Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ha] | مها

Definisi : akronim bagi Malaysian Agri-Horti-cultural Association (Persatuan Pertanian dan Perkebunan Malaysia); pertunjukan ~ per­tunjukan hasil pertanian dan perkebunan serta pekerjaan tangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ha] | مها

Definisi : yg teramat, sangat, amat: M~ Besar; M~ Esa; M~ Berkuasa; M~ Mengetahui; M~ Mulia; M~ Suci. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ha] | مها

Definisi : teramat; sangat; paling: Tuhan yg ~ Pemurah lagi ~ Pengasih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maha (kata tugas)
Bersinonim dengan tersangat, teramat, paling, sekali, terlalu, terlampau, sungguh-sungguh, benar-benar, betul-betul.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Semoga dipermudahkan segala urusan. Saya mohon bertanya tentang penggunaan Maha Kuasa, Maha Penyayang, Maha Pemurah, dan yang seangkatan dengannya. Daripada segi ejaannya bagaimana? Adakah dieja dengan huruf besar ataupun kecil? Mohon perincian daripada pihak Tuan/Puan. Terima kasih.Alaikumussalam.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, semua sifat Allah ditulis dengan huruf besar.  Contohnya:

Yang Maha Pengasih
Yang Maha Penyayang
Yang Maha Kuasa

dan sebagainya.
Ejaan01.04.2014
"Yang Maha Kuasa" atau "yang Maha Kuasa"?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, semua sifat Allah ditulis dengan huruf besar.  Contohnya:

Yang Maha Pengasih
Yang Maha Penyayang
Yang Maha Kuasa

Ejaan06.10.2016
Bilakah kata yang disambut oleh perkataan "maha" perlu ditulis serangkai? Contoh: mahasiswa (betul) maha siswa (salah) Mengapakah "maha siswa" salah? Terdapat hukumnya? Contoh: mahasuci (salah) maha suci (betul) Mengapakah "mahasuci" pula yang salah?Perkataan "maha" bermaksud "yang teramat", "sangat" ,"amat" , "berkuasa", "hebat", "agung" dan lain-lain. "Maha" apabila digabungkan dengan kata nama am, hendaklah dieja dengan satu perkataan. Contoh mahaguru, mahasiswa, maharaja, mahakarya, dan lan-lain. Bagi kata nama khas, contohnya sifat Allah, hendaklah ditulis dengan huruf besar. Contohnya Allah Yang Maha Suci, Allah Yang Maha Pengasih, Allah Yang Maha Penyayang dan lain-lain.Tatabahasa12.05.2015
Salam Yang mana satu betul tulisan bismillah rumi ini? Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani/ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Terima kasih.
Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, makna bismillahirahmanirrahim ditulis seperti yang berikut:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Ejaan09.12.2021
Bagaimana menulis sifat Allah. Adakah Allah yang Maha Pengasih atau Allah yang maha pengasih?Allah yang Maha Pengasih. Maha Pengasih satu daripada Asma'ul-husna (Nama Allah).Ejaan23.09.2011
Maha luas dalam ayat berikut perlu menggunakan huruf besar atau kecil? Ia seolah menjadi pintu persiapan, bukan hanya menuju Syawal, tetapi lebih jauh, iaitu menuju Baitullah, berangkat ke pangkuan rahmat-Nya yang maha luas.

Perkataan maha dalam frasa “maha luas” dieja dengan huruf kecil. Mengikut kelaziman, ejaan bentuk terbitan daripada jenis maha + kata adjektif dieja berasingan sebagai satu perkataan yang utuh. Contoh lain:  maha mulia, maha besar dan  maha agung.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 304 - 305 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1377.

Tatabahasa17.11.2025
Salam. Saya ingin bertanya, frasa mana yang betul: 1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia 2. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia 3. Ke bawah Duli Yang Maha Mulia 4. Ke bawah Duli yang Maha Mulia Sekian. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Ke bawah Duli Yang Maha Mulia"Ejaan15.12.2016
Maha bermaksud sangat, amat, berkuasa, hebat, besar, agung, tertinggi, termulia, terpenting, terkenal, termasyhur. Bolehkah imbuhan digunakan untuk perkataan ini contohnya dimahakan atau kemahaan?Imbuhan tidak digunakan untuk perkataan ini.Tatabahasa20.10.2008
Penggunaan 'Maha'? Untuk Tuhan,raja dan lawak(maharajalawak). Kesuaian dan konsep boleh tuan jelaskan?Perkataan maha membawa maksud yang teramat, sangat, amat. Maha ialah awalan asing besar, tertinggi, misalnya mahaguru, mahasiswa, maharaja, mahakarya.Istilah16.11.2012
merujuk kepada frasa "Yang Maha Berkuasa" mengapakah "Yang" berhuruf besar? Adakah "Yang" bagi "Yang Maha Berkuasa" yang terletak di tengah-tengah ayat juga berhuruf besar?Frasa Yang Maha Berkuasa hanya digunakan bagi merujuk Allah SWT sahaja. Oleh itu, huruf pertama frasa tersebut mesti ditulis dalam huruf besar meskipun berada di tengah-tengah ayat.Tatabahasa07.12.2007
1234567

Kembali ke atas