Syuhaila Husain Majlis Perasmian Penutup atau Majlis atau Majlis Perasmian Penutupan atau Majlis Penutupan Yg mana satu.? | Ungkapan yang digunakan ialah Majlis Penutupan. Majlis Perasmianbermakna sesuatu majlis dibuka dengan rasmi dan Majlis Penutupan bermakna pengakhiran sesuatu majlis. | Tatabahasa | 18.05.2014 |
1. Mana yang betul jika kita hendak menggunakan perkataan Majlis Penutup atau Majlis Penutupan dan Majlis Pembuka atau Majlis Pembukaan. 2. Jika pada poster/buku program/kain rentang perkataan mana yang sesuai ? 3. Atas dasar tatabahasa/fonetik/fonologi mengapakah ia dipilih ? Majlis Penutup atau Majlis Penutupan dan Majlis Pembuka/Majlis Pembukaan ? | Majlis Penutupan dan Majlis Pembukaan/Perasmian. Pemilihan ini disesuaikan dengan makna yang mendukung setiap kata tersebut, penutupan bermaksud perihal menutup (menutupi, menutupkan), penamatan, pengakhiran, penyudahan; manakala pembukaan bermaksud perihal atau perbuatan membuka, permulaan. | Tatabahasa | 17.05.2008 |
majlis penutupan atau penutup | Ungkapan yang digunakan ialah Majlis Penutupan. Majlis Perasmianbermakna sesuatu majlis dibuka dengan rasmi dan Majlis Penutupan bermakna pengakhiran sesuatu majlis. | Istilah | 10.03.2015 |
Assalamualaikum. Mohon pencerahan penggunaan perkataan iaitu Majlis Penangguhan yang sering digunakan dalam menutup sesuatu majlis seperti sukan tahunan sekolah atau majlis yang diadakan setiap tahun. Bagaimana pula dengan penggunaan Majlis Penutupan? Terima kasih | Waalaikumsalam. Tuan, sekiranya sesuatu majlis itu ada Majlis Perasmian, maka pengakhiran majlis itu mestilah Majlis Penutupan. | Lain-lain | 07.03.2015 |
Assalamualaikum. Sekiranya majlis yang tiada perasmian misalnya Pesta Pantun Sekolah Menengah, sesuaikah digunakan ungkapan Majlis Penangguhan Pesta Pantun Sekolah Menengah atau Majlis Penutupan Pesta Pantun Sekolah Menengah. Bolehkah penggunaan ungkapan Majlis penangguhan digunakan untuk menutup sesuatu majlis dengan alasan majlis tersebut akan diadakan lagi pada setiap tahun? Mohon pencerahan daripada pihak tuan kerana penggunaan ungkapan majlis penangguhan seringkali digunakan dalam menutup sesuatu majlis. Terima kasih. | Majlis Penangguhan Pesta Pantun Sekolah Menengah atau Majlis Penutupan Pesta Pantun Sekolah Menengah, kedua-dua frasa ini boleh digunakan. | Tatabahasa | 09.03.2015 |
huruf besar atau kecil? Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Enakmen-enakman Lembaga Bandaran, Ordinan Majlis-majlis Tempatan 1992 | Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Enakmen-Enakmen Lembaga Bandaran, Ordinan Majlis-Majlis Tempatan 1992 | Ejaan | 28.03.2005 |
1. Di majlis 2. Dalam majlis 3. Pada majlis Yang manakah betul? | Yang betul ialah dalam majlis dan pada majlis. | Tatabahasa | 15.10.2007 |
Adakah perkataan 'majlis' perlu dicatatkan dalam sesuatu program? Contohnya: 'Majlis Penutupan Dialog Utara'. Ataupun memadai dengan 'Penutupan Dialog Utara'? | Ungkapan yang digunakan ialah Majlis Penutupan. Majlis Perasmian bermakna sesuatu majlis dibuka dengan rasmi dan Majlis Penutupan bermakna pengakhiran sesuatu majlis. | Lain-lain | 28.08.2017 |
MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN PROGRAM ANTIDADAH @ MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ANTIDADAH @ MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ANTIDADAH Soalan- Adakah ketiga-tiga ayat di atas boleh digunakan sebagai tajuk sesuatu majlis | Tajuk yang sesuai digunakan: 1. MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ANTIDADAH 2. MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ANTIDADAH | Lain-lain | 08.02.2018 |
Soalan saya penggunaan perkataan "majlis" ini menjemput ....adakah perkataan "Majlis" boleh digunakan, sebab Majlis tidak boleh menjemput. | Perkataan ini lazim digunakan dalam laras teks pengacaraan. Frasa yang gramatis ialah "Majlis mempersilakan ..... Kata majlis dalam konteks ayat tersebut merujuk kepada organisasi, pihak atau individu yang mengadakan majlis tersebut. | Tatabahasa | 07.02.2018 |