Saya ingin bertanya mengenai terjemahan untuk perkataan "magazine" dalam senjata api. Salah satu terjemahannya ialah "lelopak peluru" namun istilah "lelopak" tiada dalam Kamus Bahasa Melayu. Banyak saluran berita menggunakan istilah "kelopak peluru", adakah itu terjemahan yang betul/sah? Adakah lelopak cuma kelopak yang tersalah ejaannya di PRPM? Mohon pencerahan, terima kasih. | Betul, padanan magazine (senjata api) dalam bahasa Melayu ialah lelopak peluru. Kata "lelopak" ialah istilah, iaitu penggunaan khusus dalam bidang tertentu dan tidak semua istilah ada dalam kamus. Kata "lelopak" juga ditemukan dalam bidang komputer, iaitu lelopak kad (card magazine). | Istilah | 11.11.2023 |
Salam, pertanyaan saya ialah apakah yang dimaksudkan dengan "zine"? Istilah ini banyak digunakan dalam korpus ilmu budaya popular dan sub-budaya. Adakah maksudnya sama dengan magazine (majalah)? Terima kasih. | Hasil carian melalui google, maksud 'zine' ialah singkatan perkataan bagi 'magazine'. Cadangan bagi terjemahan yang sesuai bagi zine merujuk kepada hasil daripada keputusan MABBIM pula, terjemahan bagi e-zine ialah e-majalah. Maka terjemahan yang sesuai bagi zine ialah majalah. | Makna | 30.03.2020 |
want check this word for signboard.. FLX studio photography, photography, videography, fabulous makeup artistry, talent agency, flx magazine, t-shirt printing, boutique, event management dimiliki oleh Fabulous Soul Production | 1. studio fotografi FLX 2. fotografi 3. videografi 4. seni persolekan hebat 5. majalah flx 6. pencetakan kemeja-T 7. butik 8. pengurusan acara | Istilah | 06.04.2012 |
Salam,maaf tanya,sis nak tau info lanjut berkenaan ISBN Sis di beritahu oleh pihak sekolah Penulisan Ramadan anjuran saudara Mr Zamri Presiden myMove,,,, Ringkas ayat sis nak tahu bolehkah konten dan idea blogging sis dalam blog koleksi ubat di freedengkiblog.net berupaya di bukukan,atau ebook kan atau buat magazine yang boleh di print dan di jual,sis belum siapkan manuskrip koleksi blog,masih dalam try and adjust,,bagaimana proses selanjutnya,, ,,Sekian,,Terimakasih | Salam sejahtera puan, Maklumat berkenaan dengan penerbitan manuskrip/karya. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa, sebarang pertanyaan berhubung dengan penerbitan karya/manuskrip dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, bolehlah menghubungi melalui talian telefon dan e-mel agar dapat memperoleh maklumat yang lebih terperinci daripada pegawai yang terlibat dengan hal-hal penerbitan seperti maklumat yang berikut: Rusdi bin Abd Rahman, Bahagian Buku Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 13, Menara DBP, Kuala Lumpur. No. Tel.: 03-21479431 013-3607426 e-mel: rar@dbp.gov.my Maklum, terima kasih. | Lain-lain | 17.05.2020 |