Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
majlis (kata nama)
1. Bersinonim dengan jawatankuasa: badan, lembaga, panel, senat, junta, panitia, jemeleh,

2. Bersinonim dengan upacara: acara, istiadat, keramaian, jamuan, parti, kenduri, pertemuan, perkumpulan, perhimpunan.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Majlis Perlepasan atau Majlis Pelepas Peserta - dalam bahasa Inggeris flag-off - bagi acara Pertandingan Kembara IlmuAwalan pe- ialah imbuhan yang digandingkan pada kata dasar tanpa melibatkan apa-apa perubahan pada bunyi awal kata dasar tersebut.

Pelepas bermaksud seseorang atau sesuatu yang digunakan atau menjadi tempat untuk melepaskan rindu, marah, tekanan dan sebagainya.


Apitan peR-...-an bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja untuk menandakan makna tempat.

Perlepasan bermaksud hal berlepas.


Apitan pe-...-an, apabila bergabung dengan kata dasar tertentu, membentuk kata nama yang membawa maksud hal keadaan yang terkandung dalam kata dasar tersebut.

Pelepasan bermaksud hal atau perbuatan melepaskan.


Oleh yang demikian, penggunaan apitan pe-...-an sesuai digunakan dalam ayat tersebut:
 “Majlis Pelepasan Peserta Pertandingan Kembara Ilmu


Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan imbuhan pe-, peR-...-an dan pe-...-an, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 113 hingga 127 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1307.


Tatabahasa30.09.2025
Umu Aimi Mar 3rd, 12:16pm assalamualaikum.. nama saya Aimi. maaf kalau saya mengganggu masa Tuan. Baru-baru ni saya hadir program majlis wacana ilmu di smk seremban jaya . saya tertarik dengan ucapan dari Datuk Dr haji Awang sendiri, mengenai keadaan bahasa kita sekarang . jadi saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut mngenai program DBP dan kalau berkesempatan saya teringin juga nak menyumbang sedikit tenaga untuk menggerakkan bahasa melayu . saya harap DBP sudi menerima dan mengajar saya yang tak seberapa ni. sekarang ni saya tengah rancang dengan kawan-kawan alumnai sekolah saya untuk buat satu program pemantapan bahasa melayu. kalau Tuan ada masa yang lapang saya harap pihak Tuan dapat kongsi sedikit tips atau apa-apa cadangan supaya program yang kami nak jalankan ini mantap. maaf kalau bahasa yang saya guna agak kasar atau tidak sesuai dan harap Tuan dapat tegur kesalahan saya. terima kasih . assalamualaikum w.b.tUntuk makluman tuan, DBP akan menguar-uarkan kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan melalui laman web kami. Tuan boleh mengambil bahagian dan bersama-sama kami dalam kegiatan yang sesuai. Sebarang pertanyaan boleh hubungi, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, TUan Haji Razali Che Mat di talian 03-21479000 atau e-mel razali3@dbp.gov.my.Lain-lain03.03.2015
Bolehkah saya gunakan istilah; "Majlis Aspirasi" tanpa apa-apa penambahan perkataan lain atau adakah perkataan Aspirasi itu perlukan pelengkap contohnya seperti Aspirasi Ilmu atau Aspirasi KecemerlanganPenggunaan yang betul ialah Majlis Aspirasi Kecemerlangan. Selepas perkataan aspirasi perlu ada pelengkapnya. Contoh lain ialah seperti aspirasi rakyat dan aspirasi negara.Lain-lain15.03.2018
bagaimanakah dewan bahasa dan pustaka mempromosikan dbp itu sendiri di luar negara?

Salam sejahtera.  Untuk mempromosi DBP di luar negara, beberapa badan atau majlis khas ditubuh untuk menjalinkan kerjasama antarabangsa. Badan/majlis tersebut ialah :

a.  MASTERA atau Majlis Sastera Asia Tenggara adalah sebuah majlis yang merancang dan memantau perkembangan Sastera Melayu/Indonesia di rantau ini. MASTERA telah diputuskan sebagai sebuah majlis serantau yang  mewakili lembaga pemerintah setiap negara anggota. Keanggotaannya terdiri daripada  tiga kelompok, iaitu negara pendiri, negara ahli dan negara pemerhati. b. Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu atau singkatannya MABM adalah sebuah majlis khas yang ditubuhkan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti kebahasaan yang menjurus kepada matlamat pengembangan bahasa di peringkat antarabangsa. Kerajaan Malaysia sentiasa sedar dan amat prihatin terhadap perkembangan bahasa Melayu dan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh beberapa pihak di dalam dan di luar negara berhubung dengan pengembangan bahasa ini di peringkat antarabangsa.  Sesudah beberapa buah pusat pengajian Melayu ditubuhkan di luar negara, maka diputuskan perlunya penubuhan sebuah majlis khas untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti kebahasaan yang menjurus kepada matlamat pengembangan bahasa di peringkat antarabangsa ini.  c. Majlis Bahasa  Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia atau singkatannya MABBIM adalah  sebuah majlis  yang  ditubuhkan  untuk  merancang  dan memantau perkembangan bahasa Melayu/Indonesia di rantau ini  yang dianggotai oleh tiga negara,  iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia.     Wadah kerjasama kebahasaan MABBIM ini, pada hakikatnya mempunyai misi untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu/Indonesia di ketiga-tiga buah negara anggota MABBIM menjadi bahasa peradaban tinggi, bahasa ilmu, bahasa sains, bahasa teknologi moden, bahasa perusahaan, dan bahasa ekonomi.   d. FOKEPS atau singkatan kepada Forum Kerjasama Penerbitan Serantau adalah satu bentuk kerjasama dalam bidang penerbitan dan dianggotai oleh Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam dengan Singapura sebagai negara pemerhati. 
Lain-lain09.09.2008
salam saya mempunyai masalah mengenai mencari tema untuk majlis makan malam konvokesyen 2011. terdapat beberapa tema yang di uatrakan.. namun tidak mendapat sambutan. bolehkan oihka tuan dapat memberi sedikit idea istilah-istilah sastera yang ada kena mengena tentang graduan agar kami dapat membina ayat untuk majlis makan malam kami.... mohon perhatian pihak tuan/puan

Perkataan yang dicadangkan  boleh dikaitkan dengan ilmu dan masa hadapan iaitu: 1. Mengungkai (mencari-cari untuk diselidiki) 2. Merentas 3. Meranduk (menempuh), misalnya Meranduk ranjau, meranduk arus  4. Mengorak   5. Gapura, Lawang (Pintu Gerbang)  6. Menyemai 7. Citra (imej)

Istilah22.04.2011
Tkasih atas jawapan tersebut.. Jika digunakan untuk majlis pelancaran program mbmmbi...penggunaan Bahasa Melayu @ Bahasa Malaysia lebih tepat? Memartabatkan Bahasa Melayu @ Bahasa Malaysia?Kami berpegang kepada Perkara 152 Perlembagaan Malaysia dan jika merujuk kepada ilmu dan peradaban maka bahasa Melayulah yang digunakan. Untuk tujuan penggunaan di jabatan tuan, sila rujuk kepada pihak pengurusan dan dalam hal ini ialah pihak sekolah atau jabatan pelajaran negeri atau Kementerian Pelajaran Malaysia.Lain-lain15.03.2013
usaha yang dilakukan oleh dbp untuk memartabatkan bahasa melayu

Encik Muriadi,

Dewan Bahasa dan Pustaka dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu telah melaksanakan pelbagai usaha dalam bidang bahasa, sastera dan penerbitan. Dalam bidang bahasa usaha pemartabatan bahasa Melayu dilaksanakan melalui kegiatan dan program pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu. Pelbagai kamus, contohnya kamus ekabahasa, kamus dwibahasa, kamus istilah dan kamus dalam bahasa lain diusahakan. jutaan istilah dibentuk dan disebarkan kepada masyarakat pengguna bahasa di sektor awam dan swasta. kerja-kerja penyelidikan tentang korpus bahasa dan bidang linguistik lain  terus dilaksanakan untuk mencari dan menentukan rumus-rumus bahasa bagi memantapkan lagi pedoman dan hukum tatabahasa yang sedia ada. Dari segi pengembangan pula, pelbagai kegiatan dan program dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa di sektor awam, swasta, pendidikan dan masyarakat umum.  Kegiatan seperti pidato, debat, seminar, kursus bahasa, forum dan pelbagai majlis wacana ilmu dilaksanakan di pelbagai sektor pengguna bahasa.

Dalam bidang sastera dan penerbitan pula, pelbagai kegiatan kesusasteraan dilaksanakan antaranya pementasan drama dan teater, sayembara baca puisi,Anugerah Sastera Perdana, majlis wacana ilmu yang membincangkan isu-isu kesusateraan dan sebagainya. Dalam aspek penerbitan pula, DBP terus mengorak langkah menerbitkan buku pelbagai bidang ilmu, majalah, jurnal, ensiklopedia  

Lain-lain20.04.2010
apakah Maksud perkataan - APRESIASI KEMENJADIAN MURID Terima Kasih.Kebanyakan frasa "apresiasi kemenjadian murid" digunakan dalam majlis atau acara pada peringkat sekolah.

Kamus Dewan Perdana
(DBP, 2020) memberikan takrifan yang berikut:

a. apresiasi -1 pemahaman, penerimaan dan penghayatan nilai sesuatu karya seni, 
                      sastera atau budaya.
                   2 penghargaan atau penyanjungan terhadap usaha, sumbangan, bakti
                      dan sebagainya seseorang atau sesuatu pihak.

b. kemenjadian - hal berhasil atau berjaya.

c. murid - 1 orang yang belajar secara formal di sekolah.
               2 orang yang mempelajari sesuatu bidang ilmu atau kemahiran seperti
                  agama, persilatan atau perubatan tradisional secara tidak formal
                  dengan seseorang.

Secara umumnya, dapatlah difahami bahawa "apresiasi kemenjadian murid" bermaksud penghargaan atau penyanjungan terhadap usaha, sumbangan, bakti dan sebagainya seseorang (guru, ibu bapa) atau sesuatu pihak (seperti sekolah, kementerian) dalam menghasilkan orang yang belajar secara formal di sekolah (murid) berjaya.



Makna01.02.2023
1.Terangkan kenapa bahasa adalah petanda sosial? 2.huraikan fungsi bahasa.Bahasa berfungsi sebagai bahasa rasmi, bahasa perhubungan, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan. Bahasa juga boleh menjadi petanda sosial kerana bahasa yang digunakan oleh kelompok masyarakat yang berdarah raja, dalam situasi rasmi dan situasi tidak rasmi lazimnya berbeza. Contohnya, bahasa istana hanya digunakan oleh keluarga diraja atau pekerja yang bekerja di istana. Bahasa rasmi pula hanya digunakan untuk situasi rasmi seperti mesyuarat dan perbincangan oleh kakitangan kerajaan ataupun swasta yang berpendidikan rendah hinggalah ke peringkat yang paling tinggi. Sementara bahasa dialek atau loghat digunakan dalam situasi tidak rasmi seperti majlis perkahwinan atau pergaulan dengan masyarakat setempat. Untuk maklumat lanjut saudara bolehlah merujuk buku Perancangan Bahasa dalam Perancangan Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar.Tatabahasa30.08.2006
saudara, bolehkah saudara terangkan mengenai fungsi-fungsi bahasa secara terperinci dan apa yang dimaksudkan dengan bahasa sebagai petanda sosial?Bahasa berfungsi sebagai bahasa rasmi, bahasa perhubungan, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan. Bahasa juga boleh menjadi petanda sosial kerana bahasa yang digunakan oleh kelompok masyarakat yang berdarah raja, dalam situasi rasmi dan situasi tidak rasmi lazimnya berbeza. Contohnya, bahasa istana hanya digunakan oleh keluarga diraja atau pekerja yang bekerja di istana. Bahasa rasmi pula hanya digunakan untuk situasi rasmi seperti mesyuarat dan perbincangan oleh kakitangan kerajaan ataupun swasta yang berpendidikan rendah hinggalah ke peringkat yang paling tinggi. Sementara bahasa dialek atau loghat digunakan dalam situasi tidak rasmi seperti majlis perkahwinan atau pergaulan dengan masyarakat setempat. Untuk maklumat lanjut saudara bolehlah merujuk buku Perancangan Bahasa dalam Perancangan Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar.Istilah02.09.2006
12

Kembali ke atas