Saya mahukan kepastian mengenai penutup surat rasmi. Biasa kita lihat "Segala kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih". Ayat di atas ialah ayat songsang. Jika ditukar menjadi ayat biasa dalam bentuk ayat aktif akan menjadi "Saya mendahului dengan ucapan terima kasih segala kerjasama daripada pihak tuan". Susunan ayat ini tidak gramatis kerana tergantung. Sepatutnya ditulis begini mengikut pemahaman saya. Susunan ayat biasa "Saya mendahulukan ucapan terima kasih atas kerjasama daripada pihak tuan". Susunan ayat songsang "Atas kerjasama yang diberikan saya dahulukan ucapan terima kasih". kalau "didahului dengan", kata kerja aktifnya ialah mendahului. sepatutnya mendahulukan. Apa pandangan DBP tentang perkara ini? | Tuan/puan yang budiman, Apitan di-…-kan ialah bentuk pasif bagi meN-…-kan. Ciri apitan ini dan maknanya sama seperti yang terkandung dalam imbuhan meN-…-kan. Contoh: mendahulukan (aktif) - didahulukan (pasif) menyatakan (aktif) - dinyatakan (pasif) Seperti di-…-kan, apitan di-…-i ialah bentuk pasif bagi kata kerja aktif meN-…-i, contohnya: mendahului (aktif) - didahului (pasif) mengotori (aktif) - dikotori (pasif) Oleh itu, ayat yang betul yang lazim digunakan ialah: i. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. ii. Perhatian dan kerjasama tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. | Lain-lain | 10.10.2018 |
Saya mahukan kepastian berkaitan sebutan dan penulisan nilai mata wang Ringgit Malaysia. Adakah RM150.20 di sebut Seratus lima puluh ringgit dan dua puluh sen? Manakala apabila ditulis Ringgit Malaysia: Seratus lima puluh dan dua puluh sen? Bagaimana dengan RM10.20? | Untuk RM10.20 cara penulisannya ialah "Sepuluh ringgit dan dua puluh sen" atau "Ringgit Malaysia Sepuluh dan dua puluh sen" | Lain-lain | 27.05.2016 |
saya mahukan simbol fonetik vokal Bahasa Melayu untu tugasan saya. | Simbol fonetik bahasa Melayu boleh diperoleh dengan merujuk buku-buku tentang ilmu Linguistik. Untuk makluman saudara tidak semua komputer kami dibekalkan dengan kemudahan untuk menaip simbol-simbol berkenaan. | Lain-lain | 22.06.2009 |
Saya mahukan maklumat mengenai kepentingan perancangan bahasa? Saya juga ingin tahu apa yang dimaksudkan dengan korpus, strategi dan taraf bahasa dan kaitannya dengan perancangan bahasa? | Perancangan bahasa ialah segala usaha dan tindakan yang dilakukan oleh sesbuah negara untuk menentukan supaya sistem komunikasi verbalnya,yakni yang menggunakan bahasa berjalan dengan lancar dalam segala bidang kehidupan seluruh negara terutama sekali dalam bidang pendidikan, pentadbiran dan ekonomi dan tidak kurang pentingnya dalam bidang penyatuan negara. Dalam negara yang mempunyai lebih dari satu bahasa, maka perancangan bahasa bermakna penentuan bahasa yang hendak dijadikan bahasa nasionalnya dan/atau bahasa rasminya dan kemudian diikuti oleh pembinaan bahasa itu. Korpus bermaksud himpunan makalah (tulisadsb.) mengenai sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan untuk kajian (spt. kumpulan contoh penggunaan kata). Strategi bermaksud antara lain rancangan yang teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor) untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Taraf bermaksud antara lain tinggirendahnya atau buruk baiknya (nilai sesuatu), darjah,mutu,tingkatan. Perkara ini merupakan aspek yang bicarakan dalam perancangan bahasa. | Lain-lain | 22.03.2008 |
Salam. Saya mahukan kepastian berhubung makna "tut". Menurut Kamus Dewan, tut ialah hasil drpd mencantumkan tunas drpd satu pokok pd pokok yg lain yg sama jenisnya (supaya menjadi pokok yg lebih baik). Sedangkan, proses tut tidak melibatkan percantuman tunas. Salah seorang panel saya mengatakan proses mencantumkan tunas itu merupakan proses "kahwin". Tut hanya dibuang kulit pada batang, ditempekkan tanah pada kawasan tersebut sehingga tumbuh akar, kemudian batang tersebut dipotong untuk ditanam di tanah. Oleh itu, mohon kerjasama pihak DBP untuk membuat pengesahan berhubung kekeliruan makna ini. Sekian, terima kasih. | Salam, Untuk makluman, pihak kami biasanya akan memegang apa yang terakam dalam kamus sebagai rujukan. Akan tetapi, kami mengucapkan terima kasih atas makluman yang diberikan. Kami akan mengambil maklum akan hal tersebut dan cuba mengajukannya kepada bahagian yang terlibat untuk membuat semakan. | Makna | 27.11.2015 |
Salam, saya mahukan kepastian.."Gagasan Satu Malaysia", huruf "g" perlu ditulis dalam huruf besar atau huruf kecil? Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah gagasan Satu Malaysia. | Tatabahasa | 15.05.2013 |
Salam, sy mahukan kepastian. Perkataan "doktor" dalam ayat ni perlu dieja bagaimana, sama ada dengan singkatan, huruf besar atau huruf kecil? Ayat: Kecederaan ini telah disahkan melalui keterangan doktor Rashid di mahkamah yang mengesahkan terdapat lebam pada anggota badan mangsa. | Singkatan yang digunakan ialah Dr. Ayat: Kecederaaan itu telah disahkan melalui keterangan Dr. Rashid di mahkamah yang mengesahkan terdapat lebam pada anggota badan mangsa. | Ejaan | 13.04.2012 |
Salam... Saya mahukan penjelasan mengenai maksud berliuk-lintuk. Sekian. | Tidak ada perkataan berliuk-lintuk, perkataan yang betul ialah terling-liuk iaitu terlenggok-lenggok (lalang dan sebagainya apabila ditiup angin) | Tatabahasa | 02.02.2012 |
Salam sejahtera, Cuma mahukan kepastian, Dalam ayat " Kami semua mempraktikan 5S". Perlukah pengunaan perkataan "semua" dalam ayat ini, sebab perkataan "kami" sudah menunjukkan banyak. Ayat yang betul bagi pendapat saya ialah, "Kami mempraktikan 5S.". Terimakasih. | Perkataan 'semua' tidak perlu kerana 'kami' bermaksud saya sekalian (saya dan rakan-rakan saya semua). | Makna | 17.03.2011 |
saya baru selesai menulis sejarah kampung kelahiran saya. saya mahukan ianya menjadi bahan arkib dan rujukan dengan penerbitan yang sah. Ini kerana di khuatiri sejarah kampung ini di ubah sewenagnya. Apa yang perlu saya lakukan? | Pihak tuan boleh menghubungi melalui telefon pihak Bahagian Buku Umum DBP untuk memperoleh maklumat lanjut tentang perkara melibatkan penerbitan buku yang sah. Nombor telefon: 03-21479585. Terima kasih. | Lain-lain | 24.02.2018 |