Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.kis] | لوکيس

Definisi : ; pandai ~ ark orang yg pandai membuat gambar, pelukis, tukang lukis; seni ~ (hasil) kecekapan menggambar yg elok-elok; melukis 1. membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb): dia suka ~ pemandangan yg indah-indah; 2. merupakan dgn gambar, menggambarkan: dia ~ sebuah bulatan; melukiskan ki 1. membayangkan, menampak­kan: bibirnya ~ senyuman; 2. menceritakan (mengisahkan) hal sesuatu, membentangkan: rencana itu ~ penderitaan yg dialami rakyat; terlukis 1. terbayang, tergambar: ~ dlm kepala­nya kesibukan kota London itu; 2. teriwayat, terceritakan; lukisan 1. hasil melukis, gambar(an): ~ cat minyak; 2. ki keterangan (cerita, huraian, dll) yg menggambarkan sesuatu hal; pelukisan perihal melukiskan: pengarang sastera sejarah mengusahakan ~ peristiwa­peristiwa yg disaksikannya sendiri; cara ~ watak dan peristiwa dlm novel ini lurus dan tidak mengarah kpd simbolisme; pelukis orang yg (kerjanya) melukis, tukang lukis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.kis] | لوکيس

Definisi : ; melukis membuat gambar dgn menggunakan cat, pensel dll: Dia ~ gambar kucing pd kertas itu. melukiskan 1 melukis (gambar dsb) utk seseorang: Ahmad ~ adiknya gambar seekor gajah. 2 menceritakan sesuatu keadaan atau hal; mengisahkan; menggambarkan: Cerpen itu ~ kesusahan orang-orang kampung. lukisan 1 sesuatu yg dilukis; hasil melukis; gambar: ~nya memenangi hadiah pertama. 2 keterangan, cerita dll yg menggambarkan sesuatu. ~ teknik lukisan (pelan bangunan dsb) yg menggambarkan sistem atau struktur sesuatu benda. pelukis orang yg pandai melukis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lukis
Kata Terbitan : melukis, melukiskan, terlukis, lukisan, pelukis,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Tuan / Puan Bolehkah Tuan/Puan menyatakan ayat manakah yang betul? 1a) Lukis satu graf garis suhu melawan masa pada kertas graf yang disediakan. 1b) Lukis satu graf garis suhu lawan masa pada kertas graf yang disediakan. Sekian, terima kasih.1b) Lukis satu graf garis suhu lawan masa pada kertas graf yang disediakan.Tatabahasa30.11.2011
Pusat Seni Lukis/Seni3 perkataanTatabahasa17.04.2007
Penggunaan nama benda.pensel lukis atau pensel lukisanSalam sejahtera,

Tuan,

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-4, lukis membawa maksud, 1. membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb): dia suka ~ pemandangan yg indah-indah; 2. merupakan dgn gambar.
Manakala, lukisan pula membawa maksud asil melukis, gambar(an): ~ cat minyak; 2. ki keterangan (cerita, huraian, dll) yg menggambarkan sesuatu hal.

Berdasarkan itu, penggunaan pensel lukis lebih tepat penggunaannya.

Sekian, terima kasih.
Makna12.07.2017
Salam tuan/puan. Saya ingin bertanya tentang penggunaan -kan di dalam ayat dibawah. Manakan antara ayat berikut yang menggunakan -kan dengan betul? 1) Lukis dan labelkan 2) Lukiskan dan labelkan 3) Lukis dan labelSalam sejahtera, 

 Puan,

Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja.
Jadi, frasa yang betul ialah (2) Lukiskan dan labelkan

Sila rujuk Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.
Tatabahasa03.02.2019
Apakah kata sendi nama yang sesuai untuk ayat ini: Lakarkan gambar yang anda ingin lukis di atas/pada mantel menari anda di atas/pada sehelai kertas. Terima kasih.Penggunaan kata sendi yang betul: Lakarkan gambar yang anda ingin lukis pada mantel menari anda di atas sehelai kertas.Tatabahasa12.05.2011
Saya merupakan pelajar dalam jurusan Seni Lukis dan Seni Reka. Saya sedang membuat kajian tentang pesanan datuk dan nenek moyang dahulu kala. Contohnya, "Jangan ketip kuku waktu malam, nanti hantu datang". Maksud tersirat, dinasihatkan jangan ketip kuku pada waktu malam kerana takut jari terluka. Saya ingin bertanya sekiranya terdapat penulisan tentang pesanan datuk nenek moyang ini. Saya harap pihak DBP dapat membantu saya. Terima Kasih.Sila rujuk bahan ini : 1. Cerita peribahasa: bidalan/Buku 7 Amir Hamzah Shamsuddin (Malungun) Penerbitan Kintan sdn. Bhd. 1995 2. Himpunan peribahasa dan simpulan bahasa KBSM Mohd. Tajudin Hashim S. Abdul Majeed 1990 3. Kamus istimewa peribahasa Melayu [tiada pengarang] Dewan Bahasa dan Pustaka 2007 4. Adat dan pantang larang orang Melayu A. Aziz Deraman Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd 1995 . 5.Pantang larang orang Melayu tradisional Wan Ramli Wan Muhammad Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000Lain-lain23.07.2007
Salam, Saya merupakan Pensyarah Jabatan Seni Halus Di bawah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam ingin bertanya mengenai buka Rupa dan Jiwa oleh Syed Ahmad Jamal yand ditulis pada tahun 1992, dan cetakan kedua pada tahun 2010. Saya mengajar bagi subjek Rupa dan Jiwa di Jabatan ini dan banyak menggunakan buku itu sebagai rujukan kepada pelajar saya, malangnya sejak dua tahun yang lepas tiada percetakan semula yang dilakukan. Maka pelajar saya tidak memperolehi buku tersebut bagi tujuan kelas ini. Persoalannya, bilakah cetakan ketiga akan dikeluarkan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka bagi tujuan rujukan ini. Segala kerjasama saya dahului dengan ribuan terima kasihWaalaikumussalam WBT. Kami mengambil maklum keperluan segera cetakan buku Rupa dan Jiwa oleh Syed Ahmad Jamal. Maklumat lanjut akan disampaikan kepada pihak tuan. Terima kasih.Lain-lain04.03.2019
salam..saya ingin bertanya adakah betul struktur ayat berikut: Anda boleh lukis di atas kertas dan tampal di ruang ini.Ayat yang lebih gramatis ialah Anda boleh melukis di atas kertas dan menampal lukisan tersebut di ruangan ini. Tatabahasa31.10.2016
assalammualaikum. saya ingin bertanya. pada tahun 2000 hingga 2005, saya adalah merupakan penyumbang luar bagi ruangan seni lukis/tampak dalam majalah Dewan Budaya. Tetapi sejak 2 tahun lepas saya tidak aktif lagi disebabkan baru memulakan kerjaya sebagai guru. Kini saya ingin bergiat semula dalam bidang penulisan sebagai penyumbang luar majalah Dewan Budaya. Saya ingin tahu apakah syarat-syarat dan peraturan untuk bergiat dalam penulisan ini. Diharap pihak tuan dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat yang saya perlukan. Sekian terima kasih.Waailaikummussalam. Memandangkan tuan telah biasa menyumbang makalah untuk Dewan Budaya, teruskanlah. Tidak ada syarat atau peraturan baharu.Lain-lain24.09.2007
Puan/Tuan, Sila Tuan/Puan perjelaskan ayat aktif yang manakah yang betul? 11) Isikan air di dalam botol plastik. 1b) Isi air di dalam botol plastik. 1c) Isikan botol plastik dengan air. 2a) Lukis garis untuk memadankan perkataan dengan maksudnya. 2b) Lukiskan garis untuk memadankan perkaataan dengan maksudnya. 3a) Ulang langkah A dan B menggunakan bahan lain. 3b) Ulangi langkah A dan B menggunakan bahan lain. 4a) Langkah menjimatkan air 4b) Langkah penjimatan air 5a) Menjalani kehidupan harian 5b) Menjalankan kehidupan harian 6a) Mengalami selesema 6b) Menghidap selesema 6c) Mendapat selesema 7a) Apakah Jisim? 7b) Apakah itu Jisim? 8a) Penafsiran impuls oleh otak kita 8b) Pentafsiran impuls oleh otak kita Sekian, terima kasih

Yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut:

1. Isi air ke dalam botol plastik.

2. Lukis garis untuk memadankan perkataan dengan maksudnya.

3. Ulangi langkah A dan B menggunakan bahan lain.

4. Langkah-langkah penjimatan air

5. Menjalani kehidupan harian

6. Menghidap selesema

7. Apakah Jisim?  

8. Pentafsiran impuls oleh otak kita

Tatabahasa07.11.2011
12

Kembali ke atas