Tepatkah jika "collapsed lung" dipadankan dengan "paru-paru mengecut"? | Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk "collapsed lung" ialah paru-paru kempis. | Istilah | 18.06.2022 |
Mohon dapatkan terjemahan "Green Lungs" dalam konteks kawasan hijau perhutanan di dalam bahasa Melayu. "Jantung Hijau" atau "Paru-Paru Hijau" agak janggal. | Belum ada maklumat tentang Green Lung dalam bahasa Melayu. Perkataan Lung diterjemahkan kepada Paru-paru, berkemungkinan bukanlah merujuk paru-paru itu secara fizikal tetapi fungsinya sebagaimana penggunaannya dalam bahasa Inggeris. Secara harfiah Green Lung diterjemahkan kepada Paru-paru Hijau sama seperti rumah hijau (green home) dan pasir hijau (green sand) yang telah digunakan dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.01.2015 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya mempunyai pertanyaan bagi terjemahan perkataan phthisiology. Phthisiology ialah Phthisiology is the care, treatment, and study of tuberculosis of the lung. It is therefore considered a specialisation within the area of pulmonology. The term derives from the designation by Hippocrates of phthisis meaning "consumption". Apakah terjemahan yang tepat untuk perkataan tersebut? Bolehkah ianya menjadi perkataan pinjaman: Fthisiologi? | Padanan terjemahan untuk istilah phthisiology ialah "ftisiologi". | Penyemakan dan penterjemahan | 15.01.2021 |
Apakah padanan yang sesuai untuk "apex predator" untuk ayat contoh di bawah: A sudden strike turns a location scout into a race against death and a personal trainer becomes the victim of an apex predator stalking the trails. Menurut Kamus Bahasa Inggeris, definisi yang diberikan ialah: n 1. highest point, peak, puncak, mercu, kemuncak; (tech) mercu, puncak: the ~ of a mountain,puncak gunung; the ~ of a triangle,mercu segi tiga; 2. pointed end, apeks; (of tongue, leaf) apeks, hujung: the ~ of the lung, apeks paru-paru; the ~ of the heart, apeks jantung; the ~ of the tongue, hujung lidah; 3. end, edge, crest of mineral vein, apeks; 4. climax, mercu, puncak: he was at the ~ of his career, dia berada di puncak kerjayanya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan) Berdasarkan definisi di atas, mengikut pemahaman saya, "apex predator" merujuk kepada pemangsa yang berada di puncak piramid makanan. Mohon bantuan pihak Tuan/Puan untuk memberikan padanan yang sesuai mengikut konteks ayat contoh yang diberikan di atas. Terima kasih. | Kami mencadangkan "apex predator" diterjemahkan sebagai "pemangsa puncak". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 18.06.2022 |