Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
macam
1. Bersinonim dengan sekolah agama: pondok, pergirian,

2. Bersinonim dengan surau: masjid, langgar.,

Kata Terbitan : bermacam-macam, mempermacam-macamkan,

Puisi
 

Sampan kotak mudik ke Pangkor,
     Singgah pula Pulau Sembilan;
Macam diletak macam diatur,
     Macam cincin permata silan.


Lihat selanjutnya...(56)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nama saya Liza, cerita dia (....) macam ini............ceritanya macam ini......Tatabahasa25.05.2011
minuman = mi + nu + man hadiah = ha + diah pertukaran = per + tu + ka + ran yang ditulis di atas tu ialah suku kata ke? ada orang cakap patut tulis macam ini:- minuman = mi + num + an hadiah = ha + di + ah pertukaran = per + tu + kar + an jadi macam mana ni?Pemisahan suku kata yang betul adalah seperti yang berikut:
1. mi-num-an
2. per-tu-kar-an
3. ha - di - ah

Sebutan yang betul adalah seperti yang berikut:
1. mi-nu-man
2. per-tu-ka-ran
3. ha-diah
Ejaan04.10.2013
Adakah ayat-ayat berikut betul dalam tatabahasa atau struktur ayat? "Ini bukan yang benar" "Dia kaya dengan perasaan" Adakah kamu menjadi besar dalam latar belakang macam ini? Dia telah memastikan produk itu boleh didapat di seluruh dunia. Dia juga ada perkara yang suka dan benci.Ayat-ayat contoh yang diberikan betul, kecuali dua ayat. Dan ayat ini telah betulkan, iaitu: Dia telah memastikan produk itu boleh didapati di seluruh dunia. Ada perkara yang dia suka dan ada perkara yang dia benci.  
Tatabahasa08.10.2012
Yang mana yang betul: a) "Macam bandar baru ini juga kah?" Jelas nada suara Joan sebal. b)|"Macam bandar baru ini jugakah?" Jelas nada suara Joan sebal. c)"Macam bandar baru ini juga kah?" jelas nada suara Joan sebal. d)"Macam bandar baru ini jugakah?" jelas nada suara Joan sebal.Penggunaan tanda baca yang betul seperti dalam ayat: b) "Macam bandar baru ini jugakah?" Jelas nada suara Joan sebal. Tatabahasa15.09.2011
'bagaimana bboleh dia boleh kata bahawa' salah kan ayat ini?ini kesalahan tatabahasa jenis apa?macam mana nak betulkan?Ayat saudara boleh dibetulkan menjadi "Apakah kesalahan tatabahasa dalam ayat ini?".Lain-lain01.04.2013
laksana menumbuk beralaskan nyiru ialah peribahasa atau simile?Secara harfiah, ungkapan di atas lebih mirip dengan simile disebabkan terdapat perbuatan menumbuk dengan beralaskan nyiru. Hal ini sama juga dengan frasa bodoh macam lembu, tinggi macam galah dsb. T.kasih.Makna08.07.2008
"bermacam-macam tipu helah".ayat ini betul atau salah?("tipu helah" sudah ganda?)"tipu helah' sudah memadai kerana sudah menunjukkan banyak helah.Tatabahasa06.10.2012
Bolehkah rencaman menggantikan pelbagai? Contoh: Terdapat rencaman faktor yang menyebabkan kemalangan.Rencaman bermaksud campuran bermacam-macam, contoh makanan rencaman atau pekerja rencaman. Perkataan ini boleh menggantikan pelbagai dengan melihat konteks penggunaannya dalam ayat, misalnya jika melibatkan campuran bermacam-macam benda dan sebagainya. Oleh itu rencaman faktor tidak betul sebaliknya digunakan pelbagai faktor.Tatabahasa01.11.2010
macam saya nak dapatkan artikel penuh daripada laman web ini? Memang tidak dapat ke?Sila gunakan perkhidmatan carian GOOGLE untuk mendapatkan artikel yang berkaitan.Lain-lain20.08.2010
ASSALAMUALAIKUM,,MACAM MANA NAK HANTAR KARYA2 KE DBP..SETAKAT INI SUDAH LEBIH SERATUS SAJAK TELAH TERHASIL,TAPI TIDAK TAHU KE MANA HARUS DI SALURKAN....

Silalah hantarkan karya sdr kepada: rozninah@dbp.gov.my , editor Dewan Sastera, aruslan@dbp.gov.my, editor Tunas Cipta,   yusaida@dbp.gov.my, editor Dewan Siswa.

 

 

 

 

Lain-lain24.03.2010
123456

Kembali ke atas