[luap] | لواڤ
Definisi : ; meluap 1. mengembang kerana mendidih, meruap: nasi itu telah ~; 2. tumpah kerana sangat penuh, melembak, melimpah: pd musim hujan lebat, air sungai itu ~; 3. makin bertambah-tambah (perasaan, kemarahan, semangat, dsb), menghebat, menjadi-jadi, menyala-nyala: tiba-tiba datang keinginan yg ~ hendak pulang ke kampung halaman; meluap-luap bergelora dgn amat sangat (bkn perasaan, semangat dsb), berkobar-kobar, berapi-api: timbul ~ kemarahannya terhadap budak itu; rasa bencinya terhadap penjajah ~; azamnya utk menjadi seorang pemuzik profesional ~; meluapkan menjadikan meluap: perasaan geram dan tidak puas hati jika dipendamkan boleh ~ perasaan marah; luapan hasil perbuatan meluap(kan): ~ amarah yg membuak dlm dadanya sudah dapat ditenangkan; peluapan perbuatan meluapkan: ~ semangat muda Mat Yasin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[luap] | لواڤ
Definisi : ; meluap 1 mengembang kerana mendidih; meruap. 2 melimpah atau tumpah kerana terlalu penuh dsb. 3 ki makin menjadi-jadi atau makin bertambah-tambah (bkn perasaan, kemarahan dll): Kemarahannya semakin ~ terhadap anaknya yg nakal itu. meluapkan menjadikan meluap: ~ semangat. luapan sesuatu yg meluap. pemeluapan hal atau proses meluap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)