| Assalamualaikum. Selamat hari raya. Maaf, saya nakkan kepastian. Kebiasaannya, ucapan yang selalu kita dengar pada hari raya ialah "Maaf zahir dan batin". Tetapi saya ada terjumpa kad raya yang tercatat ucapan "Maaf lahir dan batin". Jadi persoalannya, betul atau tidak ucapan "Maaf lahir dan batin"? Terima kasih | Ungkapan yang lazim digunakan ialah "Maaf Zahir dan Batin". | Lain-lain | 23.04.2023 |
| Sila semak samada ayat ucapan Hari Raya seperti berikut adalah betul. Salam Aidilfitri Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Maaf Zahir Batin | Ayat tersebut betul untuk digunakan dalam laras ucapan/percakapan, tetapi jika dalam bentuk tulisan/ teks lebih baik ditulis seperti berikut: Salam Aidilfitri dengan Ingatan Tulus Ikhlas, Mohon Maaf Zahir dan Batin. | Lain-lain | 30.05.2017 |
| Sudah adakah khidmat pustaka digital? | Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada Prof. dan Puan Ainon sekeluarga, Khidmat pustaka digital sudah ada, terutamanya di IPTA dan institusi tertentu antaranya Perpustakaan Negara dan pustaka-pustaka ini boleh dicapai melalui laman sesawang institusi berkenaan. Di DBP khidmat Pusat Rujukan Persuratan Melayu boleh dicapai melalui Laman Sesawang DBP. | Lain-lain | 25.09.2009 |
| Ini bukan soalan...hanya untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR BATIN pada semua warga kerja DBP...terima kasih yg tidak terhingga kerana banyak membantu selama ini...Balik kampung tu, berhati-hatilah..Semoga selamat sampai ke destinasi, pergi dan balik... | Terima kasih. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-54. | Lain-lain | 26.08.2011 |