Gelaran hormat untuk seorang pegawai polis dalam majlis-majlis rasmi ialah Yang Setia? Mohon diberi pencerahan kerana saya tidak mendapat maklumat yang yelas tentang gelaran ini di mana-mana. Terima kasih | Salam sejahtera, Tuan, Berdasarkan buku Garis Panduan Amalan Istiadat dan Protokol dalam Majlis Rasmi Kerajaan (2015), tiada panggilan hormat Yang Setia untuk pegawai polis dalam sesebuah majlis rasmi. Walau bagaimanapun, tuan boleh merujuk kepada jabatan terbabit untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 01.03.2018 |
Mohon penjelasan sama ada perkataan "Pemasyhuran" boleh digunakan di dalam majlis-majlis rasmi biasa atau hanya boleh digunakan di dalam majlis melibatkan protokol Istana? | Permasyhuran bermaksud perihal memasyhurkan (menyiarkan berita dan lain-lain, contohnya pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Pemasyhuran bukanlah bahasa diraja dan boleh digunakan dalam konteks umum. | Istilah | 12.10.2012 |
Untuk kegunaan majlis rasmi dan sebagai pengacara atau moderator (majlis rasmi dan televisyen), apakah satu kesalahan jika saya memanggil seseorang individu dengan gelaran Prof. Madya sebagai Profesor atau Prof. ? kerana saya dimaklumkan Prof. Madya bukanlah sesuai dipanggil Prof atau Profesor. Namun begitu, ada juga yang menganggap ia tidak menjadi masalah, bergantung kepada pembawa gelaran tersebut. Mohon pencerahan. | Tuan/puan, Dalam urusan rasmi, penggunaan bahasa yang betul dan sopan haruslah menggunakan bahasa baku dan standard. Misalnya, penggunaan Prof. Madya perlu disebut dengan sebutan penuh, iaitu Profesor Madya dan tidak boleh disebut dengan sebutan singkatan dan apatah lagi penyalahgunaan dalam gelaran pangkat seseorang. | Lain-lain | 15.05.2018 |
Jika pengetua ialah seorang perempuan, apakah panggilan yang sesuai untuk beliau dalam urusan atau majlis-majlis rasmi? Antara Puan Pengetua dan Tuan Pengetua yang manakah betul? Bagaimana dalam kes seperti mesyuarat, adakah puan pengerusi atau tuan pengerusi majlis? | Jika seseorang itu telah diketahui lelaki atau perempuan, contohnya pengetua maka sapaan yang sesuai ialah Puan Pengetua, begitu juga dalam contoh, Puan Pengerusi Majlis | Lain-lain | 19.09.2007 |
mengapakah panggilan kehormat begitu penting dalam majlis rasmi ? | Panggilan kehormat begitu penting dalam sesuatu majlis rasmi kerana bagi menghormati kedudukan atau pangkat yang dianugerahkan kepada orang kenamaan yang hadir dalam majlis itu. panggilan hormat ini juga mengikut hirarki dalam masyarakat di samping mengikut adat serta protokol sesutau majlis. Terima kasih. | Lain-lain | 03.11.2007 |
JIKA PENGETUA SEKOLAH SEORANG PEREMPUAN, DI DALAM MAJLIS RASMI ADAKAH KITA MENYEBUT "YANG BERUSAHA "TUAN" PENGETUA SMK. PEKAN II KOTA BELUD, PN. LATIFAH HJ. MUSTAKIM..." ATAU "YANG BERUSAHA "PUAN" PENGETUAN SMK. PEKAN II KOTA BELUD..."? KELIRU ANTARA PUAN DAN TUAN, UNTUK DALAM UCAPAN MAJLIS RASMI. TERIMA KASIH. | Jika Pengetua yang dimaksudkan itu adalah seorang perempuan, yang disarankan ialah Puan Pengetua. Bagaimanapun, jika Pengetua itu tidak diketahui jantina, sama ada perempuan atau lelaki, yang dicadangkan ialah tuan pengetua. Harap maklum. | Tatabahasa | 29.10.2007 |
Assalamualaikum. Tuan, Saya mempunyai persoalan berkaitan penggunaan salutasi dalam urusan surat menyurat dan mesyuarat rasmi. Fail berkaitan (Garis Panduan Penggunaan Salutasi dalam Surat Menyurat dan Majlis Rasmi serta Kedudukan Pegawai dalam Majlis Rasmi di USIM) turut dikepilkan. Sekian. Terima kasih. | Tidak ada perkataan salutasi dalam pangkalan data kami. Perkataan salutation diterjemahkan kepada salam atau penghormatan. Dalam konteks garis panduan tersebut salutasi yang dimaksudkan ialah sapaan. | Tatabahasa | 13.03.2017 |
Betul atau salah ayat berikut: "mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato'..............". Sila beri penerangan yang jelas. | Dari segi tatabahasa ayat "mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato'..." tidak lengkap kerana tiada subjek atau subjeknyanya digugurkan. Walau bagaimanapun frasa ini diterima dalam laras pengacaraan seperti yang lazim kita dengar dalam majlis-majlis rasmi. | Tatabahasa | 05.03.2013 |
apakah perbezaan di antara mengalu - alukan dan mempersilakan? Bolehkah perkataan mengalu - alukan digunakan dalam kad jemputan majlis rasmi untuk menjemput tetamu kehormat? | Mengalu-alukan bermaksud menyambut kedatangan tamu dan lain-lain (dengan hormat dan mesra). Mempersilakan bermaksud meminta (menjemput, mengajak) dengan hormat. Perkataan mengalu-alukan boleh digunakan dalam kad jemputan majlis rasmi untuk menjemput tetamu kehormat. | Makna | 20.03.2019 |
tolong berikan rujukan hormat bagi ketua polis daerah dalam majlis rasmi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. teima kasih. | Kata sapaan hendaklah merujuk pangkat orang tersebut. Sekiranya orang tersebut membawa gelaran datuk, gelaran yang betul ialah Yang Berbahagia. | Tatabahasa | 25.03.2010 |