Maklumat Kata

Puisi
 

Anak pelanduk tiga sekawan,
     Singgah makan buah simpur;
Gila mabuk denganmu tuan,
     Siang tak makan malam tak tidur.


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat ini betul? Ibu sedang memasak makan malam di dapur. Adakah 'makan malam' digunakan sebagai noun spt dinner. Mother is cooking dinner. Adakah boleh menggunakan istilah 'makan malam' sebagai objek bagi 'memasak'?
Ayat yang betul ialah ibu sedang menyediakan makan malam di dapur. Dalam konteks ini, frasa 'makan malam' ialah bahasa kiasan yang berfungsi sebagai frasa nama.
Tatabahasa22.05.2018
‎Az Hanif Ab Halim mohon pencerahan, pengesahan atau syor lain bagi tajuk acara yang betul dan tepat: 1) MAJLIS MAKAN MALAM NEGERI atau 2) MAJLIS JAMUAN MALAM NEGERI KBerkenaan dengan soalan tuan tersebut, Majlis Makan Malam Negeri (makan malam terjemahan daripada bahasa Inggeris iaitu Dinner) adalah lebih sesuai. Sekiranya hendak memasukkan pilihan yang kedua tuan perlu menggugurkan Majlis dan dijadikan Jamuan Makan Malam Negeri. Namun begitu, kami mencadangkan pilihan yang terbaik ialah MAJLIS MAKAN MALAM NEGERI.Makna18.05.2017
Puteri raja itu akan menghadiri majlis makan malam diraja yang diadakan di sebuah hotal terkemuka. soalan saya ialah kenapa kesalahan bahasa adalah makan malam. jika benar kesalahan bahasa adalah makan malam, apakah parkataan yang paling sesuai digunakan di sini? bolehkan perkataan makan malam diganti dengan makan kawah?Bahasa diraja untuk makan ialah santap. Oleh yang demikian perkataan yang sesuai digunakan ialah majlis santapan malam. Perkataan makan kawah tidak boleh digunakan kerana perkataan ini bukan bahasa diraja. Tatabahasa29.05.2008
- Betulkah cara membatangkan perkataan 'permainan' iaitu per+ma+in+an? - Ibu memasak di dapur atau Ibu memasak di dalam dapur? - Zami makan malam bersama dengan keluarganya atau Zami makan malam bersama keluarganya.Cara membatangkan perkataan per.ma.in.an adalah betul. Zami makan malam bersama dengan keluarganya atau Zami makan malam bersama-sama keluarganya.Tatabahasa16.11.2015
Adakah ayat ini betul? Ibu sedang memasak makan malam di dapur.
Ayat yang betul ialah ibu sedang menyediakan makan malam di dapur.
Tatabahasa22.05.2018
Saya ingin bertanya mengenai perkataan yang sama erti dengan 'makan malam' dalam bahasa serumpun melayuBahasa sukuan Sarawak menggunakan gabi untuk makan malamLain-lain23.09.2006
salam.. tentang tema makan malam boley x kite gunakan tema berunsur ilmiah seperti mengorak citra di lawangan cendikia bermaksud menbentuk imej di gerbang ilmiah.. boley ke or ade contoh2 yang lain yang boley dibuat rujukan..Lazimnya tema majlis mengungkapkan perkataan/ayat yang ringkas, mudah difahami dan bersesuaian dengan konsep majlis yang dianjurkan. Pada pandangan kami tema majlis makan malam tidak perlu terlalu ilmiah sesuai dengan konsep majlis (makan malam) lebih kepada tujuan sosial dan meraikan seseorang atau sesuatu peristiwa.Tatabahasa23.05.2011
salam saya mempunyai masalah mengenai mencari tema untuk majlis makan malam konvokesyen 2011. terdapat beberapa tema yang di uatrakan.. namun tidak mendapat sambutan. bolehkan oihka tuan dapat memberi sedikit idea istilah-istilah sastera yang ada kena mengena tentang graduan agar kami dapat membina ayat untuk majlis makan malam kami.... mohon perhatian pihak tuan/puan

Perkataan yang dicadangkan  boleh dikaitkan dengan ilmu dan masa hadapan iaitu: 1. Mengungkai (mencari-cari untuk diselidiki) 2. Merentas 3. Meranduk (menempuh), misalnya Meranduk ranjau, meranduk arus  4. Mengorak   5. Gapura, Lawang (Pintu Gerbang)  6. Menyemai 7. Citra (imej)

Istilah22.04.2011
Salam, Apakah perkataan/imbuhan yang sesuai digunakan dalam ayat ini? Makan/makanan? Makanan malam telah siap dimasak oleh ibu. Makan malam telah siap dimasak oleh ibu. Apakah bezanya? Terima kasih.

Kedua-dua sama dan boleh digunakan. Makan malam diberikan makna Hidangan makanan di antara pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam. Namun dalam penggunaan lazim, agak jarang kita menuturkan makanan malam, cukup setakat makan malam.

Tatabahasa21.05.2014
makanan untuk pagi kita panggil sarapan, kalau makanan untuk malam , apakah kita panggil ? terima kasihMakan pada waktu malam biasanya disebut Makan Malam, walau bagaimanapun dalam bahasa sukuan Sarawak menggunakan perkataan Gabi untuk makan malam.Istilah25.01.2010
123

Kembali ke atas