Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah salah kalau murid tidak tulis -nya pada ayat berikut? 1)Ben Li makan sarapan dengan keluarga(nya). 2)Ben Li dan kawan-kawan(nya) pergi ke ladang anggur. 3)Ben Li dan keluarga(nya) menyaksikan pertunjukan udara.

Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. Menerusi ayat pertama, kedua dan ketiga yang disoal, seharusnya diletakkan 'nya'. Hal ini demikian kerana, penggunaan 'nya' di dalam ayat tersebut merujuk kepada kata ganti nama ganti orang ketiga. Sekiranya tidak diletakkan 'nya' akan timbul persoalan misalnya menerusi ayat pertama sekiranya tidak diletakkan kata 'nya' akan wujud persoalan Ben makan bersama keluarga siapa?

Oleh itu, saudari/saudari perlu meletakkan kata 'nya' di dalam ketiga-tiga ayat tersebut.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa02.08.2012
Mohon penjelasan manakah yang betul: -sarapan -sarapan pagi Terima kasih.

Saudari Mariam,

Kedua-dua perkataan adalah betul jika digunakan dalam ayat. Namun, memadai sekiranya hanya menggunakan perkataan 'sarapan' untuk menyampaikan maksud ayat kerana sarapan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud makanan yang dimakan pada waktu pagi untuk mengalas perut dan makan pagi.

Oleh itu, memadai hanya menggunakan perkataan 'sarapan' yang merujuk kepada makan pagi. Namun sudah menjadi kelaziman penggunaan 'sarapan pagi' kerana sarapan yang merujuk pengambilan makanan pada waktu pagi.

Istilah10.09.2012
"Apakah terdapat istilah khusus untuk i. Breakfast ii. Tea Break iii. Lunch iv. High Tea v. Dinner vi. Supper "Berikut padanan dalam bahasa Melayu yang diperlukan: i. Breakfast - sarapan/ makan pagi ii. tea-break - waktu rehat iii. Lunch - merarau/ makan tengah hari iv. High tea - minum lewat petang v. Dinner - makan malam vi. Supper - makan lewat malamIstilah27.05.2013
makanan untuk pagi kita panggil sarapan, kalau makanan untuk malam , apakah kita panggil ? terima kasihMakan pada waktu malam biasanya disebut Makan Malam, walau bagaimanapun dalam bahasa sukuan Sarawak menggunakan perkataan Gabi untuk makan malam.Istilah25.01.2010
Amal Ahmad NasarudinView Profile Actions Apr 27th, 11:35pm Amal Ahmad Nasarudin Amal Assalamualaikum, Tuan/Puan, baru-baru ni viral di FB gambar perkataan baru seperti berikut: Sarapan Kudapan Merarau Cicipan Makan malam Gabi Soalan sy, benarkah kita akan/sedang mengguna pakai penamaan baharu itu, atau ia sekadar gurauan? Terima kasihPerkataan ini telah lama diperkenalkan kepada umum sebagai pilihan kepada perkataan yang sedia ada, bukanlah penamaan baharu atau menggantikan ungkapan yang sedia ada.Tatabahasa07.05.2016
Hi DBP, Bolehkah saya tanya soalan tentang kata Majmuk? Soalan ini kerja sekolah (Buku activiti BM tahun 3)anak saya. Adakah ayat bawah ini merupakan ayat Majmuk? 1. Encik Ismail suka makan lempeng kelapa dengan sambal ikan bilis. 2. Anak-anak mereka pula suka makan lempeng kelapa degan madu. * "dengan" dalam ayat ini ialah ks atau kh? Adakah "dengan" disini merupakan ayat majmuk pancangan keterangan? 3. Bagi, Puan Sakina, sarapan yang berkhasiat sangat penting untuk keluarfanya. *Adakah "yang" di ayat ini merupakan kata hubung? Saya cuba mencari maklumat tentang soalan atas tetapi tidak dapat penjelasan yang jelas. Terima kasih! Regards, James NgAyat “Encik Ismail suka makan lempeng kelapa dengan sambal ikan bilis”. 2. “Anak-anak mereka pula suka makan lempeng kelapa dengan madu” bukan ayat majmuk. "dengan" dalam ayat ini ialah kata sendi. Ayat ini bukan ayat majmuk pancangan keterangan. Contoh kata hubung pancangan keterangan ialah kalau, hingga, sementara, setelah, sewaktu, semasa, sungguhpun dan lain-lain ( Tatabahasa Dewan edisi ketiga, muka surat 253) Frasa sendi nama dengan madu atau dengan sambal ikan bilis merupakan unsur keterangan kepada frasa nama madu dan ikan bilis. Frasa sendi nama yang menjadi keterangan kepada frasa kerja boleh mendukung beberapa makna, dan bagi contoh ayat ini menunjukkan keterangan alat ( Tatabahasa Dewan edisi ketiga )

3. "yang" dalam ayat "sarapan yang berkhasiat sangat penting untuk keluarganya" merupakan kata hubung pancangan relatif. 
Tatabahasa24.01.2019

Kembali ke atas