Salam sejahtera. Tuan memberitahu bahawa ' pada 3 Mac hingga 6 Mac' lebih tepat daripada 'dari 3 Mac hingga 6 Mac' kerana 'pada' adalah untuk masa. Kata sendi 'dari' juga menunjukkan masa mengapa 'dari 'adalah kurang tepat? Sekian, terima kasih. | Frasa dari "3 Mac hingga 6 Mac", betul. Untuk menerangkan tempoh masa yang tertentu penggunaan pasangan kata sendi nama "dari" dan "hingga" lebih tepat, manakala kata sendi nama "pada" lazimnya digunakan apabila menerangkan waktu/masa berlakunya sesuatu perkara. Kami mohon maaf atas kekeliruan tersebut. | Tatabahasa | 10.03.2013 |
Salami sejahtera. Tuan, adakah pada 3 Mac hingga 12 Mac. Sama dengan dari 3 Mac hingga 12 Mac. Terima kasih. | salam sejahtera, Penggunaan perkataan "pada" lebih sesuai digunakan untuk tarikh berbanding penggunaan perkataan "dari". Sekian untuk makluman. Terima kasih. | Makna | 28.02.2013 |
Saya ingin menggunakan perkataan mindfulness acceptance commitment-physical (MAC-P) untuk kajian phd saya. Ia adalah jelmaan daripada teori mindfulness acceptance commitment (MAC) yang diperkenalkan oleh Gardner & Moore (2006). Saya tidak pasti apakah perkataan Bahasa Melayu yang paling sesuai untuk saya gantikan pada istilah MAC-P tersebut. Justeru membuatkan saya berfikir untuk mengekalkan sahaja terma Bahasa Inggeris tersebut. Adakah saya boleh mengekalkan sahaja nama inggeris tersebut dengan cara itallic? Sekiranya pihak DBP ada cadangan pada penamaan ini, tolonglah beri pendapat anda. Terima kasih. | Untuk makluman belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "mindfulness acceptance commitment-physical (MAC-P)' dalam pangkalan data DBP. Sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut supaya dapat dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP untuk mendapat cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 13.04.2017 |
"Perkhidmatan penerbangan antarabangsa Kota Bharu - Bangkok ditangguhkan KE 19 Mac 2014" atau "Perkhidmatan penerbangan antarabangsa Kota Bharu - BAngkok ditangguhkan KEPADA 19 Mac 2014"? (Sumber: Sinar Harian, 9 Januari 2014) | "Perkhidmatan penerbangan antarabangsa Kota Bharu - Bangkok ditangguhkan KE 19 Mac 2014". Kata sendi "ke" lebih sesuai kerana menunjukkan pergerakan masa ke hadapan | Tatabahasa | 09.01.2014 |
06hb Mac 2013 Tuan, PERTANYAAN DAN PENGESAHAN BAHASA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Kami ingin membuat pertanyaan dan pengesahan bahasa dan ejaan bagi nama bangunan “WISMA TAKASHIMAYA” untuk memohon lesen iklan papan tanda. 3. Dilampirkan bersama bahan certakan dengan perkataan “WISMA TAKASHIMAYA” untuk perhatian pihak Tuan. Sekiranya pihak Tuan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Mr Kenny 03-90593788 samb.103. Sekian, terima kasih. “1 MALAYSIA, CEKAP DAN AMANAH” Saya dengan hormatnya, Kenny Goh ____________________ Kenny Goh | Visual iklan tersebut adalah betul dan telah disahkan. Sila lihat lampiran. | Lain-lain | 06.03.2013 |
saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan 'dari'..sebagai contoh, .... telah menetapkan tempat tersebut berkuat kuasa mulai dari 3 mac 2008 atau telah menetapkan tempat tersebut berkuat kuasa mulai 3 mac 2008.. terima kasih.. | Yang betulnya ialah.....mulai 3 Mac.... | Tatabahasa | 21.10.2009 |
Saya ada menghantar soalan pada 13 Mac, tetapi jawapan yang diterima pada 15 Mac tidak tepat. Berikut adalah emel yang saya terima: Salam sejahtera Soalan : Sila sahkan terjemahan untuk "Riding the Digital Wave, Leading Transformation" Menempuh Gelombang Digital, Menerajui Transformasi Jawapan : Kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya ialah “Dia meletakkan panggilan itu dalam mod menunggu”. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk rujukan lanjut, manfaatkan di alamat www.dbp.gov.my atau prpm.dbp.gov.my | Mohon maaf kami tersilap hantar jawapan untuk soalan lain. Menempuh Gelombang Digital, Menerajui Transformasi boleh diterima sebagai terjemahan untuk "Riding the Digital Wave, Leading Transformation". | Penyemakan dan penterjemahan | 19.03.2018 |
Hujan yang tidak turun ----------- bulan Januari ------------ akhir bulan Mac telah menyebabkan musim kemarau. A. daripada..... hingga B. sejak ..... kepada | Jawapan yang betul ialah Hujan yang tidak turun dari bulan Januari hingga akhir bulan Mac telah menyebabkan musim kemarau. | Lain-lain | 11.08.2010 |
saya ingin pastikan tajuk surat yang paling tepat samada menggunakan " Perlanjutan tempoh sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Warga emas bagi tempoh 1 Mac 2013 - 28 Feb 2015" atau " Pencalonan semula sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Warga emas 1 Mac 2013 - 28 Feb 2015" | Frasa yang tepat ialah Pelanjutan Tempoh Sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas bagi Tempoh 1 Mac 2013- 23 Februari 2015. | Tatabahasa | 08.01.2013 |
Tuan, Apakah kesalahan tatabahasa bagi ayat di bawah: 1. Pak Cik Tahir sekeluarga mendirikan umrah pada cuti persekolahan bulan Mac depan. Terima kasih | Ayat yang betul, Pak Cik Tahir sekeluarga mendirikan umrah pada cuti sekolah bulan Mac ini. | Tatabahasa | 11.01.2018 |