| Bolehkah tuan menyemak tatabahasa ayat di bawah terutamanya melibatkan 'di antara' 'antara' 'antara..dengan'? Bahagian landasan di antara stesen LRT Damai dengan stesen LRT Pasar Seni ditutup (arah selatan dari stesen LRT Gombak). Lima unit bas dua tingkat terdiri daripada Alexander Dennis Enviro500 dan Volvo B8L milik RapidKL dikendalikan di antara stesen LRT Pasar Seni dengan stesen LRT Ampang Park secara percuma pada waktu puncak. Bas-bas percuma ini beroperasi setiap 15 hingga 20 minit dan akan membawa penumpang di antara stesen LRT Pasar Seni dan stesen Ampang Park ke mana-mana stesen. LRT disasarkan kembali beroperasi seperti biasa sepenuhnya tiga hari selepas kemalangan. | Penggunaan yang betul ialah seperti yang berikut: Bahagian landasan dari stesen LRT Damai ke stesen LRT Pasar Seni ditutup (arah selatan dari stesen LRT Gombak). Lima unit bas dua tingkat terdiri daripada Alexander Dennis Enviro500 dan Volvo B8L milik RapidKL dikendalikan dari stesen LRT Pasar Seni ke stesen LRT Ampang Park secara percuma pada waktu puncak. Bas-bas percuma ini beroperasi setiap 15 hingga 20 minit dan akan membawa penumpang dari stesen LRT Pasar Seni dan stesen Ampang Park ke mana-mana stesen. LRT disasarkan kembali beroperasi seperti biasa sepenuhnya tiga hari selepas kemalangan.
| Tatabahasa | 26.05.2021 |
| Ayat 1. " Ini adalah stesen pertukaran untuk LRT Laluan Kelana Jaya." Ayat 2. " Ini adalah stesen pertukaran ke LRT Laluan Kelana Jaya". | Ayat yang betul: Ini ialah stesen pertukaran ke LRT Laluan Kelana Jaya. | Tatabahasa | 11.11.2021 |
| Salam Tuan / Puan, Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat dari DBP utk nama-nama bilik di stesen LRT yang di cadangkan seperti di dalam lampiran. Di minta tuan /puan menyemak tatabahasa dan singkatan perkataan yang di gunakan. Terima kasih | Pembetulan: 1. Bengkel AFC 2. Bilik Bahan Cuci Sila buat pembetulan dan kemukakan semula melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Tatabahasa | 23.06.2015 |
| Selaku ketua taskforce program Railway Engineering di UTHM, saya inginkan perkataan yang sesuai utk "Railway Engineering". Perbicangan dengan KTMB, Monorel, LRT, SPAD mendapati perkataan 'keretapi' tidak sesuai. Majoriti mereka mencadangkan 'rel' walaupun ada mencadangkan 'relway' dan 'tren'. Mohon cadangan balas pihak DBP. Terima kasih. Wasalam, Khalid | Untuk makluman tidak ada istilah khusus untuk railway engineering dalam pangkalan data kami. Padanan istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kejuruteraan pengangkutan rel. | Istilah | 07.07.2011 |
| Ariy Alias Dec. 15 4:09PM assalamualaikum bolehkah admin dbp bantu saya bagaimana cara saya boleh pergi ke dbp menggunakan perkhidmatan komuter n lrt saya dari stesen komuter shah alam seksyen 19 sekian, terima kasih | Stesen Hang Tuah dan perlu berjalan kaki ke DBP (Sekitar 5 ke 7 minit sahaja) Atau boleh juga menggunakan Monorel - Stesen Maharajalela (Berjalan kaki ke DBP sekitar 5 ke 7 minit) | Lain-lain | 15.12.2015 |
| Betulkan penggunaan masa sistem 24 jam di dalam ayat itu? Pada 24 Mei 2021, pukul 20:45 waktu tempatan, berlaku sebuah perlanggaran antara dua buah tren LRT di Laluan Kelana Jaya, Kuala Lumpur, Malaysia. | Cadangan penulisan waktu yang betul ialah 2045 waktu tempatan. | Lain-lain | 27.05.2021 |
| Chin Tsin FRI 17:24 Chin Tsin Chin Admin, Selamat Petang. Blh tanya mcm mana pergi Dwan DBP dgn pengangkutan awam? Terima kasih. | Tuan boleh memilih untuk menaiki komuter atau LRT, sila rujuk laman web yang berkaitan untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 30.09.2016 |
| Selama ini saya tahu OKU bermaksud Orang Kurang Upaya, tapi sejak akhir-akhir ini saya perhatikan di TV3 sering sebut sebagai Orang Kelainan Upaya... persoalannya bila pula digunapakai istilah ini dan adakah ia sudah menjadi sesuatu yang rasmi? Di stesen LRT Universiti juga ditulis Orang Kelainan Upaya di tempat parkirnya. | Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini penggunaan "Orang Kelainan Upaya" lebih kerap didengari/dibaca seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanpun belum ada apa-apa perubahan buat masa ini dan penggunaan "Orang Kurang Upaya" masih dikekalkan. | Istilah | 31.05.2011 |
| Assalamualaikum Tuan/Puan. Saya ingin bertanya, bagaimana cara ingin pergi ke DBP dari dengan menggunkan KTM dari Serdang? Terima Kasih. | Untuk makluman tuan/puan, KTM tidak mempunyai hentian yang berhampiran dengan DBP. Tuan/Puan perlu berhenti di KL Sentral terlebih dahulu. Kemudian, tuan/puan boleh mengambil LRT dan berhenti di Hentian Hang Tuah. Dari Hentian Hang Tuah, tuan/puan perlu berjalan kaki menuju ke DBP dalam anggaran masa 10-15 minit. | Lain-lain | 05.04.2018 |
| Pengerusi Prasarana Malaysia, Dato' Sri Tajuddin Abdul Rahman mengatakan bahawa Prasarana Malaysia akan memberikan bantuan khas RM1,000 setiap seorang kepada 213 orang mangsa kemalangan di Laluan Kelana Jaya. Betulkah ayat di atas dari segi tatabahasa? | Ayat yang lebih sesuai ialah Pengerusi Prasarana Malaysia, Dato' Sri Tajuddin Abdul Rahman menyatakan bahawa Prasarana Malaysia akan memberikan bantuan khas sebanyak RM1,000 setiap seorang kepada 213 orang mangsa kemalangan LRT Laluan Kelana Jaya. | Tatabahasa | 26.05.2021 |