Salam. saya memohon untuk signboard kedai makan. Nama kedai makan saya ialah NJ JOM LEPAQ LEPAQ. status saya tak lulus. boleh saya tahu apa kesalahan bahasa nya? | Assalamualaikum. Mohon tuan/puan mengajukan soalan/ kemusykilan tuan/puan kepada pegawai yang mengendalikan Khidmat Pengesahan Bahasa dengan menghubungi nombor telefon 03-2147 9108/9109/9100. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 11.05.2017 |
Salam. Apakah status terkini peribahasa 'melepaskan batok' dan 'harapkan pegar, pegar makan padi'? Adakah sudah diterima rasmi oleh DBP atau bentuk lama masih dikekalkan? | Status tentang peribahasa yang banyak dibincangkan dalam ruang maya belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada, iaitu (1) harapkan pagar, pagar makan padi; (2) melepaskan batuk di tangga; | Sastera | 13.02.2019 |
Cikgu Zuraidah 16:03 Assalamualaikum. Saya nak tahu tentang status beberaoa peribahasa yang dikatakan salah. Contoh...harapkan pagar, pagar makan padi....dikatakan pegar Melepaskan batuk di tangga....dikatakan batok Mata keranjang...dikatakan ke ranjang Mohpn DBP buat penetapan agar guru2 & pelajar tidak terkeliru & menimbulkan masalah dlm peperiksaan. T.kasih. | Pendapat baharu tentang peribahasa yang banyak dibincangkan dalam ruang maya belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada, iaitu (1) harapkan pagar, pagar makan padi; (2) melepaskan batuk di tangga; (3) mata keranjang | Lain-lain | 06.04.2017 |
Selamat sejahtera, Apakah status perkataan 'kecaknaan'? Adakah ia tidak diterima dalam penggunaan ayat? Sedangkan saya melihat banyak contoh penggunaan perkataan tersebut dalam rencana dan berita di surat khabar. Terima kasih. | Cakna ialah kata kerja yang mempunyai maksud ambil peduli, ambil berat: semenjak emak kau meninggal, sayalah yg ~ makan minum ayah kau. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Perkataan kecaknaan boleh dibentuk hasil daripada gabungan apitan ke-...-an dan cakna. | Tatabahasa | 19.08.2019 |