bagaimanakah penggunaan huruf besar bagi : (i) cth : mak cik siti ( adakah Mak cik Siti atau Mak Cik Siti ?) (ii) Bolehkan saya mendapat set penggunaan kata majmuk seperti : tengahari atau tengah hari keretapi atau kerata api terima kasih | Ejaan yang betul ialah: mak cik (nama am) dan Mak Cik Siti (nama khas). Kata majmuk (dalam bentuk tunggal) dieja dua perkataan kecuali ada beberapa perkataan yang telah mantap dan diseja sebagai satu perkataan, antaranya: suruhanjaya, warganegara, olahraga, kerjasama, tandatangan, matahari, setiausaha, antarabangsa, jawatankuasa, kakitangan, pesuruhjaya, tanggungjawab, bumiputera, kerjasama dan beritahu. | Tatabahasa | 16.01.2010 |
Adakah kata panggilan seperti pak cik, mak cik, kak ngah, ayah, ibu dan adik tergolong dalam kata ganti nama diri? | Kata panggilan seperti pak cik, mak cik, kak ngah, ayah, ibu dan adik tergolong dalam kata ganti nama diri yang digunakan dalam konteks tidak rasmi. Dalam suasana rasmi hendaklah digunakan kata ganti nama diri "saya". | Tatabahasa | 23.05.2014 |
1. Manakah penggunaan yang tepat? (a) mak cik / makcik (b) pak cik / pakcik (c) Mak Cik Tan / Mak cik Tan / Makcik Tan 2. Betul atau salah? (a) Ayah membeli sebuah buku kepada adik. (b) Ayah membeli sebuah buku untuk adik. (c) Ayah memberikan sebuah buku kepada adik. (d) Ayah memberikan sebuah buku untuk adik. 3. Menurut tatabahasa, "demi" digunakan untuk tujuan dan digunakan di depan frasa nama. Jadi, ayat berikut benar? (a) Dia berbuat demikian demi keselamatan penduduk. (b) Dia berbuat demikian demi peningkatan produktiviti. (b) Dia berusaha dengan gigih demi pertandingan tahun depan. (d) Tentera berkhidmat demi negara. Adakah penggunaan "demi" dalam ayat-ayat di atas dapat diganti dengan "untuk". 4. Tunjukkan mana-mana yang betul. (a) Tentera berkhidmat (untuk / kepada / demi) negara. (b) Ibu sayang (kepada / akan / pada) anaknya. | 1. penggunaan yang tepat ialah (a) mak cik (b) pak cik (c) Mak Cik Tan 2. (a) Ayah membeli sebuah buku kepada adik. -salah (b) Ayah membeli sebuah buku untuk adik. -betul (c) Ayah memberikan sebuah buku kepada adik. -betul (d) Ayah memberikan sebuah buku untuk adik.- salah 3. Menurut tatabahasa, "demi" digunakan untuk tujuan dan digunakan di depan frasa nama. Jadi, ayat berikut benar? (a) Dia berbuat demikian demi keselamatan penduduk. (b) Dia berbuat demikian demi peningkatan produktiviti. (b) Dia berusaha dengan gigih demi pertandingan tahun depan. (d) Tentera berkhidmat demi negara. Adakah penggunaan "demi" dalam ayat-ayat di atas dapat diganti dengan "untuk". Merujuk Kamus Dewan antara maksud demi ialah untuk, oleh itu penggunaan kata-kata tersebut adalah betul. 4. (a) Tentera berkhidmat (untuk / kepada / demi) negara. -ketiga-tiganya betul (b) Ibu sayang (akan/pada) anaknya. | Tatabahasa | 23.07.2008 |
sOALAN 1 Baiklah ibu, saya akan memberi kek ini kepada Mak Cik Leha. Soalan 2 Baiklah, ibu. Saya akan memberi kek ini kepada Mak Cik Leha. Soalan 3 Baiklah ibu. Saya akan Memberi kek ini kepada Mak Cik Leha. Yang manakah penggunaan ayat dan tanda baca yang paling betul? | Baiklah ibu, saya akan memberi kek ini kepada Mak Cik Leha.
| Tatabahasa | 09.05.2017 |
Salam. Tolong berikan cara penulisan sebenar 1) ..... cikgu Azam atau Cikgu Azam 2) ....... Mak cik Mah atau Mak Cik Mah 3)....... Guru Besar sekolah saya atau guru besar sekolah saya Terima kasih | 1. Cikgu Azam 2. Mak Cik Mah 3. Guru besar sekolah (hanya G sahaja huruf besar kerana permulaan ayat). | Tatabahasa | 30.01.2013 |
Selamat siang Bapak/ Ibu, Saya berasal dari Singapura, dan penggunaan Bahasa Melayu di sini mungkin sedikit berbeza dengan di Malaysia. Saya mahu bertanya cara yang benar ejaan "makcik". Di mana Nasihat DBP menyatakan bahawa ejaan yang benar ialah "mak cik" degna menggunakan spasi. Di Singapure, perkataan ini umum di gunakan, dengan bermakna "emak kecil", di mana "kecil" di sebut dengan "kecik". Dan bukan "emak encik". Sila rujuk : 1955 R.J. Wilkinson A Malay–English Dictionary, vol. 1, 225 ( http://www.mysmu.edu/faculty/jacklee/singlish_M.htm ) Ini saya percaya berlatar-belakangkan istliah "bulek" untuk orang keturunan Jawa yang di singkatkan dr "ibu cilik". Oleh kerana DBP Malaysia adalah sumber rujukan perusahaan kami, maka saya mahu bertanya soalan seperti berikut: 1. Bagaimanakah ejaan perkataan "makcik/ mak cik" ini kalo di gandakan? Adakah mak cik-mak cik/ makcik-makcik/ mak cik makcik? 2. Kalau di gabung dengan "ku", bagaimana pula? mak cikku/ makcikku/ mak cik ku? 3. Begitu juga dengan perkataan "pakcik". Sekian saja, salam hormat dan terima kasih saya. Ahmad Shah | Ejaan yang betul ialah mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik. Sedikit penjelasan berhubung jawapan kami sebelum ini. Gelaran mak cik dan pak cik lazimnya merujuk ibu saudara dan bapa saudara. Walau bagaimanapun gelaran ini juga diberikan kepada orang yang lebih tua. | Ejaan | 11.03.2020 |
Wujudkah kata ganda untuk perkataan berikut: i) mak cik ii) pak cik Difahamkan kedua perkataan tersebut harus dieja seperti yang tertera di atas. Jika wujudnya kata ganda, adakah ia akan dicantumkan seperti contoh; makcik-makcik & pakcik-pakcik? Terima kasih. | Mak cik dan pak cik lazimnya ditemukan dalam wacana tidak rasmi kerana dalam bentuk rasmi penggunaan yang betul ialah ibu saudara dan bapa saudara. Walau bagaimanapun sekiranya ada keperluan untuk menggandakan perkataan tersebut, ejaan yang betul ialah pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik. | Ejaan | 10.03.2020 |
perkataan "mak cik" tidak ditemukan dalam carian di laman prpm. Adakah berlaku kesilapan teknikal pada halaman ini ataukah perkataan "mak cik" tidak diiktiraf penggunaannya oleh dbp? | Perkataan "mak cik" ada dalam carian di laman prpm. Mak cik (nama am) dan Mak Cik Siti (nama khas). | Ejaan | 25.11.2018 |
Saya nak tanya, mak cik sahaja sepatutnya huruf besar atau kecil? | Jika hanya perkataan "mak cik", perlu dieja dengan huruf kecil kerana ia merupakan kata nama am. Kata nama am ditulis dengan huruf kecil. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang. Tetapi apabila di pangkal ayat, kata nama am ini ditulis dengan huruf besar. Untuk lebih jelas, sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 95. | Tatabahasa | 13.08.2015 |
Salam. Tuan.. Mak Cik Kintan peniaga sayur di pasar tani. _______ menjual sayuran segar yang diambil dari ladang. A. Dia B. Beliau jawapannya A atau B tuan. Terima kasih... | Mak Cik Kintan peniaga sayur di pasar tani. Dia menjual sayuran segar yang diambil dari ladang. | Tatabahasa | 03.03.2015 |