan Kuarters Tentera di atas Lot 3699, di Stesen Pemancar TM Gunung Jerai, Mukim Gurun, Daerah Yan, Kedah Darul Aman. | Lain-lain | 13.05.2009 |
PERMOHONAN PAPAN TANDA. BOLEHKAH SUKU KATA & AYAT DIBAWAH BOLEH DIBUNAKAN PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN AKADEMI JARUM BERLIAN SDN.BHD LOT 10240 & 12041 BT1 1/2 JALAN AIR PUTIH 24000, KEMAMAN TERENGGANU DARUL IMAN | Untuk penamaan tempat, keterangan aktiviti di bahagian atas dan saiznya paling besar (PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN), nama di bahagian tengah (AKADEMI JARUM BERLIAN SDN. BHD.) dan alamat di bahagian bawah sekali dan saiznya paling kecil (LOT 10240 & 12041 BT1 1/2 JALAN AIR PUTIH 24000, KEMAMAN TERENGGANU DARUL IMAN). | Tatabahasa | 13.10.2011 |
VORALES TRADE LINK SDN.BHD. LOT 726-13B, JALAN SUNGAI RASA, SEKSYEN 16, 40200 SHAH ALAM, SELANGOR. | Mohon kemukakan soalan supaya pihak kami dapat memberikan cadangan yang sesuai. | Lain-lain | 07.06.2018 |
BALAI RASMI LEMBAGA ADAT UNDANG NANING KE 19 LOT NO 190 PERSIARAN BUNGLO A' FAMOSA RESORT 78000 ALOR GAJAH | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 23.01.2015 |
Ajah Ismail Nov 21st, 3:44pm Assalamualaikum Tuan/Puan. Saya baru saja membuka kedai lot buku agama di Pulau Pinang. Saya ingin menjual/memasarkan buku2 keluaran syarikat dewan bahasa dan pustaka. Bagaimanakah cara pengurusannya? Melalui consignment, persen atau bagaimana. Saya ingin berurusan secara serius dalam hal ini. Mohon tuan/puan jelaskan. Jika boleh sy akan berjumpa wakil tuan/puan untuk penerangan dan urusan lanjut. Temujanji pada hari Isnin pukul 11 pagi di lokasi dewan bahasa dan pustaka. Mohon confermkan. Terima kasih. | Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. | Lain-lain | 21.11.2015 |
saya ingin semak perkataan untuk papan tanda iklan untuk kolej baru kami. RICHWORK BUSINESS COLLEGE AZIZAN OSMAN EDUCATION GROUP SDN BHD LOT 1034, BLOCK 3, NO 5,6,7, PRESINT ALAMI, PERSIARAN AKUATIK, SEKSYEN 13, 40100 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN. | Untuk pengesahan iklan, puan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Puan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian baharulah visual tersebut disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh puan gunakan: http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx | Lain-lain | 29.07.2015 |