Maklumat Kata

Puisi
 

Hujan ribut saya tak basah,
     Bukit Tenging bercabang tiga;
Makan minum bujang tak susah,
     Sakit pening siapa nak jaga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Makan bersabitkan.

Bermaksud :

Mendapat makan dan minum tanpa bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. adakah kata kerja makan, minum, minta perkataan yang tidak boleh ditambah imbuhan me? yang mana satu betul? i)saya meminta maaf ( atau meminta maaf) atas kesalahan yang dibuat . II) Saya sedang memakan nasi( atau makan nasi) apakah beza antara minta maaf dan mohon maaf?Kata makan, minum dan minta boleh menerima awalan me-.... Merujuk Kamus Dewan kata terdapat sedikit perbezaan makna antara kata makan dengan memakan. Makan bermaksud memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dll) sesuatu dan memakan bermaksud makan dengan lebih aktif. Bagi perkataan minum sama makna dan penggunaannya dengan meminum, begitu juga minta sama makna dan penggunaannya dengan meminta. Walau bagaimanapun kata makan, minum dan minta tanpa adaanya awalan me-... lebih mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa22.06.2011
Salam sejahtera tuan/puan, untuk ayat yang bagaimanakah kita harus menggunakan perkataan imbuhan 'memakan' atau 'meminum'?Sekian, terima kasih.Perkataan seperti makan, minum dan sebagainya boleh menerima awalan me-.... Merujuk Kamus Dewan  terdapat sedikit perbezaan makna antara kata makan dengan memakan. Makan bermaksud memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dan lain-lain) sesuatu dan memakan bermaksud makan dengan lebih aktif. Bagi perkataan minum sama makna dan penggunaannya dengan meminum. Walau bagaimanapun kata makan, minum dan minta tanpa adaanya awalan me-... lebih mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa17.01.2013
Assalamualaikum, saya nak bertanya... Adakah perlu letak mengambil walaupun 'cakna' sudah bermaksud ambil berat ?Perkataan mengambil tidak perlu hadir sebelum kata cakna, contohnya "sayalah yang cakna makan minum ayah kau".Makna02.01.2013
Assalamualaikum Sekiranya saya ingin menganjurkan kursus/bengkel dengan usahasama pihak DBP (Penceramah/Moderator), apakah kos yang diperlukan atau pihak DPB dapat memberikan secara percuma dan pihak saya menyediakan tempat serta makan minum peserta. Terima Kasih.

KURSUS DI AKADEMI DBP

Untuk makluman permohonan berkaitan kursus DBP bolehlah dialamatkan kepada:

Ketua Akademi DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Aras 4, Wisma DBP,
50460 Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi:

Laman sesawang: http://akademi.dbp.my/

Nombor telefon: 03-2147 0220/0230

Faksimile: 03-2147-0231

E-mel: akademi@dbp.gov.my

Lain-lain18.04.2022
Tuan, sila rujuk fail yang saya lampirkan untuk memahami pertanyaan saya.Melalui semakan kami dalam buku Tatabahasa Dewan, tidak ada maklumat tentang pengecualian awalan meN- untuk hadir bagi perkataan makan, minum, minta dan mohon. Kamus Pelajar (kamus rujukan untuk pelajar) juga menyenaraikan kata terbitan memakan, meminum, meminta dan memohon. Dalam hal ini, ada baiknya tuan menghubungi penerbit dan penulis buku rujukan yang tuan maksudkan untuk mendapatkan maklumat yang lanjut.Tatabahasa21.11.2014
Adakah penggunaan 'adalah' di dalam ayat-ayat berikut betul? 1. Contoh kata berlawanan adalah kuat dengan lemah, besar dengan kecil dan lain-lain. 2. Antara perbuatan yang kerap dilakukan adalah duduk, berjalan, makan, minum dan tidur. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih.Kata pemeri adalah hadir di hadapan fras adjektif atau frasa sendi nama. Oleh itu, penggunaan kata pemeri adalah dalam kedua-dua ayat contoh tersebut kurang tepat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 264.Tatabahasa06.01.2012
maksud perkataan cakna, pewaris

Sdr. Mohd Zubir, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Cakna membawa makna - daripada terengganu - ambil peduli, ambil berat: semenjak emak kau meninggal, sayalah yg ~ makan minum ayah kau.

manakala pewaris bermakna - orang (pihak) yg mewarisi, waris: kita adalah ~ kebudayaan yg terkaya dlm dunia; ~ ilmu Yunani; beliau muncul sbg ~ jawatan Perdana Menteri.

 

Makna26.04.2009
Bolehkan perkataan 'cakna' digunakan dalam karangan penulisan diperingkat UPSR,PMR atau SPM.Adakah perkataan ini diterima oleh lembaga peperiksaan.Cakna membawa makna - merupakan dialek Negeri  Terengganu iaitu ambil peduli, ambil berat: semenjak emak kau meninggal, sayalah yg ~ makan minum ayah kau.

Dibenarkan menggunakan dialek dalam penulisan asalkan dialek tersebut telah disahkan dan diterima pakai dalam konteks rasmi, contohnya perkataan tersohor, cakna dsbnya.    
Tatabahasa10.10.2012
1. a)Cikgu Azila mengajarkan cara-cara menulis karangan... b)Cikgu Azila mengajar cara-cara menulis karangan... - Yang manakah ayat yang betul 2. Benarkah perkataan 'makan' &'minum' perlu diletakkan awalan 'me' . Contoh; Ayah hanya meminum secawan kopi kerana sudah terlewat pergi ke pajabat. 3. Apakah perbezaan hingga dan sehingga

Encik Badrul,

1-Jawapan yang betul ialah Cikgu Azila mengajar cara-cara menulis karangan.

2-Perkataan makan dan minum tidak perlu diletakkan imbuhan awalan me

3-Hingga membawa makna garis yang terakhir manakala sehingga bermakna sampai (tentang masa) dan setakat

Tatabahasa01.06.2010
Salam, terima kasih atas penjelasan tuan. Saya masih merujuk soalan saya pada 30/8 dan 2/9. Mengikut Arkib Soalan (bil. 65), soalannya: Saya memakan nasi (salah). Saya makan nasi (betul). Saya difahamkan ada beberapa perkataan dalam Bahasa Melayu tidak memerlukan imbuhan seperti kata kerja makan, minum, tidur, tinggal dsb. Harap penjelasan.Perkataan seperti makan, minum dan sebagainya boleh menerima awalan me-.... Merujuk Kamus Dewan  terdapat sedikit perbezaan makna antara kata makan dengan memakan. Makan bermaksud memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dan lain-lain) sesuatu dan memakan bermaksud makan dengan lebih aktif. Bagi perkataan minum sama makna dan penggunaannya dengan meminum. Berdasarkan huraian tersebut ayat saya makan nasi dan saya memakan nasi kedua-duanya betul bergantung pada konteks makna yang dibawa atau visual yang disertakan. Walau bagaimanapun kata makan (saya makan nasi) tanpa adaanya awalan me-... lebih mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa05.09.2012
12345

Kembali ke atas