makanan di sini mahal belaka. tuan, adakah mahal-mahal belaka atau mahal belaka betul? tq | Ayat yang betul ialah: Makanan di sini mahal-mahal belaka. | Tatabahasa | 19.09.2011 |
Penggandaan kta nama dan kata adjektif boleh digunakan bersama? Ayat-ayat di bawah mana sesuai diguna 1. barang-barang yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka 2. Barangan yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka 3. Barang yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka 4. Barang-barang yang dijual di kedai itu mahal belaka | Jawapan yang paling tepat ialah "Barang yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka", kata nama (barang) tidak perlu dijamakkan kerana ada pernyataan yang telah menunjukkan jamak (belaka). | Tatabahasa | 01.09.2009 |
Dalam ayat ini, "Baju-baju yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka." sudah salah. Ayat yang manakah betul? 1. Baju yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka. 2. Baju-baju yang dijual di kedai itu mahal belaka. | Ayat 1 dan 2 betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 239. | Tatabahasa | 27.06.2010 |
Selamat sejahtera. Soalan : 1. Baju itu mahal-mahal belaka. 2. Cikgu Aini mengajarkan Bahasa Melayu kepada mirid-murid tahun 6. Betul atau salah | Salam sejahtera, 1. Lazimnya gandaan sebagai penanda jamak hanya sekali dalam satu ayat. Penggunaan lebih daripada sekali menjadikan ayat tersebut lewah atau berlebih-lebihan. Oleh itu, ayat yang gramatis ialah "Baju itu mahal belaka". 2. Ayat "Cikgu Aini mengajarkan bahasa Melayu kepada murid-murid tahun 6", sudah tepat penggunaannya. | Tatabahasa | 15.08.2015 |
adakah ayat di bawah betu? barang yang dijual di kedai itu sungguh cantik tetapi harganya mahal-mahal belaka | Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 29.07.2013 |
Minta maaf, ada satu pertanyaan di sini.......ayat tunggal tukar menjadi ayat majmuk ...a. ahmad membeli baju itu. B. Baju itu mahal. Jawapan manakah paling tepat ? 1. ahmad membeli baju yang mahal itu. 2. Ahmad membeli baju itu walaupun baju itu mahal.. 3. Ahmad membeli baju itu walaupun mahal ...terima kasih atas tindak balas pihak tuan .. | Menurut data kami, jawapan yang betul ialah 1. Ahmad membeli baju yang mahal itu. | Lain-lain | 17.05.2016 |
Yang mana betul? (1) "Barang ini cuma beberapa puluh sen lebih mahal daripada barang itu." (2) Barang ini cuma lebih mahal beberapa puluh sen daripada barang itu. | Ayat yang betul ialah "Barang ini cuma beberapa puluh sen lebih mahal daripada barang itu". | Tatabahasa | 28.09.2014 |
Cara menggunakan kata penguat. | Terdapat tiga jenis kata penguat: A. kata penguat hadapan, iaitu yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif. Contoh: terlalu, paling, agak, cukup; contoh ayat: pokok itu terlalu tinggi; masakannya paling enak;pemandangan di tasik itu cukup indah; harga emas makin mahal; jawapannya kurang tepat;B. Kata penguat belakang, iaitu kata yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya: sekali, benar, betul dan nian. Contoh ayat: kelakuannya baik sekali; lambat benar dia datang; indah nian istana bunian; keputusan peperiksaannya buruk betul; C. Kata penguat bebas, iaitu letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat, sangat, dan sungguh. Contoh ayat: Pakaiannya amat kemas=kemas amat pakaiannya; harganya sangat mahal=mahal sangat harganya; sungguh sedih kisahnya= kisahnya sungguh sedih. | Tatabahasa | 29.08.2006 |
Barang-barang yang dijual di kedai itu berharga( tinggi / mahal) | Kedua-dua perkataan, iaitu tinggi dan mahal adalah betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 19.04.2011 |
1)Antara buku,pensil dengan pembaris,buku itu yang paling mahal harganya. 2)Beg itu terletak di antara pembaris,pensil dengan buku. Bolehkah tolong saya betulkan ayat-ayat tersebut? | Ayat yang betul ialah: 1. Antara buku, pensel dan pembaris, buku itu yang paling mahal harganya. 2. Beg itu terletak di antara pembaris, pensel dan buku. | Tatabahasa | 08.06.2012 |