Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata majukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon majukan saya senarai kursus pendek yang ditawarkan oleh DBP untuk sepanjang tahun 2016.Untuk makluman tuan, semua urusan yang berkaitan kursus diselaras dan diuruskan oleh Akademi DBP. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Dr. Amran bin Joned, Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Beliau juga boleh dihubungi melalui talian 03-21479000 atau e-mel amran@dbp.gov.my.Lain-lain30.11.2015
Assalamualaikum. Mohon majukan kepada pihak berkenaan. Bahagian 'Dunia Kata - Bual Kata' tiada butang untuk dicapai di Gerbang Kata DBP. Saya perlu menulis alamat 'http://ekamus.dbp.gov.my/Kata.aspxz' untuk memasukinya. Mohon dibaiki supaya senang untuk orang awam lihat senarai kata-kata yang disaran oleh pengguna.Sila gunakan Internet Explorer untuk melayari Gerbang Kata DBP (http://ekamus.dbp.gov.my/Kata.aspx) bagi memastikan kelancaran semasa melayari laman web ini.Lain-lain25.09.2019
Mohon tuan beri pendapat tentang penterjemahan bagi perkataan "forward" dalam ayat berikut: 1) Forward call to another number. (Majukan panggilan ke nombor lain.) 2) Forward message to email. (Majukan mesej ke email. ATAU Kirim semula mesej ke email.) Konteksnya berkenaan dengan aplikasi mudah alih yang membolehkan pengguna saling membuat panggilan serta menghantar mesej.Terjemahan forward call dan forward message belum ada dalam sumber rujukan kami. Kami mencadangkan forward call to another number ialah majukan panggilan ke nombor lain atau seterusnya dan  forward message to e-mail ialah memanjangkan mesej ke e-mel.
Makna22.09.2016
Assalamualaikum. Boleh berikan padanan bagi perkataan "Roll Cage"? (kejuruteraan Automobil) Terima kasih.Wassalam,

Untuk pengetahuan tuan/puan, istilah tersebut masih belum ada lagi dalam data kami. Mohon pihak tuan majukan persoalan ini kepada Bahagian Peristilah dan Leksikolgi berkenaan istilah-istilah baharu.

Tuan/puan boleh menghubungi:

Puan Hendun binti Ibrahim,
03-2147 9155
hendun@dbp.gov.my

Penyemakan dan penterjemahan03.05.2017
Apakah perkataan atau istilah yang sesuai dalam Bahasa Malaysia bagi menggantikan perkataan 'quote' atau 'quotation'? Contoh ayat: 'Quote of the month' atau 'Quotation on creativity and innovation'Tuan/puan dinasihatikan untuk majukan persoalan ini kepada Persatuan Penterjemah Malaysia untuk mendapat jawapan yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, pada pandangan kami istilah yang bagi padanan tersebut ialah "petikan".Penyemakan dan penterjemahan27.05.2015
Puan/Tuan, bagaimanakah cara untuk menterjemah "jailbroken and rooted devices"? Terima kasih.Wassalam,
 
 Untuk pengetahuan tuan/puan, istilah tersebut masih belum ada lagi dalam data kami. Mohon pihak tuan/puan majukan persoalan ini kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi berkenaan istilah-istilah baharu.
 
 Tuan/puan boleh menghubungi:
 
 Puan Hendun binti Ibrahim,
 03-2147 9155
 hendun@dbp.gov.my
Makna28.07.2017
Tolong berikan terjemahan yang paling tepat bagi perkataan DISCIPLESHIP. Adakah PERMURIDAN atau PEMURIDAN, atau adakah perkataan lain yang lebih tepat? Terima kasih atas bantuan.Tuan, setakat ini tiada terjemahan DISCIPLESHIP dalam pangkalan data kami. Tuan boleh majukan persoalan ini kepada Persatuan Penterjemah Malaysia untuk mendapat jawapan. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan11.02.2015
Assalamualaikum. Pada 4hb Mei 2017, saya mengajukan soalan mengenai satu istilah bahasa Arab. Pihak DBP memaklumkan bahawa soalan saya telah dihantar kepada pakar bahasa Arab dan akan menghantar jawapan sebaik menerima maklum balas. Pada 23hb Ogos 2017, saya membuat susulan. Malangnya emel balas pihak DBP tidak didaftarkan ke peti masuk emel saya. Maaflah. Hari ini saya majukan soalan saya sekali lagi. Apakah istilah bahasa Melayu yang setara dengan istilah bahasa Arab ini: (اِسْمُ الْعَلَمِ)? Adakah: (i) isim al-alami, (ii) isim al-alam, (iii) isim alami, (iv) isim alam, (v) kata nama al-alami, (vi) kata nama al-alam, (vii) kata nama alami, (viii) kata nama alam, (ix) kata nama semula jadi, atau (x) suatu istilah lain yang selain daripada yang disenaraikan di atas? Terima kasih.Tiada maklumat tentang istilah berkenaan dalam pangkalan data kami. DBP tidak menerbitkan kamus/istilah nahu dan saraf bahasa Arab, maka agak sukar untuk kami mendapatkan jawapan tentang istilah yang berkenaan daripada pihak yang berwenang.Tatabahasa13.01.2018
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai terjemahan yang tepat bagi terma 'millennial generation' yang digunakan oleh pengkaji Strauss & Howe (1991) untuk merujuk kepada generasi manusia yang dilahirkan dari tahun 1982 hingga 2004. Sekian, terima kasih atas kerjasama.Untuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah millennial generation. Cadangan daripada pihak kami terjemahan yang sesuai ialah Generasi Millennial. Untuk maklumat lebih lanjut tuan/puan boleh majukan persoalan ini kepada Bahagian Peristilah dan Leksikolgi berkenaan istilah-istilah baharu.

Tuan/puan boleh menghubungi:

Puan Hendun binti Ibrahim,
03-2147 9155
hendun@dbp.gov.my

Makna28.10.2017
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan bagi nama-nama bahasa Afrika berikut: AKAN EWE GA HAUSA DAGBANI KASEM NZEMA Adakah ia sesuai diterjemahkan seperti berikut: Bahasa AKAN Bahasa EWE Bahasa GA Bahasa HAUSA Bahasa DAGBANI Bahasa KASEM Bahasa NZEMA Jika terdapat terjemahan yang lebih sesuai, sila cadangkan. Mohon bantuan DBP. Terima kasih.Salam, terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan DBP. Walau bagaimanapun, kami memohon maaf kerana tiada kepakaran dalam bidang ini (terjemahan bahasa Asing), mohon tuan/puan dapat majukan soalan ini kepada Persatuan Penterjemah Negara.Penyemakan dan penterjemahan27.04.2014
12

Kembali ke atas