maksud makanan ringan | Merujuk Kamus Dewan, makanan ringan bermakna makanan yg tidak begitu mengenyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg dimakan sambil-sambilan. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 03.10.2008 |
TUAN SAYA LAMPIRKAN DOKUMEN BERIKUT UNTUK SEMAKAN PIHAK TUAN | KEDAI KEK & MAKANAN RINGAN = KEDAI KEK DAN MAKANAN RINGAN. Sila buat pembetulan dan hantar di ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk proses pengesahan bahasa papan iklan. | Tatabahasa | 10.01.2013 |
TUAN SAYA LAMPIRKAN DOKUMEN YANG SAMA DALAM FORMAT POWERPOINT | KEDAI KEK & MAKANAN RINGAN PERLU DITUKAR KEPADA KEDAI KEK DAN MAKANAN RINGAN. Setelah membuat pembetulan, sila masuk ke ruangan Khidmat Pengesahan Iklan untuk proses kelulusan. | Tatabahasa | 10.01.2013 |
Saya amat menggemari makanan ringan yang berasaskan ubi kayu kerana rapuh dan sedap rasanya. 1. Adakah tatabahasa ayat di atas betul ? 2. Adakah penggunaan "nya" dalam ayat betul ? Terima kasih. | Saya amat menggemari makanan ringan yang berasaskan ubi kayu kerana rapuh dan sedap rasanya. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 08.03.2016 |
Tuan, Terdapat didalam aturcara majlis perkataan 'kudapan'. Apakah perkataan tersebut boleh digunakan dalam majlis resmi dan apakah makna sebenar kudapan. Terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kudapan bermaksud 1. makanan ringan seperti keropok yang dimakan di luar waktu makan.2. makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih yang dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis anatar waktu minum pagi dan tengah hari atau pada waktu petang atau selepas makan malam. Kata ini boleh digunakan dalam majlis rasmi. | Makna | 06.03.2008 |
Apakah maksud perkataan 'kumpi'? Adakah ia sejenis makanan ringan tradisi? | Maksud kumpi ialah moyang (lelaki dan perempuan). | Makna | 30.04.2007 |
Memerlukan peengesahan bahasa dari pihak DBP untuk permohonon lesen iklan papan tanda dari DBKL: "KIOS MAKANAN RINGAN" | Untuk pengesahan iklan, tuan/puan boleh merujuk di laman web ini iklan/">http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/ Terima kasih | Lain-lain | 22.03.2017 |
Adakah ia betul untuk sekolah/tadika menggunakan buku bahasa melayu yang menggunakan perkataan seperti "gogel" (kaca mata renang), "Barbeku" (barbeque) "snek" (makanan ringan) / "stimbot". Ini bukan perkataan bahasa melayu dan ada pula pelbagai jenis buku dengan pelbagai perkataan bahasa lain. Saya risau kanak-kanak tidak dapat membezakan mana satu yang betul? Terperanjat saya mendapat tahu 'pengetip kuku' kini dikenali sebagai 'pemotong kuku'. | Ejaan barbeku, snek dan stimbot telah diterima pakai dalam Kamus Dewan Edisi Empat. Ejaan gogel tidak disenaraikan. Dalam hal ini lebih baik gunakan cermin mata atau kaca mata renang. | Ejaan | 21.02.2008 |
Bolehkah saya terjemahkan 'coffee time' kepada waktu berkopi? | “Coffee time” dalam istilah pentadbiran perniagaan diberikan padanan “waktu rehat” iaitu, waktu berehat yang pendek pada waktu pagi atau petang yang menyajikan kopi atau teh dan makanan ringan. Lagipun, secara amalannya, ada pelbagai jenis minuman bukan sahaja kopi yang boleh diminum masa rehat, maka ‘waktu berkopi’ sangat harfiah terjemahannya. | Istilah | 09.04.2014 |
SAYA AISAH A.B QONY SAYA BELAJER BAHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MAKNA MAKANAN ? | Menurut data kami, makanan bermaksud apa sahaja yang boleh dimakan (seperti nasi, roti, dan lain-lain), rezeki: segala ~ seperti sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yang mempunyai zat (vitamin, protein, dll); ~ laut makanan atau hidangan yang bahan utamanya ialah hiduphidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dan sebagainya: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yang tidak begitu mengenyangkan (seperti keropok, kacang, dan lain-lain) yang dimakan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (seperti beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yang ringkas dan dapat disediakan dengan cepat; | Makna | 20.11.2015 |