Sebelum berpisah, dia memohon maaf atas kesalahannya dari hujung rambut hingga hujung kuku. Munyi, memohon maaf atau meminta maaf sesuai digunakan? TK | Sebelum berpisah, dia memohon maaf atas kesalahannya daripada hujung rambut hingga hujung kaki. | Tatabahasa | 16.07.2012 |
maksud maaf | Maaf bermaksud kerelaan melepaskan atau membebaskan seseorang daripada hukuman atau denda kerana sesuatu kesalahan. | Makna | 23.02.2008 |
Tuan, adakah ayat di sebelah ini betul? 1. Saya minta maaf dengan cikgu. Saya merasakan ayat ini salah kerana kata sendi nama "dengan" digunakan. Berdasarkan maksud pertama "dengan", "dengan" bermaksud bersama-sama. Jadi, seluruh ayat (1) bermaksud saya minta maaf terhadap seseorang bersama-sama cikgu. "Seseorang" itu tidak dinyatakan. "Cikgu" menjadi teman "saya" minta maaf. Ayat ini salah, kerana "cikgu" bukan teman saya minta maaf, tetapi sasaran saya melakukan perbuatan "minta maaf". Oleh itu, untuk menyatakan sasaran manusia, kata sendi nama "kepada" dan "terhadap" lebih tepat. Ayat (1) patut dibetulkan menjadi: 2. Saya minta maaf kepada cikgu. ATAU 3. Saya minta maaf terhadap cikgu. Tetapi, saya ada satu soalan lagi. Bukankah "maaf" itu datang daripada "cikgu"? Jadi, "cikgu" ialah sumber "maaf". Sekarang, saya minta "maaf" daripada "cikgu", jadi, maaf itu datang daripada cikgu. Sekiranya anggapan ini betul, patutkah kata sendi nama "daripada" digunakan? Ayat berbentuk begini: 4. Saya minta maaf daripada cikgu. Antara beberapa ayat, ayat yang manakah paling jitu (tepat)? | Ayat yang gramatis ialah "Saya minta maaf kepada cikgu" kerana cikgu menjadi sasaran selepas kata sendi nama kepada. Ayat "Saya minta maaf dengan cikgu" lazimnya digunakan dalam percakapan. | Tatabahasa | 31.01.2015 |
1. adakah kata kerja makan, minum, minta perkataan yang tidak boleh ditambah imbuhan me? yang mana satu betul? i)saya meminta maaf ( atau meminta maaf) atas kesalahan yang dibuat . II) Saya sedang memakan nasi( atau makan nasi) apakah beza antara minta maaf dan mohon maaf? | Kata makan, minum dan minta boleh menerima awalan me-.... Merujuk Kamus Dewan kata terdapat sedikit perbezaan makna antara kata makan dengan memakan. Makan bermaksud memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dll) sesuatu dan memakan bermaksud makan dengan lebih aktif. Bagi perkataan minum sama makna dan penggunaannya dengan meminum, begitu juga minta sama makna dan penggunaannya dengan meminta. Walau bagaimanapun kata makan, minum dan minta tanpa adaanya awalan me-... lebih mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 22.06.2011 |
Assalamualaikum. Selamat hari raya. Maaf, saya nakkan kepastian. Kebiasaannya, ucapan yang selalu kita dengar pada hari raya ialah "Maaf zahir dan batin". Tetapi saya ada terjumpa kad raya yang tercatat ucapan "Maaf lahir dan batin". Jadi persoalannya, betul atau tidak ucapan "Maaf lahir dan batin"? Terima kasih | Ungkapan yang lazim digunakan ialah "Maaf Zahir dan Batin". | Lain-lain | 23.04.2023 |
Maaf bertanya, apakah terjemahan "Junior Executive" dalam bahasa melayu? terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk "junior executive" ialah eksekutif muda. | Makna | 27.06.2022 |
Maaf Bertanya,Bolehkan Encik/Puan/Cik memeriksa pengguanaan Bahasa Melayu dalam Teks Sajak yang dinurkilankan oleh saya sendiri?Sekian Terima Kasih | DBP tidak membuat semakan terhadap penggunaan bahasa dalam karya kreatif termasuk sajak, kecuali jika karya tersebut dihantar untuk terbitan DBP. Hal ini disebabkan sajak merupakan salah satu daripada karya sastera. Dalam penghasilan karya sastera, penulis diberikan sedikit "kebebasan" untuk berkarya. Kebebasan yang dimaksudkan adalah dari segi ritma, kiasan kata, nahu dan susun kata mengikut keperluan penulis bagi melahirkan kesan tertentu. Sungguhpun begitu, penulis disarankan agar menggunakan bahasa yang baik dan betul supaya dapat memperkasakan penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat. Untuk membantu tuan membuat semakan bagi penggunaan perkataan yang betul, tuan boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”.
| Sastera | 19.05.2022 |
Maaf, tuan/puan. Saya nampak lampiran saya tadi macam tidak ada dalam rekod. Saya lampirkan sekali lagi berserta versi dalam talian di sini: https://docs.google.com/spreadsheets/d/1vO6vO5ErrQ8XQbk1IRvMM-7FBuYSZXRONS_w7xmRisY/edit?usp=sharing ===== [Soalan saya tadi] Salam sejahtera. Kami dari Media Education For All sedang menghasilkan modul literasi media untuk melatih guru-guru seluruh negara. Laman web kami: https://arus.cc/mediaedu4all Kami ingin meminta bantuan DBP untuk padanan senarai istilah literasi media seperti yang dilampirkan. Untuk memudahkan tuan/puan, anda hanya perlu mengisi di ruang kuning sahaja. Saya boleh dihubungi di phuiyee.yam@arusacademy.org.my atau 016-5532712 jika ada soalan. Sekian, terima kasih. | Kami telah meneliti dan memberikan cadangan padanan dalam bahasa Melayu bagi senarai istilah yang dilampirkan. (Rujuk Lampiran)
| Lain-lain | 07.05.2021 |
maaf encik, saya ada tujukan soalan pada 2 Mei yang lepas tetapi masih belum dapat jawapan. bolehkah pihak encik membuat semakan pada soalan saya | Soalan puan telah dijawab. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 06.05.2021 |
Maaf, saya ingin bertanya. Berkenaan perkataan "baju Pahang" atau "baju pahang" yang mana satukah yang betul? Mohon pencerahan pihak DBP.Terima kasih. | Frasa yang betul ialah "Baju Pahang" kerana ia merupakan frasa nama. | Ejaan | 02.10.2020 |