ejaan yang betul untuk bertungkus-lumus atau bertungkus lumus? | Bertungkus lumus dieja tanpa tanda sempang kerana kedua-dua perkataan tersebut apabila diasingkan mempunyai makna yang tersendiri. | Ejaan | 19.10.2013 |
kata bertungkus-lumus betul atau bertungkus lumus? saya cari dalam kamus dewan, kedua2nya ada. sila jelaskan tq | Sebagai entri dalam Kamus Dewan dan Kamus Pelajar bertungkus-lumus dieja terpisah. Sangat jelas, bertungkus lumus dieja tanpa tanda sempang kerana kedua-dua perkataan tersebut apabila diasingkan mempunyai makna yang tersendiri. | Ejaan | 03.03.2014 |
ejaan bertungkus lumus atau bertungkus-lumus yang mana satu betul? | Ejaan yang betul ialah bertungkus lumus. | Ejaan | 03.05.2013 |
bertungkus lumus atau bertungkus-lumus? kedua-duanya ada dalam kamus dewan? yang mana satu yang betul? terima kasih. | Bertungkus lumus dieja tanpa tanda sempang kerana kedua-dua perkataan tersebut apabila diasingkan mempunyai makna yang tersendiri. | Tatabahasa | 16.02.2015 |
Salam sejahtera, 1. Di dalam Kamus Dewan = bertungkus-lumus Di dalam kamus Pelajar Edisi Khas KBSM = bertungkus lumus (tiada tanda sempang). 2. berjimat-cermat @ berjimat cermat Mohon pandangan tuan yang manakah betul. | Bertungkus lumus dieja tanpa tanda sempang kerana kedua-dua perkataan tersebut apabila diasingkan mempunyai makna yang tersendiri. | Tatabahasa | 29.04.2012 |
Salam sejahtera, tuan. Tuan, adakah ayat ini gramatis? Beberapa orang pelajar menyapu lantai dengan bertungkus lumus. Sekian terima kasih. | Mengikut buku Kamus Dewan, tungkus lumus bermaksud asyik atau teruk mengerjakan sesuatu, bertungkus lumus bermaksud mengerjakan sesuatu dgn tungkus-lumus. Ayat yang betul ialah Beberapa orang pelajar bertungkus-lumus menyapu lantai. | Tatabahasa | 08.07.2014 |
Salam sejahtera tuan, murid-murid saya suka menulis ayat seperti: makan dengan seronok, gotong-royong dengan bekerjasama, membaca dengan asyik , memadamkan api dengan bertungkus lumus dan sebagainya. Adakah semua ayat tersebut gramatis? | Salam sejahtera tuan, murid-murid saya suka menulis ayat seperti: makan dengan seronok, gotong-royong dengan bekerjasama, membaca dengan asyik , memadamkan api dengan bertungkus lumus dan sebagainya. Adakah semua ayat tersebut gramatis? Jawapan: Ayat yang gramatis ialah ayat yang berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa.Oleh itu, ayat yang gramatis sama maksud dengan ayat yang betul dari segi tatabahasanya. Berdasarkan ayat yang tuan berikan, ada ayat yang gramatis dan ada juga ayat yang tidak gramatis bergantung pada penggunaan ayat. | Tatabahasa | 17.08.2014 |
salam sejahtera tuan, perkataan seperti betungkus lumus, rumput rampai, sampah sarap perlukah kita letakkan "-" ? kerana saya terjumpa perkataan sampah sarap dalam pusat rujukan persuratan melayu dewan bahasa ada yang tulis sampah-sarap dan ada yang tulis sampah sarap ini yang mengelirukan saya. minta tuan berikan penerangan kepada saya. sekian terima kasih. | Ketiga-tiga perkataan tersebut merupakan kata majmuk. Oleh itu, tanda sempang tidak perlu digunakan. Kami mengambil maklum tentang aduan tuan tersebut mengenai kata "sampah-sarap" yang terdapat dalam PRPM DBP. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
tolong sahkan ayat ini betul atau tidak "Emak saya bertungkus-lumus menjaga anaknya | Ayat ini betul. | Tatabahasa | 22.11.2012 |
Pak Rahim (mengesat) peluh yang mengalir di dahinya semasa dia bertungkus-lumus di sawah padi. Mengapakah kita tidak boleh menggunakan "mengelap" ? | mengesat1. menyapu-nyapu atau menggosok supaya kering: budak itu menggeleng-geleng sambil ~ air matanya; ~ peluh; ~ darah; 2. bp menyapu-nyapu (menggosok) kerana membersihkan sesuatu (drpd habuk, kotoran, dll); mengelapmenyapu atau mengeringkan dgn kain lap dll, menyeka: dia berdiri seketika, kemudian ~ dahinya; tidak mengapa tumpah sedikit saya boleh lap; Berdasarkan makna yang diberikan di atas, apabila dipadankan dengan contoh ayat , menunjukkan kedua-dua kata tersebut boleh digunakan, namun yang lebih tepat dan biasa digunakan ialah mengesat. | Makna | 02.10.2009 |