Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
macam
1. Bersinonim dengan sekolah agama: pondok, pergirian,

2. Bersinonim dengan surau: masjid, langgar.,

Kata Terbitan : bermacam-macam, mempermacam-macamkan,

Puisi
 

Apa guna baju kebaya,
     Bertapak batik kain selendang;
Apa guna macam saya,
     Rupa tak cantik pandai pun kurang.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'bagaimana bboleh dia boleh kata bahawa' salah kan ayat ini?ini kesalahan tatabahasa jenis apa?macam mana nak betulkan?Ayat saudara boleh dibetulkan menjadi "Apakah kesalahan tatabahasa dalam ayat ini?".Lain-lain01.04.2013
1.adakah ayat ini betul untuk digunakan(Lain daripada itu tidak ada apa-apa lagi) 2.Bolehkah kata nafi bukan dan tidak hadir bersama(Dia bukan tidak tahu kedudukan suaminya) 3.Jalan raya di depannya menggemuruh oleh segala macam kenderaan.Adakah penggunaan kosa kata menggemuruh betul dan ayat ini boleh digunakan dalam penulisan? 4.adakah 'ah 'digolongkan dalam kata seru? 5.masa itu berasa bertambah marah kepada Said. adakah 'berasa bertambah' sesuai untuk digunakan dalam ayat?

1. Ayat yang betul ialah Selain daripada itu, tidak ada apa-apa lagi.

2. Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi "tidak" pula unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Kata nafi "bukan" boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. Contohnya, Saya bukan tidak lalu makan, tetapi kenyang.

3. Mengikut Kamus Dewan, kata gemuruh hanya membawa dua maksud, iaitu (1) bunyi seperti guruh dan (2) berdebar-debar.

4. ‘ah’ kata utk menyatakan kehairanan, tidak setuju, keluhan, runsing.

5. Ayat yang betul ialah “ ...pada masa itu, saya/Ali berasa bertambah marah kepada Said” . “bertambah” bermaksud menjadi lebih, semakin; berasa pula boleh membawa maksud mengalami sesuatu di dalam hati.

Tatabahasa04.03.2014
Saya ada memohon pengesahan pada 16/12/2014 @ 11:50 pm, tetapi sampai hari ini pun tak dapat apa apa feedback dari pihak tuan / tuan. No. pendaftaran ialah : 32033/2014 Boleh tak tolong semak status dia macam mana? Thank You.Permohonan tuan telah disemak.Lain-lain18.12.2014
Tuan, saya ingin bertanya tentang penggunaan tepat perkataan wahyu. Organisasi tempat saya bekerja menggunakan perkataan wahyu bagi apa-apa arahan yang datang dari pihak atasan. Contoh ayat: 1."wahyu baru dah turun untuk tugas ni" 2." kita tunggu wahyu apa pula yang turun lepas ni" Apabila ditanya dimaklumkan memang sudah menjadi kebiasaan dan mereka menyatakan bahawa wahyu ada bermacam-macam makna dan bukannya seperti wahyu kepada nabi. Mohon pencerahan pihak tuan mengenai ketepatan penggunaan perkataan wahyu. terima kasih.

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, “wahyu” bermaksud firman atau kata-kata Allah yang diturunkan kepada nabi dan rasul, biasanya melalui malaikat Jibril. Oleh yang demikian, penggunaan perkataan “wahyu” tidak sesuai digunakan oleh manusia biasa.

Lain-lain29.08.2022
Tuan, Macam manakah agaknya 'pagar' memakan padi dan bolehkah pagar makan padi? Kita semua tahu yang 'pagar' itu adalah benda tidak bernyawa, anpa mulut dan sistem untuk menghazam makanan dan membuang apa-apa yang tidak di perlukan, seperti manusia atau binatang makan dan minum, menghazam apa yang di makan dan di minum dam sama ada membuang air beasr ataupun air kecil. Pagar tidak boleh buat semua itu. Burung Pegar atau Ayam Pegar (lihat gambar) adalah nama umum dari kelompok burung famili Phasianidae ordo Galliformes (pheasant), termasuk burung-burung jenis Kuau dan lain-lain. Mereka dicirikan dengan sifat dimorfisme seksual yang kuat, warna spesies jantan lebih cerah dan kaya warna serta memiliki ekor yang lebih besar dan panjang. Ukuran tubuh jantan umumnya lebih besar dari pada betina. Jantan tidak memiliki peran dalam membesarkan Burung Pegar muda. Burung Pegar umumnya memakan biji-bijian dan beberapa memakan serangga.

Saudara, seperti yang dinyatakan dalam jawapan sebelum ini mungkin ada benarnya 'Harapkan pegar, pegar makan padi' beranalogikan fakta pagar tidak boleh makan padi dan pada zaman dahulu pagar tidak memagari sawah padi. Namun sehngga kini tidak ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Wallahua'lam.

Lain-lain27.01.2012
Tuan, aPa maksud Perkataan lagu? aPa maksud Perkataan lirik? aPa Pula Perbezaan antara lagu dan lirik ? sekian dan terima kasihLagu membawa maksud: 1. irama suara (dlm bacaan, nyanyian, percakapan, dll): ~ bacaan qari dan qariah pd malam itu merawankan hati pendengar; 2. gubahan muzik biasanya dgn seni kata, nyanyian: memperdengarkan sebuah ~ yg dinyanyikan oleh seorang penyanyi terkenal; ~ suka ramai; 3. langgam atau corak irama (muzik dll): ~ Melayu asli; ~ keroncong; 4. cara, gaya, macam, kaedah: pakaian ~ ini saya tidak suka memakainya; ~ ini (itu) cara ini (itu); ~ instrumental lagu yg dipersembahkan dgn alat-alat muzik sahaja; ~ kebangsaan lagu rasmi sesebuah negara (diperdengarkan kpd umum dlm upacara atau peristiwa tertentu); ~ lama perkara lama (yg sudah basi); ~ patriotik lagu yg seni katanya dsb menunjukkan atau bertemakan kesetiaan atau cinta kpd negara; ~ rakyat lagu yg irama dan seni katanya telah dinyanyikan turun-temurun; ~ tema lagu atau melodi yg dimainkan berulang-ulang, yg membangkitkan suasana perasaan dlm sesebuah drama muzikal, filem dsb;
Manakala, lirik membawa maksud: 1. sejenis puisi yang menggambarkan perasaan; 2. seni kata lagu.
Makna22.09.2014
TO GET MORE OUT OF LIFE. - Saya faham maksudnya untuk achieve effort lebih kurang macam ni. Apa istilah sesuai ya? Contoh ayat : Are you looking to get more out of life? Take your first step towards making healthier choices

Cadangan padanan bahasa Melayu untuk frasa "to get more out of life" ialah manfaatkan kehidupan sebaiknya.

Makna23.11.2022
Apa makna justeru dan macam mana untuk menggunakan perkataan ini dalam karangan?Justeru membawa maksud kebetulan, tepat, kena benar: contoh penggunaannya, kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi? Dan justeru juga membawa maksud malahan, bahkan: contohnya, sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia.Tatabahasa14.07.2012
Tuan, 'kan' dalam dialog berikut perlu dieja bersambung atau dijarakkan? (1) "Janganlah macam tu, kita kan kawan baik." atau "Janganlah macam tu, kitakan kawan baik." (2) "Kau kan tak suka aku." atau "Kaukan tak suka aku." (3) "Ibu... kakak kan... dia kan, dia nak pukul adik". atau "Ibu... kakakkan... diakan, dia nak pukul adik." (4) "Siapalah saya ni kan". atau "Siapalah saya nikan". (5) "Ha, tu kan dah jatuh." atau "Ha, tukan dah jatuh." (6) "Kau ni kan, memang nak kena". atau "Kau nikan memang nak kena". (7) "Pergilah, aku tumbuk kan!" atau "Pergilah, aku tumbukkan!"Hanya kan yang berfungsi sebagai imbuhan sahaja dieja bersambung dengan perkataan sebelumnya. Selain itu "kan" dieja terpisah kerana kan dalam percakapan bermaksud bukan atau tidak membawa apa-apa makna.Tatabahasa25.06.2012
Saya keliru tentang ayat di bawah: Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas (ialah @ adalah) rajin macam lebah. Setahu saya, adalah hadir di hadapan kata adjektif dan kata sendi nama, rajin merupakan kata adjektif, maka jawapan yang betul sepatutnya apa? Sekian, terima kasih.Jawapan yang betul ialah "Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas ialah rajin macam lebah.
Rajin macam lebah ialah peribahasa dan satu rangkai kata bukan kata adjektif yang tunggal.  Peribahasa pula tergolong dalam kata nama. Ayat ini boleh menjadi lebih jelas apabila ditulis "Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas ialah peribahasa "rajin macam lebah".  Contoh ayat yang menggunakan pemeri "adalah" yang diikuti dengan kata adjektif ialah: Perbuatan yang dilakukannya itu adalah salah.
Lain-lain10.03.2017
1234

Kembali ke atas