Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ha.ra.ja.lé.la] | مهاراجاليلا

Definisi : (maharajaléla) sl (gelaran yg diberi kpd) kepala menteri yg tugasnya me­menggal kepala orang yg bersalah kpd raja; bermaharajalela, bersimaharajalela, merajalela 1. berbuat sesuka hati (sewenang­wenang): lanun-lanun ~ di daerah itu; 2. berkecamuk, berjangkit dgn hebat (penyakit dll): penyakit taun ~ setelah peperangan itu; 3. menjadi-jadi: tindas-menindas terus ber-laku, kekejaman ~; kemaharajalelaan perihal bermaharajalela; merajalela. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ha.ra.ja.lé.la] | مهاراجاليلا

Definisi : /maharajaléla/ gelaran utk kepala menteri yg dlm upacara kerajaan, berdiri memegang pedang terhunus dan sedia memenggal kepala orang yg bersalah atau orang yg menderhaka kpd raja. bermaharajalela 1 berbuat (dgn) sekehendak hati. 2 sangat menjadi-jadi (bkn penyakit dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maharajalela
Kata Terbitan : bermaharajalela, merajalela, kemaharajalelaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin bertanya tentang perkataan "bermaharajalela". Apakah perkataan tersebut khusus untuk perkara-perkara negatif? Contoh ayat:- "Semenjak kebelakangan ini, peragut- peragut semakin bermaharajalela di tempat ini." Sedangkan Dato' Maharajalela merupakan pejuang tanah air. Harap pihak DBP dapat mengkaji perkataan ini. Selain itu, saya juga berharap maklumbalas daripada pihak DBP.Terima kasih.Dalam pangkalan data kami, perkataan bermaharajalela lazimnya dikaitkan dengan sesuatu yang berunsur negatif. Hal ini bermungkinan terjadi sedemikian kerana kata terbitan bermaharajalela itu disandarkan kepada maksud asal maharajalela, iaitu menteri yang tugasnya memenggal kepala orang yang bersalah kepada raja.Tatabahasa03.12.2012

Kembali ke atas