Tuan DBP, "lupa akan bahawa..." atau "lupa bahawa" betul? Minta baca surat WordPad saya yang bertajuk "Lupa bahawa..." atau "Lupa akan bahawa...". Saya pada asalnya berpendapat bahawa "lupa akan bahawa" betul kerana selepas perbuatan tiada melampau "lupa", mesti ada sendi nama seperti "akan" barulah dapat disambungkan klausa komplemen "bahawa...". Namun begitu, kebelakangan ini saya sedar bahawa rangkai kata "lupa akan bahawa..." salah kerana ada dua penghubung "akan" dan "bahawa". Penghubung yang tersesuai "bahawa" kerana menyambungkan perbuatan tiada melampau "lupa" pada ayat seperti "hari ini hari jadi anaknya". (Contoh: ...lupa bahawa hari ini hari jadi anaknya). Untuk pendapat lanjut saya, pohon tuan menyelidik surat tanyaan saya dalam WordPad. | Merujuk buku Tatabahasa Dewan, kata kerja tak transitif diikuti oleh kata sendi nama. Oleh itu, frasa yang betul ialah "lupa akan bahawa". Sebarang dapatan baharu boleh dikemukakan untuk perbincangan kepada pihak yang berwenang seperti pengkaji dan pakar bahasa. Dalam ruangan yang terhad ini, tidak dapat melihat dan menilai sesuatu kajian kerana memerlukan pembacaan yang banyak dan penelitian yang rinci. Antara medan yang sesuai ialah Jurnal Bahasa terbitan DBP yang mengumpulkan banyak kajian ilmiah oleh pakar, pengkaji dan penggiat bahasa. Kami menghormati sebarang pandangan, namun teras perkhidmatan kami ialah rumus yang telah disusun dalam Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 04.12.2016 |
dalam ayat perintah seperti berikut: Jangan lupa untuk membawa buku ke sekolah. adakah kata' lupa' ialah kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif? perlukan kita letak imbuhan utk kata 'lupa'? | Lupa ialah kata kerja aktif tak transitif berpelengkap. Kata kerja ini mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Dalam konteks ayat tersebut kata "lupa" tidak memerlukan imbuhan. | Tatabahasa | 04.03.2014 |
Salam DBT. Mohon jelaskan , manakah ayat yang tepat dan gramatis? 1. Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa. 2. Janganlah engkau marahkan daku disebabkan aku lupa. 3. Janganlah engkau marahiku disebabkan aku lupa. | 1. Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa. 2. Janganlah engkau marahkan daku disebabkan aku lupa. 3. Janganlah engkau marahiku disebabkan aku lupa. Ketiga-tiga ayat ini ayat gramatis. | Tatabahasa | 20.06.2016 |
Selamat petang. Saya ada kemusykilan: mana satu yang betul di antara "jangan lupa untuk singgah ke booth kami" atau "janagn lupa untuk singgah di booth kami". | Salam Sejahtera. Dicadangkan, "Jangan Lupa Singgah di Reruai Kami". | Penyemakan dan penterjemahan | 18.03.2019 |
Saya telah lupa kata laluan lama. Bagaimana saya ingin menukar kata laluan yang baru? Terima kasih. Sekian, Ms. Nabilah | Bagi menangani masalah teknikal ini, sila hubungi Pegawai Sistem Maklumat DBP melalui talian 03-21479389/9373. | Lain-lain | 30.03.2017 |
Yang manakah betul "seperti ulat lupakan daun atau seperti ulat lupa akan daun"? Kami DBP tulis seperti ulat lupakan daun tetapi cikgu kata seperti ulat lupa akan daun. | Kedua-duanya boleh digunakan. "Seperti ulat lupakan daun" ialah sebutan mengikut peribahasa yang ditinggalkan sejak turun-temurun dalam bentuk lisan. "Seperti ulat lupa akan daun" disebut oleh guru mengikut tatabahasa yang betul. Perkataan "kan" pada "lupakan" itu bermaksud "akan" | Sastera | 05.09.2016 |
Mana satu ayat yang betul. "Apabila sudah berjaya, jangan lupa asal-usul kalian," pesan Cikgu Amran kepada murid-muridnya. atau "Apabila sudah berjaya, jangan lupa asal-usul kalian," pesan cikgu Amran kepada murid-muridnya. | Kedua-dua ayat yang diberikan adalah sama. Untuk makluman, ayat yang diberikan adalah betul. Walau bagaimanapun, ejaan yang betul ialah asal usul bukan asal-usul. | Tatabahasa | 09.11.2013 |
----- berada di luar negara Mamat tidak pernah lupa akan ibunya di Malaysia A selama B meskipun | Ayat yang betul ialah "Selama berada di luar negara Mamat tidak pernah lupa akan ibunya di Malaysia". | Tatabahasa | 18.07.2015 |
Saya ingin tahu peribahasa yang sebenar untuk seperti kacang lupakan kulit. Merujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Abdullah Hussain, DBP (2016) - ditulis begini - 'Lah panas hari, kacang lupa akan kulitnya. | Bagai kacang lupakan kulit bermaksud orang yang lupa akan asalnya setelah menikmati kesenangan. | Lain-lain | 18.07.2017 |
Selamt pagi. Bagaimanakah sekiranya lupa kata laluan dan bagaimana perlu dapatkan kod kata laluan? kami sudah beberapa kali mencuba tapi tidak berjaya untuk meneruskan.Sila nasihat kami langkah seterusnya. Daftar Masuk ID Pengguna (E-mel) * g_jade.ent2004@yahoo.com Kata Laluan * ••••••••• Pengesahan Borang (Masukkan huruf yang dipaparkan ke dalam kotak input yang disediakan) * Masuk Set Semula | Untuk permasalahan tentang system, tuan boleh menghubungi Pegawai Sistem Maklumat kami Mohamad Shaufi bin Kambaruddin melalui talian 03-2147 9389 | Lain-lain | 07.06.2016 |