Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 3. act of supporting with food, money, etc, menanggung; 4. defence, pertahanan, mempertahankan: the ~ of the outpost is left in the hands of a captain, pertahanan kota kara terletak di tangan kapten; 5. (leg.(Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. act of causing (st) to continue, pengekalan, mengekalkan: the ~ of peace, mengekalkan keamanan; 2. keeping st in good condition, penyelenggaraan, penyenggaraan, menyelenggarakan, menyenggara; (< (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata maintenance


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
makna bahasa malaysia perkataan maintenance rehearsal dan elaborative rehearsalMaintenance rehearsal - latihan penyelenggaraan, manakala elaborative rehearsal - latihan lanjutan. Bagaimanapun, terjemahan perkataan ini hendaklah mengikut konteks penggunaannya.Makna22.09.2007
Mohon jasa baik terjemahkan 'lubricator and predictive maintenance' dalam bahasa Melayu.Terjemahan bahasa Melayu untuk "lubricator and predictive maintenance" ialah pelincir dan penyenggaraan ramalan.Istilah07.06.2016
Apakah terjemahan yang tepat untuk perkataan berikut; 1) Emergency break glass 2) Direct current standby battery free maintenance(Contoh : 12 volt /7AH DC standby battery (free maintenance) Salam hormat Rita1. Pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan Emergency break glass ialah Kaca Pemecah Keselamatan.

2. Pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan Direct current standby battery free maintenance dengan mengikut contoh yang diberikan seperti berikut: Bateri Pengganti 12 volt/7AH Arus Terus (Penyelenggaraan Percuma)
Istilah25.04.2018
Selamat sejahtera, Yang manakah sesuai digunakan untuk terjemahan "planned maintenance"? 1. Penyelenggaraan Dirancang 2. Penyelenggaraan Terancang Bidang: Kejuruteraan Apakah perbezaan dalam penggunaan bagi frasa nombor 1 dan 2? Terima kasih.Lazimnya padanan bahasa Melayu bagi planned ialah terancang. Perkataan terancang bermaksud sudah dirancang, sudah disediakan rancangannya, mengikut asas-asas dan sebagainya yang telah ditentukan.Penyemakan dan penterjemahan26.09.2019
I'm login to DBP for applying the iklan but it didn't showing out the permohonan only have senarai permohonan. WHY? Is that maintenance with problem?Untuk permohonan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui DBP Sah Bahasa di www.dbpsahbahasa.my, Jika menghadapi masalah teknikal berkaitan sistem sila hubungi talian 03-21479309/9398/9400/9500/9600.Lain-lain15.06.2017
saya ingin mendapatkan terjemahan untuk frasa dibawah yang berkaitan tentang produk kecantikan dan kesihatan: 1) life enhancing product 2)This is what we do best 3)metabolism maintenance 4) Financial freedom 5) shellfish allergies 6) transformation From the inside out 7) start living your healthy life today 8) Joint comfort 9) highly bioavailable 10) powerfulUntuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan ayat, kecuali perkataan/istilah yang belum mempunyai padanan dalam bahasa Melayu. Sila terjemahkan ayat tersebut terlebih dahulu dan kami akan menyemak penggunaannya dalam bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan24.05.2015
Tuan/Puan, mohon pandangan mengenai penggunaan "PENYELENGGARAAN" dan PENYENGGARAAN" serta "PERALATAN" dan "PERKAKASAN" dari segi terma ICT. * Penyelenggaraan@Penyenggaraan Peralatan@Perkakasan Komputer * Penyelenggaraan@Penyenggaraan Sistem Aduan * Penyelenggaraan@Penyenggaraan aplikasi Sistem Aduan * Penyelenggaraan@Penyenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance)Kata penyenggaraan menerima sisipan "el" menjadi penyelenggaraan. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama. Manakala perkataan perisian ialah terjemahan software dalam bahasa Melayu dan perkakasan terjemahan bagi hardware dalam bahasa Melayu.Istilah22.05.2012
Tuan / Puan (PRPM), saya ingin bertanya mengenai perkataan Penyelenggaraan dan Penyenggaraan. Saya telah merujuk di laman web PRPM, tapi masih keliru. Adakah tepat menggunakan "penyelenggaraan Sistem Saham Bumiputera" atau "penyenggaraan"? Ia merujuk kepada aktiviti selenggara / senggara terhadap sistem yang merangkumi aktiviti backup, semakan database,arkib, preventive maintenance dan sebagainya. Mohon penjelasan pihak tuan. Terima kasih saya ucapkan.Untuk makluman saudara kata penyenggaraan dan penyelenggaraan, kedua-duanya betul. Kedua-duanya daripada kata dasar senggara dan selenggara menerima sisipan "el" di tengahnya. Oleh itu, "Penyenggaraan/Penyelenggaraan Sistem Saham Bumiputera" adalah betul.Tatabahasa13.10.2016
Salam.. Apakah istilah paling tepat untuk "servicing" samada penyelenggaraan, senggaraan, penyenggaraan atau selenggara dan apakah definasi nya yang paling tepat.. sekian trerima kasih.. SAPARI BIN YAHAYA Shah AlamIstilah servicing dalam bidang Kejuruteraan ialah rawatan, manakala makna lazim ialah khidmat atau perkhidmatan.  Penyelenggaran/pengenggaraan padanan dalam bahasa Inggerisnya ialah maintenance.Istilah05.05.2009
Salam sejahtera, adakah terjemahan "perkhidmatan lembut" bagi "soft services" dan "perkhidmatan keras" bagi "hard services" sesuai? Penjelasan "soft services" ialah "Soft services are ones which make the workplace more pleasant or secure to work in. They are not compulsory and can be added and removed as necessary. Examples of soft services: cleaning, window cleaning, security, mail management, waste management, catering." Penjelasan "hard services" ialah "Hard services are ones which relate to the physical fabric of the building and cannot be removed. They ensure the safety and welfare of employees and generally are required by law. Examples of hard services: lighting, plumbing, fire safety systems, air conditioning, building maintenance." Terima kasih.Berdasarkan semakan kami terhadap cadangan terjemahan dan skop yang diberikan kami mencadangkan soft services dan hard services diterjemahkan kepada kerja ringan dan kerja berat. Mohon maaf atas kelewatan kami memberikan jawapan.Penyemakan dan penterjemahan26.07.2017
12

Kembali ke atas