Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ka] | مک

Definisi : 1. sl lalu, sudah itu lalu, dan (dipakai utk memulakan ayat): ~ fakir namanya hikayat ini Sulatul-Salatin yakni peraturan segala raja-raja; apabila dilihatnya lanun-lanun sudah pergi semuanya, ~ pemuda itu pun keluarlah dr tempat bersembunyinya; 2. = ~ itu, ~nya = ~ dari itu sebab itu, kerana itu: kerana terlalu susah hidupnya, ~ terpaksa dia pindah ke tempat lain; 3. bahawa: itulah sebabnya ~ dia gagal dlm peperiksaan itu; 4. = ~nya dgn sebab itu: dgn bermain ombak dan membiasakan diri menempuh gelora itulah ~nya penyakit mabuk laut akan hilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ka] | مک

Definisi : 1 (kata utk memulakan sesuatu ayat yg bermaksud) setelah itu; lalu; dan: ~ pergilah mereka ke rumah orang tua itu. 2 kerana itu; oleh sebab itu: Kerana terlalu letih, ~ pergilah ia berehat di tebing sungai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maka (kata tugas)
1. Bersinonim dengan lalu: sesudah itu, selepas itu, justeru itu, kemudian,

2. Bersinonim dengan bahawa: yang.


Puisi
 

Tukang emas bertukang gelang,
     Maka diukur dirangkainya;
Sedang erat digenggam orang,
     Adat hayat terungkainya.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Berteguran dulu maka berkenalan,
     mendaki dulu maka tahu lelah.

Bermaksud :

Setelah merasa kesusahan hidup barulah bekerja dengan bersungguh-sungguh.

 

Lihat selanjutnya...(90)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud perkataan "hatta"Lazimnya perkataan hatta bergandingan dengan perkataan 'maka'. hatta maka...

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, hatta= ~ maka sl lalu, maka, kemudian dr itu, sampai (hingga): ~ beberapa lamanya ba­ginda pun berangkatlah pulang; berdiri teguh di belakang kerajaan kerana memper­tahankan negara ~ utk memikul senjata; memasuki rumah orang lain, sama ada rumah kawan atau rumah saudara ~ rumah ibu bapa sendiri, hendaklah mendapat ke­izin­an terlebih dahulu.
Tatabahasa07.09.2012
Yang mana yang betul: a) Tak kenal maka tak cinta b) Tidak kenal maka tidak cintaYang betul ialah a.  tak kenal maka tak cintaTatabahasa01.02.2012
Selamat sejahtera. 1. Bolehkah kata 'maka' digunakan sebagai permulaan ayat? Misalnya, 'Maka mereka pun beredar dari situ.' 2. Bilakah kata 'pun' perlu bergabung dengan suatu perkataan? Misalnya, 'telahpun' atau 'telah pun', 'apa-apapun' atau 'apa-apa pun'. Mana satukah yang betul? 3. Betulkah penggunaan imbuhan akhiran -i dalam contoh-contoh berikut? Dia memaklumi keluarganya tentang berita itu. Biar Tuhan yang menghukumi aku. Bolehkah kau menjagainya? Aku akan mengotai janji saya. Wang perak sebanyak lima tahil ini, bukankah dah cukup untuk menyarai hidup selama tiga lima bulan? Sekian, terima kasih daun keladi.

1. Maka tergolong dalam penanda wacana yang boleh hadir di awal atau pertengahan ayat.

2. Kata adapun, andaipun, bagaimanapun, biarpun, kalaupun, kendatipun, lagipun, mahupun, meskipun, sekalipun, sungguhpun dan walaupun dieja sebagai satu perkataan, yang selain daripada senarai tersebut iaitu pun yang bermaksud juga dieja sebagai dua perkataan, contohnya dia pun (juga).

3. Penggunaan memaklumi, menjagai, menyarai dan mengotai (kata kiasan bermaksud menepati janji) dalam ayat-ayat tersebut adalah betul. Tidak ada kata terbitan menghukumi, yang ada menghakimi, seperti contoh ayat: kamu jangan menghakiminya.  

Tatabahasa28.06.2010
soalan..untuk bantu anak saya.kata lawan bagi maksud...1)Maka 2) yang demikian 3) oleh itu 4) justeru 5)selain itu 6) jadi 7) di samping itu. itu saje.1) Perkataan maka mempunyai beberapa maksud, antaranya "bahawa", "dengan sebab itu" dan sebagainya. 2) "Yang demikian" bermaksud "yang begitu", "yang begini" atau "seperti itu". 3) "Oleh itu" bermaksud "dengan itu". 4) "Justeru" bermaksud "kebetulan", "tepat", "kena benar", "malahan" dan "bahkan".  5) "Selain itu" bermaksud "di samping itu". 6) 'Jadi" bermaksud "sebenarnya", "kalau begitu" dan sebagainya. 7)"Di samping" bermaksud "selain itu". Walau bagaimanapun, kesemua perkataan tersebut mempunyai makna yang tertentu bergantung pada teks,  konteks secara keseluruhan. Untuk lebih memahami maksud perkataan tersebut, saudara hendaklah menyertakan ayat yang lengkap.Makna02.02.2010
Apakah perbezaan diantara dipohon dan dimohon. Dalam situasi apakah perkataan tersebut dipakai?

Saudara,

Makna mohon : 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?" maka sembahnya, "~ patik, tuanku";

Perkataan pohon juga bermaksud meminta.   Walau bagaimanapun bagi penggunaan perkataan dipohon perkataan yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.  

Makna01.12.2009
Salam mesra, saya meminta jasa baik tuan untuk menerangkan maksud petikan prosa tradisional 'Hikayat Siak' dalam antologi Dirgahayu Bahasaku (hlm48): Maka Tuan Bujang pergi ke Jambi, mendapatkan Sultan Maharaja di Batu, bersama-sama akan sultan berkelahi, berebut kebesaran dengan sultan di Kedah. Maka berperanglah. Tuan Bujang masuk perang, lalu luka paha, kena peluru setinggar, paha kiri. Sultan Maharaja di Batu menang perangnya. Sekian, terima kasih.Sdr. dicadangkan berbincang dengan guru Sdr mengenai perkara ini.Lain-lain16.04.2011
Perlantikan atau pelantikan mana satu yang betul? Kenapa?Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. Tiada perkataan berlantik jika menggunakan ber= lantik yang akan menerbitkan perlantikan.Perkataan perlantikan tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah pelantikan.Tatabahasa29.03.2013
Bolehkah istilah "hari minggu' menggantikan 'hari Ahad'? Terima kasih.

Bagi negeri yang cuti mingguannya ialah hari Ahad, maka istilah hari minggu bagi menggantikan hari Ahad boleh digunakan, tetapi bagi negeri yang cuti mingguannya adalah pada hari Jumaat seperti negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, maka hari minggunya ialah hari Jumaat.

Istilah26.04.2010
Assalamualaikum. Mohon terangkan perbedaan "perlantikan" dengan "pelantikan" Didahului dengan ucapan terima kasih.Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. Tiada perkataan berlantik jika menggunakan ber= lantik yang akan menerbitkan perlantikan.Perkataan perlantikan tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah pelantikan.Tatabahasa13.02.2013
penggunaan imbuhan pe atau per untuk perkataan ( lantik ) untuk tujuan surat tawaran kontraktorKata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan.Tatabahasa18.09.2013
12345678910...

Kembali ke atas