Manakah satu penggunaan perkataan yang tepat, pelajar/mahasiswa baru atau pelajar/mahasiswa baharu? Terima kasih. | Untuk makluman sdr, kedua-dua ayat sdr, iaitu "mahasiswa baru atau mahasiswa baharu" tidak salah dari segi tatabahasa. Hal ini demikian, kerana perkataan baru atau baharu berfungsi sebagai kata sifat yang digunakan dalam konteks tahun baru/baharu, rumah baru/baharu dan pelajar baru/baharu. | Tatabahasa | 25.06.2009 |
Adakah perkataan "mahasiswa-mahasiswi" gramatis? | Perkataan mahasiswa dan mahasiswi boleh merujuk kepada sorang atau ramai bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Perkataan mahasiswa-mahasiswi adalah tidak tepat, yang betul ialah mahasiswa dan mahasiswi atau mahasiswa sahaja sudah memadai untuk merujuk pelajar yang belajar di universiti termasuklah pelajar wanita. | Tatabahasa | 06.05.2011 |
Nombor matriks mahasiswa atau nombor matrik mahasiswa. | Frasa yang betul ialah 'kad matriks mahasiswa'. Ini kerana penulisan huruf gugus konsonan di akhir kata (atau akhir suku kata)bagi kata yang diterima gugus konsonan -x akan menjadi -ks, maka matrix akan menjadi matriks. Contoh lain seperti complex menjadi kompleks, reflex menjadi refleks dan duplex menjadi dupleks. | Istilah | 23.09.2014 |
mahasiswa | Tiada pertanyaan yang dikemukakan. Secara umumnya Khidmat Nasihat Bahasa ialah perkhidmatan bagi membantu pelanggan menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu termasuklah masalah yang berkaitan ejaan Rumi dan Jawi, perkataan, istilah, laras bahasa dan tatabahasa.
| Lain-lain | 01.12.2013 |
1. Adakah penggunaan kata "Saudara/i" atau "Mahasiswa/i" atau "Mahasiswa/wi" boleh digunakan untuk menunjukkan kepada kedua-dua jantina? 2. Adakah penggunaan kata "tuan" dalam surat dapat ditujukan kepada perempuan? sebagai contoh: "... sehubungan itu, pihak tuan telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam..." | 1. Perkataan “mahasiswa” boleh digunakan untuk merujuk kepada pelajar perempuan dan lelaki kerana bermaksud pelajar di universiti. Perkataan “mahasiswi” pula hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada pelajar perempuan. Manakala perkataan “saudara” merupakan kata ganti diri kedua yang digunakan kepada orang lelaki dan “saudari” merujuk kepada orang perempuan. 2. Dalam penulisan surat rasmi, “tuan” merujuk kepada penerima lelaki dan “puan” merujuk kepada penerima perempuan. Walau bagaimanapun, kata ganti nama "tuan" boleh digunakan sekiranya penulis surat tidak mengetahui jantina penerima surat tersebut. | Tatabahasa | 29.10.2019 |
Assalamualaikum.. 1. Apakah maksud perkataan Alumni? 2. Bolehkah perkataan Mahasiswa diletakkan selepas perkataan Alumni.. e.q PERSATUAN ALUMNI MAHASISWA Sabah UKM. 3. Mana yang sesuai : i) Persatuan Alumni Mahasiswa Sabah UKM atau ii)Persatuan Alumni Sabah UKM T.Kasih | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan "alumni" ialah siswazah atau lepasan sesebuah maktab atau universiti. Perkataan "mahasiswa" tidak sesuai diletakkan selepas perkataan "alumni". Ayat yang betul ialah Persatuan Alumni Sabah UKM. | Lain-lain | 26.10.2015 |
Saya mahasiswa YIU,ingin bertanya berkaitan dengan apakah kata nama serta contoh | Saudara, Kata nama ialah kata yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat benda atau konsep. Kata nama boleh dipecahkan kepada kata nama khas( Ahmad, Kuala Lumpur, Gunung Kinabalu), kata nama am(rumah, mimpi, kehendak, sungai), kata ganti nama(saya, kamu, mereka). | Tatabahasa | 16.09.2010 |
saya mahasiswa YIU ingin bertanya,apa nama panggilan? serta contoh. | Masitoh, Apa khabar? saya Mohd. Noor yang ada memberi ceramah pada Masitoh semasa berada di Dewan Bahasa dan Pustaka. Cuba jelaskan Masitoh mahu bertanyakan kata sapaan atau kata panggilan? Sila hubungi saya mengikut alamat E-mel saya ini. | Makna | 30.07.2010 |
saya mahasiswa yiu saya inginbertanya tentang berkaitan dengan cara-cara membuat ayat dalam bahasa melayu | Sila rujuk Bab 17 halaman 463 dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi untuk mengetahui tentang ayat dan jenis-jenis ayat. | Lain-lain | 28.07.2010 |
saya mahasiswa YIU ingin bertanya,bekaitan dengan apa kata kerja transitif? | Kata kerja Transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya; contohnya, menendang bola, memukul gendang, menghulurkan tali, membuka pintu, membaca buku. | Lain-lain | 28.07.2010 |