1)Made of high quality and non-toxic materials. No rusting and sharp edges. 1)Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan tidak melindungi toksik. Tidak berkarat dan berbucu tajam. 2)Removable 2)Boleh ditanggalkan. 3)Elastic wire rope for easy to stretch. 3)Tali dawai elastik untuk mudah meregangkan. 4)Safe, smooth design with one-handed open or close. Strong clasp that is gentle on baby clothes. 4)Reka bentuk yang selamat dan licin. Senang dibuka atau ditutup dengan satu tangan. Cengkaman kuat tetapi lembut pada pakaian bayi. Sekian terima kasih :) | Terjemahan yang sesuai adalah seperti berikut: 1)Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan tanpa toksin. Tidak berkarat dan berbucu tajam. 2)Boleh ditanggalkan. 3)Tali dawai elastik yang mudah diregangkan. 4)Reka bentuk yang selamat dan licin. Senang dibuka atau ditutup dengan menggunakan sebelah tangan. Kancing atau cangkuk yang kuat tetapi selamat pada pakaian bayi. | Makna | 18.10.2018 |
Selamat Sejahtera! Made of natural origin ingredients. Cadangan terjemahan 1:Dirumus dengan bahan-bahan yang diperoleh daripada sumber semulajadi. Cadangan terjemahan 2: Dirumus dengan bahan-bahan daripada sumber semulajadi Cadang terjemahan 3: Dirumus dengan bahan-bahan berasaskan sumber semulajadi Antara ketiga-tiga cadangan, mana satu adalah terjemahan yang betul? | Pada pandangan kami, “Dirumus dengan bahan berasaskan sumber semula jadi dianggap sebagai terjemahan yang sesuai. Tidak perlu kata ganda untuk perkataan “bahan” kerana maksud “dirumus” sudah merangkumi maksud menggunakan lebih daripada satu bahan. Semula jadi terangkum dalam kategori kata majmuk yang perlu dieja terpisah. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.03.2019 |
apakah terjemahan untuk "self-made millionaire". Terima kasih | Kami mencadangkan self-made millionaire diterjemahkan kepada jutawan swajaya, iaitu menjadi jutawan atas usaha sendiri. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.07.2014 |
49. The Fund shall be administered in accordance with regulations made under this Act, and applied— (a) in recompensing Fire Officers for extra or special services rendered by them; 49. The Fund shall be administered in accordance with regulations made under this Act, and applied— (a) in recompensing Fire Officers for extra or special services rendered by them; 49. Kumpulan Wang hendaklah ditadbir mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dan digunakan— (a) untuk memberi pampasan kepada Pegawai Bomba bagi perkhidmatan tambahan atau khas yang diberikan oleh mereka; Dalam teks BI di atas, apakah padanan yang sesuai bagi "recompensing"? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu untuk "recompensing" ialah pampasan semula. | Makna | 03.02.2022 |
Mohon Pengesahaan bahasa menterjemahkan dari bahasa English ke bahasa melayu. All cheques are to be made payable to The Print Master. We reserve the right to charge interest @1.5% per month if payment is not made within 30 days from invoice date. Semua cek hendaklah dibuat atas nama ini Cetak Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah @ 1.5% sebulan jika bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois. Terima Kasih | Ayat yang telah dibertulkan adalah seperti yang berikut: Semua cek hendaklah dibuat atas nama The Print Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah sebanyak 1.5% sebulan sekiranya bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois. Nama syarikat merupakan nama khas dan tidak perlu diterjemah ke bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.02.2015 |
Salam sejahtera, I hv made payment on 5 Feb for dafter iklan but in Sah Dewan Bahasa, it stated that the payment has not been make. At the same time, the RM30 has deducted from my M2U. ( No permohonan 8891/2020, tajuk: Pizza Hut ) Today, 7 Feb, i made another payment and it is success. Conclusion is, i have paid total RM60 for 1 submission. Can please call me? Kindly call me if need further clarification. 019 6000546. | Mohon e-melkan resit pembayaran kepada kewangan@dbpsahbahasa.my supaya pihak kami dapat menyemak pembayaran yang telah dibuat. | Lain-lain | 07.02.2020 |
Selamat Sejahtera! Please assist in checking the BM translations as below: 1. Made of food contact grade material. BM transalation: Diperbuat daripada bahan gred bersentuhan makanan. 2. Plastic bag with strong seal to prevent breakage. BM translation: Beg plastik berdinding kuat supaya tidak mudah koyak. 3. Security seal packed to avoid contamination. BM translation: Berbungkusan meterai keselamatan untuk mengelakkan kontaminasi. Thank you. | Terjemahan: a) Made of food contact grade material. Diperbuat daripada bahan gred sentuh makanan. b) Plastic bag with strong seal to prevent breakage. Beg plastik kedap udara supaya tidak mudah koyak. c) Security seal packed to avoid contamination. Bungkusan meterai keselamatan untuk mengelakkan pencemaran. | Makna | 26.08.2019 |
For clothes that made from wool, what do we call in BM? | Sila kemukakan pertanyaan tuan dalam Bahasa Melayu. | Lain-lain | 19.03.2018 |
BM translation for 'Made in USA' - can I put it as 'Buatan USA'? Thanks. | Menurut data kami, terjemahan yang sesuai ialah Buatan AS | Lain-lain | 18.08.2016 |
Salam tuan, bagaimana jika saya ingin menterjemahkan 'This labcoat is made in Australia.' | Terjemahan yang dicadangkan ialah Kot makmal ini dibuat di Australia. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.07.2016 |