"Push email is an email system that provides an always-on capability, in which new email is actively transferred (pushed) as it arrives by the mail delivery agent (MDA) (commonly called mail server) to the mail user agent (MUA)" Salam sejahtera. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Push email" mengikut konteks di atas? "E-mel tolakan" , " "E-mel automatik" atau "E-mel segera"? Terima kasih. | Cadangan padanan istilah yang sesuai bagi "Push email" ialah "e-mel segera" atau " e-mel terus" | Istilah | 13.08.2022 |
Pak Mail dan isterinya datang ____ Kami sekeluarga sedang makan tengah hari. A. tatkala B apabila Apakah jawapannya apakah perbezaan tatkala dan apabila? | Tatkala bermaksud ketika (itu), pada masa (itu), waktu (itu): ~ itu anak miskin itu pun masuklah. Apabila pula bermaksud semasa, sewaktu, ketika, bila mana, apa kala: ~ ada harta si mati hendak dibahagikan, tentu sahaja ada pertelingkahan; dia semakin bimbang ~ melihat keadaan ibunya yg semakin tenat. Perkataan yang boleh digunakan ialah apabila. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
Apakah ayat profesional yang sesuai digunakan dalam bentuk e-mail selain "Salam Sejahtera" (Pembukaan e-mail) | Kebiasaanya, frasa yang digunakan seperti "Assalamualaikum", "Selamat Sejahtera", "Selamat Pagi", "Salam Hormat", atau "Salam Takzim" | Tatabahasa | 20.08.2015 |
salamun alaikum saya abdullah dari Turki (saya tadi hantar mail ini ke PRPM tapi tidak sampai jadi tolong forward mail ini kepada PRPM) saya belajar bahasa melayu, saya banyak pakai web site PRPM ini. saya banyak berterima kasih atas khidmat kamus DBP. saya sejak 4 tahun pakai kamus online dbp, tetapi saya rasa dulu aturan kamus online lagi bagus daripada kamus online sekarang. saya cadangkan mengaturkan kamus cara begini: contohnya saya cari perkataan MAKAN pertama bagilah MAKAN di kamus dewan ke 4 (tetapi bagilah bahagian makan sahaja) lepas itu bagilah perkataan MAKAN di kamus pelajar ; lepas itu kamus inggiris melayu dan seterusnya. dan apabila habis semua kamus baru letakkan perkataan MAKAN yang ada di mana-mana bahagian kamus. minta maaf susahnya bagitahu sistem tersebut kerana saya masih tidak pandai bahasa malaysia. maklumat tentang saya boleh ditanya kepada puan Rosilawati Syarif (pegawai dbp) sekian, terima kasih | Terima kasih atas perhatian yang diberikan. Cadangan saudara kami ambil maklum dan akan dikemukakan kepada pihak yang bertanggungjawab menangani hal sistem ini. Kami sentiasa membuat penambahbaikan (jika difikirkan kewajarannya) bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami. | Lain-lain | 13.01.2011 |
Salam Tuan/Puan. Saya ingin bertanya apakah terjemahan yang paling tepat dalam Bahasa Melayu bagi "E-mail Alerts"? Terima kasih | Kami mencadangkan E-mail Alerts diterjemahkan kepada Pemberitahuan E-mel atau Notifikasi E-mel (pemberitahuan melalui e-mel). | Penyemakan dan penterjemahan | 26.02.2015 |
Salam. Adakah penggunaan kata nafi "bukan" pada ayat berikut adalah betul? Ayat: Pak Mail bukan pesara polis tetapi pesara guru. Terima kasih. | Penggunaan kata nafi “bukan” dalam ayat “Pak Mail bukan pesara polis, tetapi pesara guru” betul. | Tatabahasa | 12.08.2022 |
Mengapakah perkataan `e-mel`perlu ada tanda sempang (-)? Terima kasih. | Perkataan e-mel ialah kata pinjaman dan diserapkan ke dalam bahasa Melayu. E-mail ialah kependekan perkataan electronic mail. | Ejaan | 16.09.2008 |
1)Karung guni itu dipenuhi buah-buah durian dari dusun Pak Mail. 2)Satu karnival jualan komputer oleh peniaga tempatan sedang dijalankan di pentas legar pusat beli-belah itu. Tolong betulkan.Terima kasih. | 1) Karung guni itu dipenuhi buah durian daripada dusun Pak Mail. 2) Karnival jualan komputer oleh peniaga tempatan diadakan di ruang legar pusat beli-belah itu. | Tatabahasa | 29.06.2012 |
Merujuk kepada e-mail saya pada 14 Mei 2011, saya tidak memerlukan khidmat penterjemahan tetapi saya ingin bertanya manakah antara berikut adalah ayat yang betul? 1. Perangkaan utama mengikut kumpulan saiz harta 2. Perangkaan utama mengikut saiz kumpulan harta berikut merupakan analogi kumpulan di mana menggambarkan saiz harta kurang dari RM5000 RM5000-RM10000 RM10000 dan ke atas Soalan- manakah antara dua ayat di atas adalah benar sama ada KUMPULAN SAIZ HARTA atau SAIZ KUMPULAN HARTA bagi menggambarkan selang kelas di atas? untuk makluman, soalan ini telah diajukan sebanyak dua kali dan DBP memberikan jawapan yang berbeza untuk dua soalan tersebut. sekian, terima kasih | Berdasarkan maklumat dalam ayat kedua, penggunaan frasa yang betul ialah 'saiz kumpulan harta'. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 14.05.2011 |
Saya ingin mendapatkan e-mail atau no telefon Novelis Baharuddin Kahar. | Salam. No. telefon novelis Baharuddin Kahar ialah 017-5145887. Sekian dan wassalam. | Lain-lain | 13.06.2009 |