Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Apabila perkataan 'main' ditambah dengan imbuhan, yang manakah ejaan yang betul - permainan atau pemainan, permain atau pemain? Setahu saya, ejaan yang betul ialah 'permainan' dan 'pemain'. Kenapa ada 'per-' dan 'pe-' apabila perkataann 'main' ditambah dengan imbuhan? Terima kasih.Kata terbitan yang betul ialah permainan. Setiap perkataan boleh menerima beberapa jenis awalan seperti pe- (pemain) dan ber- (bermain) dan juga apitanseperti me-...-kan (memainkan) dan per-...-an (permainan) selagi ia sesuai dengan fungsi penggunaannya dalam ayat. Terdapat prinsip yang telah ditetapkan dalam penggunaan awalan dan apitan, untuk lebih memahaminya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa22.10.2015
Cikgu, saya ada masalah tentang kata kerja tak transitif dalam ayat larangan. 1. Jangan bermain di sini. 2. Jangan main di sini. Masalah saya ialah adakah perlunya kata kerja tak transitif dalam ayat di atas, iaitu main menerima awalan ber- menjadi bermain atau tidak perlu menerima awalan ber- kerana ini merupakan ayat larangan seperti ayat suruhan yang hanya menerima akhiran -kan dan -i untuk kata kerja transitif.Kedua-dua ayat itu adalah betul.  Kata kerja yang ada awal ber itu lebih gramatis.
Tatabahasa29.05.2014
Cikgu, kata kerja dalam ayat larangan juga harus diimbuhkan dengan akhiran -kan atau menggunakan kata dasar? Contoh: 1. Jangan main di sini atau Jangan bermain di sini 2. Usah pedulikan dia atau Usah peduli diaLihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 450, contoh ayat larangan:
(a) Jangan ambil harta orang.
(b) Kamu jangan beritahu dia.
(c) Usah kaupedulikan dia.
Tatabahasa13.05.2014
1. Apakah penceraian suku kata bagi perkataan "permainan", 'makanan" dan "bermain"? 2. Saya mendapati penceraian suku kata bagi "permainan" adalah (per+mai+nan) manakala "makanan" adalah (ma+kan+an). Mengapakah penceraian suku kata bagi kedua perkataan ini berbeza vagi imbuhan (-an) di akhir perkataan? 3. Bagi penceraian suku kata "bermain" pula adalah (ber+ma+in), jadi bukankan sepatutnya penceraian suku kata bagi perkataan "permainan" adalah (per+ma+in+an)? 4. Bolehkah pihak tuan jelaskan apakah faktor yang menentukan penceraian sesuatu perkataan itu menjadi begitu?1. Pemenggalan suku kata bagi permainan [Per.mai.nan], makanan [ma.ka.nan] dan bermain [ber.main].
2. Kedua-dua perkataan tersebut tidak terbeza apabila menerima imbuhan. Dapatan tuan silap.
3. Kata dasar ialah main dan pemenggalan suka kata [main]. Apabila menerima imbuhan ber- akan menjadi [ber.main]. Apabila menerima imbuhan apitan menjadi [ber.mai.nan].
Lain-lain02.02.2018
penggunaan apitan kata nama:penge-...an, per-..-an dan apitan me-..-kanApitan peng-...-an menjadi penge-...-an apabila bergabung dengan kata dasar yang berekasuku kata, iaitu kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja, contohnya syor menjadi pengesyoran dan bom menjadi pengeboman. Apitan peR-...-an mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu per-...-an apabila bergabung dengan semua kata dasar yang bergabung itu berawalkan huruf r. Dua huruf r yang bergabung itu akan menjadi satu r melalui proses peleburan, contohnya satu menjadi persatuan. Apitan me-...-kan tergolong dalam apitan kata kerja, contohnya main menjadi memainkan dan sebagainya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 70, 124-129 untuk memahaminya dengan lebih lanjut.Tatabahasa10.06.2009
Sila jelaskan makna kata kerja terbitan dan berikan contoh-contoh kata kerja terbitan. Terima kasih .Kata kerja terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Kata terbitan terdiri daripada empat jenis, iaitu:

1. Kata Terbitan Berawalan. Contoh: pelari, melawan, terbesar dan banyak lagi.
2. Kata Terbitan Berakhiran. Contoh: pakaian, buatkan dan banyak lagi.
3. Kata Terbitan Berapitan. Contoh: pelaksanaan, memainkan, kearaban dan banyak lagi.
4. Kata Terbitan Bersisipan. Contoh: telunjuk, selerak, gelegak dan banyak lagi.

Untuk lebih jelas, mohon rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 69.
Tatabahasa30.07.2015
Salam Sehati Sejiwa, 1. Apakah beda KATA DASAR dan KATA TUNGGAL? 2. Mohon diberikan contoh bagi KATA DASAR dan KATA TUNGGAL. 3. Kata 'bekalan' ialah golongan kata apa? 4. Mohon diberikan contoh kata terbitan yang berfungsi sebagai kata dasar, iaitu apabila diletakkan imbuhan menjadi kata terbitan juga. Terima kasih.1. Kata dasar ialah kata yang menjadi pokok daripada kata terbitan (kata tanpa imbuhan). 2. Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.  
3. Kata kerja terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Kata terbitan terdiri daripada empat jenis, iaitu:

1. Kata Terbitan Berawalan. Contoh: pelari, melawan, terbesar dan banyak lagi.
2. Kata Terbitan Berakhiran. Contoh: pakaian, buatkan dan banyak lagi.
3. Kata Terbitan Berapitan. Contoh: pelaksanaan, memainkan, kearaban dan banyak lagi.
4. Kata Terbitan Bersisipan. Contoh: telunjuk, selerak, gelegak dan banyak lagi.

Untuk lebih jelas, mohon rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 69.
Tatabahasa12.09.2015

Kembali ke atas