| Adakah istilah berikut merupakan kata nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar?: Madinah Nabawi Madani Nabawi Contoh ayat: 1. Apabila membicarakan Madinah Nabawi, perhatian sering tertumpu kepada pembinaan masyarakat, penginstitusian keadilan, pengurusan kemajmukan, atau pembentukan akhlak. 2. Apabila kita berbicara tentang keantarabangsaan madani nabawi, kita sebenarnya sedang meneliti bagaimana sebuah kota yang dibina di satu kawasan geografi tertentu dapat melahirkan idea dan nilai yang melampaui geografinya. | Perkataan Madinah Nabawi ialah kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar bagi pangkal perkataan. Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan huruf besar dan kecil, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 147. | Tatabahasa | 05.05.2026 |
| Saya ingin bertanya ejaan yg betul. Di Madinah, salah satu tempat yang perlu dikunjungi ialah Perkuburan Baqi / Di Madinah, salah satu tempat yang perlu dikunjungi ialah perkuburan Baqi? Huruf p pada perkataan perkuburan perlu ditulis dengan huruf besar atau tidak? | Ejaan yang betul ialah Perkuburan Baqi. Perkuburan Baqi ialah kata nama khas dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 84 dan 85. | Ejaan | 01.11.2025 |
| Assalamualaikum. Apakah maksud "surah Makkiyyah" dan "surah Madaniyyah"? Terima kasih. | Surah Makiyyah surah yang diturunkan di Mekah, iaitu sebelum hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah dan Surah Madaniyyah ialah surah yang diturunkan di Madinah selepas penghijrahan baginda. | Tatabahasa | 20.01.2014 |
| 1. Ingin mendapatkan kepastian mengenai ejaan perkataan `HIJRAH'. Mabi Muhammad berhijrah dari Mekah ke Madinah Apakah untuk sebutan tahun digunakan Hijrah atau `HIJRIAH' seperti tahun 1437 Hijrah atau 1437 Hijriah. 2. Ejaan `Mekah' atau `Makkah'. Ejaan mana yang sesuai untuk ditulis dalam buku sejarah agama Islam yang sedang saya sunting? | Selamat Tengah Hari 1. Ejaan yang betul Hijrah (Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna hijrah ialah perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah). 2. Menurut data kami, kedua-dua bentuk ejaan Mekah atau Makkah diterima dalam bahasa Melayu. Dalam buku pendidikan Islam DBP, ejaan Makkah digunakan. Sekian, terima kasih. | Istilah | 10.06.2016 |
| 1.Makna Hijrah. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna hijrah ialah perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah. | Makna | 29.10.2009 |
| Terdapat masalah dalam soalan lepas saya dari 17 Nov 2025. Laman ini kata ia sudah diselesaikan tetapi saya tidak mendapat sebarang jawapan: Bagaimana patut nama tempat di Mesir dieja dalam sistem BM? Patutkah ejaan Melayunya berdasarkan ejaannya dalam tulisan Arab, sebutan loghat Mesir, atau ejaan bahasa Inggerisnya? Contoh tempat dalam Inggeris: Deir el-Medina, Saqqara, Gebel el-Silsila (دير المدينة، سقارة، جبل السلسلة.). Untuk rujukan, ITBM terjemahkannya menjadi Dayr al-Madinah, Saqqarah dan Jabal as-Silsilah. | Proses mengalih bahasa bagi kata tertentu dalam bahasa Melayu hendaklah merujuk sumber asalnya, iaitu bahasa Arab kepada bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu kata nama Arab "Dar al-" lazimnya menjadi "darul" seperti Darul Iman dan Darul Makmur. Walau bagaimanapun, nama Dayr al-Medinah ini merupakan nama khas yang belum ditrasliterasikan dalam bahasa Melayu. Oleh itu, kami mencadangkan ejaan Dar al-Madinah digunakan. Bagi dua lagi lama, ejaan Saqarah (bentuk tasydid tidak divisualkan) dan Jabal al-Silsilah digunakan. | Ejaan | 29.04.2026 |