Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : spt apa keadaannya (caranya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
macam
1. Bersinonim dengan sekolah agama: pondok, pergirian,

2. Bersinonim dengan surau: masjid, langgar.,

Kata Terbitan : bermacam-macam, mempermacam-macamkan,

Puisi
 

Macam mana tamban nak loncat,
     Tamban baru dua jari;
Macam mana demam nak pucat,
     Demam baru dua hari.


Lihat selanjutnya...(12)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah "macam mana" boleh dipakai dalam pertuturan menggantikan "bagaimana" .adakah salah penggunaannya "macam mana". Terima kasihFrasa "macam mana" lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan. Dalam situasi rasmi kata tanya "bagaimana" yang digunakan.Tatabahasa27.10.2013
Boleh tak tahu macam mana daftar sebagai pengguna? Apabila saya taip kata laluan ia akan keluar balik. Macam mana nak dapat kata laluan? Terima kasih.Kami memohon maaf atas kesulitan yang tuan hadapi. Untuk aduan hal teknikal laman web dan portal kami, tuan boleh hubungi pegawai teknikal DBP melalui talian 03-21479373.Lain-lain17.11.2015
tuan, adakah ayat berikut salah? Ibu bapanya sangat sayang akan dia tetapi dia macam mana pula?

Frasa "macam mana" lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan. Dalam situasi rasmi kata tanya "bagaimana" yang digunakan.

Tatabahasa16.09.2011
Salam sejahtera. 'dari sudut' pandang 'dari segi. pendapatan merujuk kepada ungkapan di atas dalam keadaan yang macam mana kita boleh mengguna pakai 'dari sudut...' dan konteks macam mana kita boleh mengguna pakai 'dari segi...' ? terima kasih

Antara maksud sudut termasuklah pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dan sebagainya),  arah pandangan, atau segi; manakala segi dikiaskan kepada pandangan terhadap sesuatu atau disebut sebagai sudut pandang. Berdasarkan huraian tersebut, frasa yang betul ialah 'dari sudut pandang'. Frasa 'dari segi' lebih kepada aspek atau bahagian yang diberikan perhatian, seperti 'dari aspek fizikal'.

Tatabahasa03.04.2011
Tuan, mana satu yang betul? 1 macam manapun atau macam mana pun 2 mana-manapun atau mana-mana pun 3 dia bukan cantik manapun atau dia bukan cantik mana pun. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah macam mana pun, mana-mana pun dan dia bukan cantik mana pun.Tatabahasa08.05.2012
MACAM MANA SAYA NAK BAGI LAKARAN KEDAI DOBI SAYA
Untuk permohonan pengesahan bahasa dalam talian (online), sila layari laman web dbpsahbahasa.my 
kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan visual iklan/papan premis perniagaan anda. Visual iklan perlu ditaip dan disimpan dalam format jpeg. atau gif. menggunakan komputer.

Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran pendaftaran permohonan sebanyak RM10 untuk iklan papan premis/kain rentang/gegantung/poster/notis makluman/pelabelan/badan kenderaan dan RM30 untuk papan iklan luar/iklan tiang/iklan elektronik/digital. Proses pengesahan iklan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari waktu bekerja.

Sila rujuk panduan pengguna untuk maklumat lanjut.
Lain-lain15.06.2020
macam mana hendak menghantar borang permohonan untuk pk11.saya kurang faham

Assalamualaikum,


Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama-sama salinan Kad Pengenalan pemohon, salinan Kad Pengenalan ibu bapa, salinan Ijazah/Diploma/STPM/SPM/SRP/PMR dan sijil-sijil bagi kelayakan yang disyaratkan melalui pos kepada
KETUA PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, JALAN DEWAN BAHASA, 50460 KUALA LUMPUR. (u.p.: KETUA BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA).

Lain-lain15.03.2020
Macam mana mahu eja ibu bapa-ibu bapa dalam tulisan Jawi? ايبو باڤ-ايبو باڤ atau ايبو باڤ٢ ?Ejaan yang betul ialah ايبو باڤ-ايبو باڤEjaan16.04.2018
mACAM MANA PENGGUNAAN KATA PENGUAT YANG BETUL PADA SATU KATA ADJEKTIF?Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat, iaitu i. kata penguat hadapan ii. kata penguat belakang iii. kata penguat bebas. Contohnya:
1. Pakaian wanita itu sungguh cantik.
2. Pakaian wanita itu cantik sungguh.
3. Pemandangan di kawasan itu amat cantik.
4. Pemandangan di kawasan itu cantik amat.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (muka surat 259 - 261). 
Tatabahasa10.02.2018
macam mana memohon untuk pengesahan signboard?Permohonan tuan telah diproses.Lain-lain26.07.2017
12345678910...

Kembali ke atas