Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.gang] | ماݢڠ

Definisi : orang yg bakal atau calon menjadi pegawai (tetapi masih belum menerima gaji): dia mula-mula bekerja sbg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.gang] | ماݢڠ

Definisi : 1. terlampau masak (buah-buahan), ranum; 2. hampir masam kerana mengalami perubahan kimia (bkn nira, tapai dsb); memagang membuat (memproses) sesuatu supaya jadi magang, menapai (tapai dll); pemagangan perihal memagang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata magang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum tuan/puan, apakah terjemahan sesuai untuk pelajar intern? Bolehkah kita gunakan pelajar magang? Definisi : orang yg bakal atau calon menjadi pegawai (tetapi masih belum menerima gaji): dia mula-mula bekerja sbg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Terima kasihMaksud intern dalam bidang pentadbiran dan perubatan ialah doktor siswazah namun perkataan intern juga sudah digunakan dalam bidang pentadbiran perniagaan. Kebiasaannya perkataan pelajar intern diterjemahkan sebagai pelajar latihan industri atau pelajar latihan amali. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud 'apprentice' ialah magang atau perantis yang bermksud orang yang bakal atau calon menjadi pegawai (tetapi masih belum menerima gaji)
Makna23.09.2021
Salam sejahtera, Adakah perkataan "pelatih magang" sesuai digunakan bagi menggantikan perkataan "pelatih internship"? Sekiranya tidak, mohon saranan DBP bagi penggunaan tepat untuk "pelatih internship" yang ditempatkan di jabatan kerajaan. Terima kasih DBP.Dalam data rujukan kami, belum ada lagi padanan bahasa Melayu bagi perkataan pelatih internship. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan beberapa padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut yang mungkin bersesuaian dengan konteks dan konsep penggunaan tuan, antaranya  ialah pelatih amali, pelatih dalaman atau pelatih praktikal. Di Dewan Bahasa dan Pustaka sendiri, kami menggunakan Pelatih Latihan Industri bagi pelajar IPT yang menjalani latihan praktikal di sini. Lain-lain11.10.2023

Kembali ke atas