Navin mahu bermain bola atau badminton? Navin mahu bermain bola atau bermain badminton? Navin mahu bermain bola atau mahu bermain badminton? Yang mana satu betul? Atau semuanya betul? | Ayat yang paling tepat ialah "Navin mahu bermain bola atau badminton". Ayat yang lain mengandungi unsur lewah. | Tatabahasa | 15.05.2013 |
Adakah perkataan 'mahu' hanya digunakan untuk menunjukkan hasrat atau keinginan seseorang apabila diajak, dijemput, atau dipelawa untuk tujuan tertentu? Contoh ayat: 1. Saya mahu pergi ke majlis perkahwinan Azizan atas jemputannya. 2. Adik masih tidak mahu membuat kerja rumah walaupun ditegur ibu. 3. Sesiapa yang mahu mengambil kursus membuat kek di kedai itu harus mengisi borang sekarang. Penggunaan 'mahu' dalam ayat kedua dan ketiga betul atau tidak? Sila beri penjelasan yang sewajarnya atau membuat perbandingan supaya saya jelas. Terima Kasih. | Penggunaan kata “mahu” dalam ayat kedua dan ketiga adalah betul kerana selain membawa maksud hasrat atau keinginan, perkataan mahu juga bermaksud 1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: bp maksud, keinginan, tujuan ( Kamus Dewan Edisi ketiga). Oleh itu, dalam ayat kedua “Adik masih tidak mahu (membawa maksud tidak suka hendak) membuat kerja rumah walaupun ditegur ibu.Dalam ayat ketiga, “ Sesiapa yang mahu ( hendak) mengambil kursus membuat kek di kedai itu harus mengisi borang sekarang. Perkataan dalam kurungan ialah maksud bagi perkataan “mahu”. | Tatabahasa | 15.03.2018 |
Mahu guna kata sendi nama 'di' atau 'pada' untuk ayat ini? Ibu meletakkan sebuah lukisan ___ dinding. Lukisan yang terletak ___ dinding itu cantik. | Kedua-dua ayat tersebut perlu menggunakan kata sendi 'pada'. Ibu meletakkan sebuah lukisan pada dinding. Lukisan yang terletak pada dinding itu cantik. | Tatabahasa | 28.10.2015 |
Mahu tanya, mana satukan yang betul?: pernyataan evidens atau penyataan evidens | Frasa yang betul ialah pernyataan keterangan. | Tatabahasa | 13.06.2013 |
Mahu pastikan perkataan tema berikut "Inovasi dan Transformasi, Memacu Kecemerlangan" adalah betul dari segi ejaan dan tanda bahasa | BETUL | Tatabahasa | 01.09.2012 |
mahu terjemahan ke Bahasa untuk terma "Original Equiment Manufacturer (OEM)" dan "Original Design Manufacturer (ODM)" yang tepat. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah khusus untuk Original Equipment (OEM) Manufacturer dan Original Design Manufacturer (ODM). Walau bagaimanapun, istilah untuk manufacturer ialah pengilang, equipment ialah peralatan, design ialah reka bentuk, dan original ialah tulen atau asli. Cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah yang dikemukakan ialah Pengilang Peralatan Tulen dan Pengilang Reka Bentuk Tulen. | Istilah | 18.10.2011 |
mahu bertanya, tentang penggunaan ke untuk menunjukkan bilangan... bolehkah KE-50 ditulis dengan huruf besar? atau perlu ditulis dalam huruf kecil? contohnya: ULANG TAHUN KE-50 | Penggunaan kata bilangan bergantung pada teks. Sekiranya keseluruhan tajuk tersebut menggunakan huruf besar, maka kata bilangan tersebut perlu ditulis dengan huruf besar. Sekiranya huruf besar digunakan pada pangkalnya sahaja, maka kata bilangan tersebut hanya menggunakan huruf besar pada pangkalnya sahaja. Contoh: ULANG TAHUN KE-50 (keseluruhan huruf besar), Ulang Tahun Ke-50 (pangkal permulaan sahaja huruf besar) | Tatabahasa | 06.01.2010 |
mahu tahu aktiviti dpb wilayah utara sepanjang tahun ini atau sekurang-kurangnya 3 bulan pertama tahun ini | Saya cadangkan sdr. menghubungi terus Pegawai di Pejabat DBP Wilayah Utara di talian 04-5377241/04-5377242 dan 04-5377243 atau emel arshad@dbp.gov.my/ kriyah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 18.01.2009 |
Kata ganti diri yang mana paling tepat?: 1. . Perbualan antara Tengku Nong dan pemuda kampung a) "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua selamat, lebih baik jangan ingkar.Ada sesiapa yang mahu menentang hamba?" tanya Tengku Nong semakin angkuh. b) "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua selamat, lebih baik jangan ingkar.Ada sesiapa yang mahu menentang patik?" tanya Tengku Nong semakin angkuh. c) "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua selamat, lebih baik jangan ingkar.Ada sesiapa yang mahu menentang beta?" tanya Tengku Nong semakin angkuh. | 1. "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua semua selamat, lebih baik jangan ingkar. Ada sesiapa yang mahu menentang beta?" tanya Tengku Nong semakin angkuh. | Tatabahasa | 23.04.2013 |
Saya mahu bertanya dan mahu kepastian. Adakah penulisan "Tetapi" & "Dan" dalam tajuk bab seperti di bawah betul/diterima? Sama Tetapi Tak Serupa Yang Tersurat Dan Yang Tersirat Jika salah, bagaimanakah bentuk penulisannya yang betul dalam tajuk bab? Sekian, terima kasih. | Pihak DBP tidak dapat memberikan jawapan kerana kami tidak mengetahui penggunaan konteks ayat tersebut. Sila kemukakan dengan lebih jelas supaya kami dapat memberikan cadangan. | Lain-lain | 24.11.2015 |