Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. hasil melukis, gambar(an): ~ cat minyak; 2. ki keterangan (cerita, huraian, dll) yg menggambarkan sesuatu hal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sesuatu yg dilukis; hasil melukis; gambar: ~nya memenangi hadiah pertama. 2 keterangan, cerita dll yg menggambarkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lukis
Kata Terbitan : melukis, melukiskan, terlukis, lukisan, pelukis,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Memohon pendapat bagi pengertian istilah/tajuk ini :- MASALAH PENYEDIAAN LUKISAN LAKARAN TIDAK SISTEMATIK Terima kasih

Masalah menyiapkan lukisan lakaran atau lukisan yang dilukis secara kasar tidak berasaskan atau menurut sistem yang betul. Untuk maksud yang lebih jelas sila rujuk makalah yang berkaitan.

Makna20.04.2009
Salam. ayat mana yang betul a) lukisan mural yang cantik itu dilukis oleh pelajar sekolah tersebut atau b) lukisan mural yang cantik itu dilukis oleh pelajar sekolah tersebut.a) lukisan mural yang cantik itu dilukis oleh pelajar sekolah tersebut atau
b) lukisan mural yang cantik itu dilukis oleh pelajar sekolah tersebut.
Tidak ada perbezaan bagi kedua-dua ayat tersebut.
Tatabahasa01.04.2012
salam sejahtera, adakah ayat berikut betul? 1. Ibu memberi saya duit. 2. Lukisan yang dipamerkan di situ indah-indah belaka. 3. lukisan yang dipamerkan itu besar-besar belaka. terima kasih atas maklum balas.1. Ibu memberi saya duit. - ayat ini betul
2. Lukisan yang dipamerkan di situ indah-indah belaka. - ayat ini lewah, yang gramatisnya Lukisan yang dipamerkan di situ indah belaka.
3. Lukisan yang dipamerkan itu besar-besar belaka. - lewah, lihat penerangan di atas.
Tatabahasa15.03.2012
BAGAIMANAKAH CARA PENULISAN YANG BETUL: Kertas lukisan dan cat air, atau cat poster, atau cat tempera ATAU Kertas lukisan dan cat air atau cat poster atau cat tempera
Tanda koma tidak perlu sebelum kata "atau" kerana ayat tersebut merupakan ayat setara. Walau bagaimanapun, tidak salah sekiranya tanda koma digunakan kerana tidak menimbulkan perubahan makna dan ini hanyalah melibatkan gaya penulisan.
Ejaan25.03.2013
salam sejahtera, saya ingin bertanya adakah betul penjodoh bilangan bagi potret/lukisan/seni adalah sebuah. terima kasih.Penjodoh bilangan bagi potret/lukisan ialah buah.Lain-lain04.07.2008
Maksud Ilustrasi dalam konteks Multimedia dan bahasa .

Dalam Kamus Dewan ilustrasi bermaksud gambar (lukisan dsb) utk menerangkan atau menghiasi sesuatu (dlm buku, majalah, dll); dalam istilah ilustrasi disebut penjelasan/ilustrasi, huraiannya; (1) Lukisan atau foto pada sesebuah teks yang memberi gambaran tentang kandungan teks tersebut. (SLUKIS) (2) Tindakan membuat penjelasan dengan kaedah yang mudah tentang sesuatu fahaman, teori atau konsep yang terdapat dalam bidang geografi melalui kaedah tertentu seperti melalui kajian lapangan dan makmal. (GEOG). Untuk bidang multimedia juga digunakan ilustrasi.

Makna16.10.2008
apakah perkataan lain bagi ikon dalam bahasa malaysia?Ikon bermaksud 1. gambar, lukisan, imej, gambaran: puisi Sutardji wujud dlm konteks ritual dan kepercayaan berserta ~ yg seiring bagi dunia magis Melayu-Indonesia yg primitif; 2. lukisan atau gambar yg dianggap sbg keramat (orang yg mulia); 3. (Komp) simbol grafik pd skrin digunakan dlm sistem komputer interaktif bagi menyediakan cara mudah mengenal pasti fungsi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Empat.Lain-lain17.06.2010
perkataan yang sesuai peta/pelan ? peta laluan keluar kecemasan bangunan. / pelan laluan keluar kecemasan bangunan.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "peta" bermaksud 1. lukisan (gambar) pd kertas dll yg menun­jukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dll; 2. lukisan (gambar) yg menunjukkan keduduk­an bintang dll di langit; ~ angin peta yg menunjukkan arah peredaran angin; ~ antarabangsa peta dunia yg biasanya berskala 1:1 000 000; ~ bahasa peta yg meng­gambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu di­gunakan; ~ bumi peta yg khusus menunjuk­kan tanah (gunung, sungai, dll); ~ kontur peta yg dilukiskan dgn garisan-garisan kontur; ~ kosong peta yg belum ditandai dgn nama tempat (letak sungai, gunung, dll); ~ lakar peta sesuatu kawasan dll yg dilukis dgn secara kasar dan mengandungi hal-hal yg penting sahaja; ~ laut peta yg khusus menunjukkan laut (pulau­pulau, aliran ombak, dll); ~ timbul peta yg dibuat drpd tanah liat (plastisin) dgn gambaran bukit (gunung, sungai, dll) spt yg terdapat di muka bumi; ~ topo peta lengkap sesuatu tempat (yg menunjukkan bandar, jalan, dll); berpeta berupa peta: mendedahkan panau ~-peta di bahu dan di lengannya; memeta membuat peta; memetakan 1. membuat peta tentang se­suatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. meng­gambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup; pemetaan perihal membuat peta; pemeta orang yg membuat peta.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, "pelan" bermaksud 1 rajah yg menggambarkan bentuk serta ukuran sesuatu bangunan, kawasan dsb. 2 rancangan yg sudah diatur utk dilaksanakan. ~ induk rancangan menyeluruh yg merangkumi seluruh dasar dan segala rancangan kegiatan yg akan dilaksanakan (dlm pembangunan, perekonomian, dsb): Beberapa kajian terkandung dlm ~ induk projek tsb. ~ lantai lukisan mengikut skala bagi susun atur bilik dsb pd satu lantai sesebuah bangunan. ~ tindakan rancangan yg diatur yg terdiri drpd langkah-langkah utk bertindak secara bijak.

Oleh itu, jawapan yang lebih sesuai ialah "pelan".
Istilah09.04.2013
apakah perbezaan maksud seni dan kesenian?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1452-1453, seni - 1. karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan: kalau perut kosong, politik dan sastera, ilmu pengetahuan dan seni tidak akan menarik perhatian orang yang paling intelektual sekali pun; 2. kebolehan mencipta sesuatu (lukisan, ukiran, dll) yang indah-indah; manakala kesenian pula bermaksud - perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan): kaulah seorang seniman yang tahu menikmati kesenian alam.Makna26.12.2006
1. Pertandingan melukis /lukisan, pertandingan mewarna / pewarnaan/ warna , pertandingan masak/ memasak? 2. Apakah perbezaan antara 'untuk' dengan 'kepada' bolehkah tuan tolong terangkan.

Puan Law Siew Mei, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Perkataan yang betul penggunaannya ialah Pertandingan melukis, pertandingan mewarna dan pertandingan memasak.

1. Makna untuk ialah ditentukan (disediakan) bagi, merupakan bahagian (seseorang dll): tanah getah yg lima ekar ini ~mu dan tanah sawah yg dua ekar itu ~ adikmu; 2. guna, bagi, buat: wang ~ membeli makanan; ruang ~ bekerja; 3. (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: ditumbuknya kulit kayu itu halus-halus ~ ubat; dibawanya buluh rencong ~ senjata;

2.  Manakala kepada pula bermaksud kata utk menyatakan arah ke (dipakai sebelum nama orang atau kata pengganti diri), pada: mengirim surat ~ orang tuanya; 2. terhadap, akan:

Tatabahasa09.02.2010
1234

Kembali ke atas