Saya ingin bertanya tentang susunan subjek dan pradikat seperti berikut: 1.Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Alumni LPP atau Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Alumni LPP. 2. Mesyuarat Agung Khas Perwakilan atau Mesyuarat Agung Perwakilan Khas; 3. Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan atau Mesyuarat Agung Cawangan Tahunan; 4. Cawangan Alumni LPP Negeri Melaka atau Alumni LPP Cawangan Negeri Melaka; 5. Jawatankuasa Pusat Alumni LPP atau Jawatankuasa Alumni LPP Pusat; 6. Jawatankuasa Alumni LPP Cawangan atau Jawatankuasa Cawangan Alumni LPP; 7. Cawangan-cawangan Alumni LPP Negeri atau Alumni-alumni LPP Cawangan; 6. | 1. Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Alumni LPP. 2. Mesyuarat Agung Khas Perwakilan. 3. Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan. 4. Alumni LPP Cawangan Negeri Melaka. 5. Jawatankuasa Pusat Alumni LPP. 6. Jawatankuasa Alumni LPP Cawangan ... 7. Cawangan-cawangan Alumni LPP Negeri. | Tatabahasa | 09.08.2018 |
Assalamaulaikum. Untuk makluman, bahawa Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan menganjurkan Program Kecemerlangan dan Kecergasan Anggota (Sukan Dwi Tahunan) LPP 2022 pada 11-14 Mac 2022 bertempat di USIM. Program ini tiada Majlis Pembukaan (Perasmian) tetapi akan diadakan Majlis Penutupan pada 13 Mac jam 4.30 petang oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Makanan. Soalan Adakah penggunaan ayat Majlis Penutupan itu sesuai/boleh digunakan walhal tiada Majlis Pembukaan(perasmian) diadakan. Apakah tajuk sesuai untuk majlis tersebut? Terima kasih. | "Majlis Penutupan" boleh digunakan. | Lain-lain | 05.03.2022 |
Mohon bantuan proses penerbitan bahan bercetak berbentuk ilmiah yang berkisar sektor pertanian. Adakah perlu dapatkan kelulusan KDN atau memadai DBP sahaja. Bahan terbitan adalah berkaitan aktiviti LPP dan kisah kejayaan usahawan. Edaran merangkumi ahli peladang, universiti dan jabatan/agensi kerajaan. | Mohon bantuan proses penerbitan bahan bercetak berbentuk ilmiah yang berkisar sektor pertanian. Adakah perlu dapatkan kelulusan KDN atau memadai DBP sahaja. Bahan terbitan adalah berkaitan aktiviti LPP dan kisah kejayaan usahawan. Edaran merangkumi ahli peladang, universiti dan jabatan/agensi kerajaan. Tiada kelulusan daripada DBP dalam penerbitan bahan bercetak sama ada buku, buletin, brosur atau manual. Kelulusan DBP hanya untuk penerbitan bahan dan buku terbitan DBP sahaja. Kami mengalu-alukan pihak puan menerbitkan bahan bercetak berbentuk buku dengan DBP. | Lain-lain | 30.12.2013 |
Apakah bahasa istana untuk 'mereka'? Adakah bahasa istana dalam dokumen yang diserta semuanya betul? http://www.lpp.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=58f812ab-c193-459a-bac4-cf266fc9de6a&groupId=10171 | Mohon lampirkan dokumen yang dimaksudkan agar penyemakan boleh dibuat. Tuan boleh menyemak sendiri berpandukan buku Bahasa Diraja, Edisi Baharu terbitan DBP 2004. | Istilah | 30.05.2014 |
Assalamualaikum. saya ingin bertanya tentang format surat seperti di lampiran. yang manakah yang betul penggunaannya di perenggan 2 - Contoh 1 atau Contoh 2 Terima kasih. | Kedua-dua contoh yang dikemukakan itu betul, namun pada contoh yang kedua perlu dibuat sedikit pindaan, iaitu: 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifations Agency, MQA) MQA dan Lembaga Pembantu Perubatan (LPP) telah memilih tenaga pakar dari institusi/jabatan tuan iaitu: i. En. Mahadir bin Yunos; dan ii. En. Baharudin bin Mohamed. Kedua-dua pegawai akan membuat lawatan Akreditasi Penuh/Sementara bagi program seperti di atas pada 3 dan 4 November 2014 (Isnin dan Selasa). | Tatabahasa | 01.12.2014 |